“Eh kau kalau
takde duit boleh minta dengan aku la!” Habis bergema dewan selera Kak Jenai.
“Eh kau sibuk
apasal ah? Kau ingat kau baik sangat ke ha? Dah konfem masuk syurga ke ?” Lawan
tetap lawan. Pakai tagline pembangkang nampak. Tapi betul, lawan tetap lawan.
“Baju kau itu,
aih, ketat semacam la. Kalau nak beli yang labuh sikit, yang mahal skit, aku
boleh pinjamkan duit la weh!” Dua dua ni macam anjing dengan kucing.
“Tak payah la kau
nak bajet pemurah hati kat sini..blah la kau, bapak aku duit berlambak la”
“Eh kau la blah,
menyemak je. Buat sakit mata tau orang tengok”
Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan
lagi tengah hari tu. Drama dua orang ni tak habis habis mengisi panggung Sabtu
di dewan selera Kak Jenai. Dah lali dah kadang-kadang. Selalu tegur tegur ni
berakhir dengan sorak sorakan yang lain. Yang kononnya pro Islamic support Mus,
yang liberal skit support Teja. Teja, nama adaptasi Khatijah. Ayu sebenarnya.
Tapi tu la..
“Anta ni Mus…tak
malu ke orang tengok. Cuba la bawak berbincang”
“Ala Abang
Man….tak boleh biar orang macam ni” Mus mendengus.
“Apa anta dapat
bila tegur macam tu? Kepuasan nafsu ? ” Pertanyaan Abang Man dibiarkan
bergantung tidak bertali.
Zufar Musthakeem. Tidak terlalu tinggi
tatkala berdiri dalam kalangan yang rendah dan tidak terlalu rendah tatkala
berdiri dalam kalangan yang tinggi. Sedang sedang. Extrovert. Bekas busker
tegar. Dulu dulu selalu habiskan hujung minggu di KL Sentral, betul betul
bersebelahan mesin Touch and Go ke train KTM KL sentral. Penumpang ke Sungai
Gadut, ke Pelabuhan Klang, ke Rawang dan ke destinasi destinasi yang lain pasti
akan dihalwakan telinga mereka dengan persembahan jalanan
Musthakeem.
Walaupun bukan busking untuk dapatkan duit
saku, tapi boleh tahanlah. Rezeki turun mencurah-curah. Bukan tak ramai yang
hulurkan seringgit dua. Boleh la reload prepaid, boleh buat modal bergayut
dengan pujaan hatinya, Zita. Zita pula, ah anak dara orang, kita kuburkan
sahaja nama tu di sini.
Lepas SPM, ok bapak la sebelum SPM dah
pandai melepak dan busking. Lepas SPM Musthakeem diterima menyambungkan
pelajaran ke Taylors Univerisity. Taylors ok, bukan tailor. Tapi kalau Tailor
pun apa salahnya? Double standard, huh! Yang masuk universiti sosial ni, orang
kata la sosial, sama ada pandai gila, kemudian dapat tajaan mana mana badan
penaja, ataupun sama ada tak berapa pandai sangat, cukup cukup makan
akademiknya tapi anak orang kaya. Bila duit ada, sume jalan!
“Belajar kat sini
kena pandai pilih kawan” Nasihat Abang Man, senior dua tahun Musthakeem.
Selepas sesi suai kenal yang tiba tiba pada suatu malam.
“Kawan dengan
sesiapa sama je bro, kita kena pandai jaga diri!” Ganas!
Lawan tetap lawan. Tetapi Abang Man memilih
untuk senyum.
“Malam-malam kita
ada gathering dengan brothers dekat dewan Selera Kak Jenai, tahu?”
“Selalu gathering
buat apa? Jamming?”
“Nak tahu kena
datang la” Trick!
Itu la antara detik awal. Musthakeem
berkenalan dengan Abang Man. Kemudian dengan beberapa brothers lain. Memang di
Taylors Universitiy tu lejen la sosial dia. Muslim atau bukan muslim macam sama
je. Sama naik. Yang pergi kelas pakai boxer. Yang pakai baju labuh lepas peha,
kemudian dah macam tak pakai seluar pun ada. Yang malam malam berselerakan
botol botol arak di pekarangan tasik kenamaannya. Tapi husnudzhon jela, sume tu
bukan Muslim. Belum disapa hidayah.
“Saya cuma tunai
tanggungjawab saya je Bang Man. Mencegah kemungkaran!” Kening sebelah kiri
sedikit terangkat. Muka merah menyala. Masih panas. Kalau pakai kanta pembesar,
mungkin boleh nampak kepulan asap barannya keluar dari telinga kiri dan kanan.
“Yela, tapi bukan
macam tu caranya. Concern tu dah bagus” Tangan kanan menggosok belakang Mus.
Sambil pandangan jauh dilontar ke kanvas langit. Kosong.
“Dalam hadis pun
ada kan Bang, kena cegah kemungkaran, sama ada dengan tangan, lisan atau hati.
Dan orang yang mencegah dengan hati selemah lemah iman. Tak kan nak biar tengok
je, minah tu. Islam, tapi pakai baju mengalahkan yang non-Muslim, ish, rimas la
saya bang, budak kelas saya tu, dia ok nye!”
Ketulan ketulan batu kecil dikutip dari kaki
lima. Satu demi satu dibaling menyerong ke dalam tasik. Balingan side throw tu
menyebabkan ada batu yang spining dan menyentuh permukaan air beberapa kali
sebelum terus karam di tengah tengah tasik. Not bad. Water surface tension yang
kuat sebenarnya menyebabkan fenomena ni boleh berlaku. Hydrogen bond antara
molekul molekul air merupakan antara intermolecuar forces yang paling kuat,
atau yang terkuat. So what?
Selepas beberapa biji batu dibaling puas,
Abang Man membetulkan posisinya. Kedua tangan ke belakang. Selesa. Tenang.
“Cuba anta tengok
kat sana Mus” Mulut memuncung ke langit, hitam pekat. Bintang bintang masih
menyombongkan diri untuk tampil. Atau sebenarnya malas nak berhadapan dengan
manusia manusia yang derhaka pada Tuhan. Kalau tampil pun, akan jadi bahan
hidangan mata pelaku maksiat di sepanjang tepi tasik pada malam itu.
“Ada apa?”
“Mana pergi
bintang?”
“Entah la.
Orientasi lari kot”
“Haa. Sebenarnya
bintang ada je kan, cuma kita mungkin tak nampak sebab udara kotor sangat”
Abang Man bermadah. “Kadang kadang manusia tu baik je, ada potensi besar untuk
berkilau, tetapi kebaikan dan kemurniaan hati nuraninya dicemari oleh
persekitaran, cara dia dibesarkan, kawan kawan dia dan environment. Agak unfair
la kalau kita judge diorang macam tu je” Tepat! Bukan tahi bintang yang memanah
tetapi kata kata Abang Man, memanah tepat ke jantung Mus. Sakit. Rasa macam, ah
tak dapat nak diayatkan!
“Nak backup si
minah tu la abang ni?” Matanya menatap Abang Man. Tak puasa hati.
“Tak backing
sesapa pun”
Langit masih gelap dan kosong. Di sepanjang
tepi tasik itu, boleh tahan ramai jugaklah pasangan kekasih bercangkerama.
Majoritinya bukan Muslim. Bukan nak bersangka buruk, tapi memang dah tak ada
peluang nak bersangka baik. Aksi aksi liar pun makin menjadi bila jam di tangan
mnunjukkan waktu makin menuju ke tengah malam dan ke pagi hari. Sindrom tengah
malam agaknya, hormone liar, tak tahu malu dirembeskan bertalu talu.
“Anta perasan tak
zaman dakwah Rasulullah awal awal di Mekah tu, Rasulullah tak ada pulak kan
sibuk nak hancurkan berhala, larang orang minum arak ke apa..kan?” Halus,
menyusuk tapi.
“Maksudnya?”
“Sebab Rasulullah
tahu, masalah masalah sosial, khurafat sume tu kesan kesan daripada satu
masalah je. Satu je. Nak tahu apa?”
“Haa apa?” Mata
membulat.
“Masalah hati”
Deep.
Tiba-tiba scene dia dengan Teja bermain di
fikiran. Rasa bersalah datang bertubi tubi. Mencucuk dari segenap sisi.
“Dan by the way,
dalam hadis yang anta maksudkan semalam tu, bukannya mencegah kemungkaran. Tapi
Rasulullah sebut yughayyir, mengubah. Beza sangat tu..”
---
Dalil kita betul tidak semestinya kita
betul. Dalil betul, tetapi cara faham kita tidak pernah sunyi dari kesalahan.
Semua nak ikut Rasulullah, ikutlah betul betul. Study seerah baginda, kita akan
temukan cinta di samping usaha menegakkan kebenaran. No offense!
No comments:
Post a Comment