Engkau yang dahulu bukan yang sekarang.
Begitulah kurang lebih keratan lirik lagu yang dimainkan di
corong radio tempoh hari. Ia tidak berada di carta yang teratas mahupun yang di
bawah. Pasca Muktamar PAS yang penuh dengan kontroversi tempoh hari ini, penyanyi
veteran Negara yang mula berkecimpung dalam arena politik mendedikasikan lagu
ini buat PAS, merujuk kepada PAS yang kini bukan yang dahulu. Sudah pasti ada
mesej tersembunyi yang Makcik Aishah mahu sampaikan.
Kita tinggalkan Aishah, PAS dan Muktamarnya.
Bahkan manusia pun berubah. Hari hari kita berubah.
Perubahan adalah wajib berlaku. Saban detik dan saat, cell cell baharu terhasil
daripada hasil proses mitosis, menggantikan cell lama yang mati. Gabungan cells
yang banyak ini membentuk tisu yang baharu, lebih segar dan menghidupkan untuk
fizikal makhluk yang bernyawa.
Pokok yang baru tumbuh dari semaian biji benih pun mengalami
perubahan fizikal. Jika semalamnya akarnya berukuran 5 milimiter, barangkali
sudah bertambah hari ini, seterusnya untuk esok dan hari berikutnya.
Bahkan al Quran dahulu telah menyampaikan berita ini kepada
kita;
“Semua yang ada di
bumi itu akan binasa. Tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan
kemuliaan tetap kekal”
(Ar Rahman : 26-27)
Tidak dapat disangkal lagi akan perubahan perubahan yang
berlaku. Yang perlu kita renungkan sejenak di sini, rugilah orang yang
fizikalnya berubah, makin berisi, makin sehat, kehidupan makin baik dengan
nikmat nikmat kurniaan Allah swt, gaji bertambah angkanya, tetapi spiritually
tidak ada perubahan. Lewat ibadah ibadah khususnya, hanya pergerakan pergerakan
kosong.
Sungguh, ia memuhasabahi kita!
Tinggalkan sejenak muhasabah yang ringkas ini.
Khowatir Surah Ali Imran
Tekanan hidup yang makin dahsyat setelah hijrah ke Madinah
serta adanya ujian ujian bentuk baharu menyebabkan ada isu perubahan prinsip,
akidah dan pegangan berlegar legar dalam kalangan masyarakat Muslim Madinah
semasa zaman Nabi SAW. Begitulah khulasah Syed Quttb lewat menafsirkan secara
kasar Surah Ali Imran sebelum perbicaraan ayat ke ayat. Ataupun boleh kita
katakan itulah yang difahami penulis tatkala menyelusuri karya Syed Quttb itu.
Usai perang Badar al Kubra yang menghadiahkan harta rampasan
yang sangat dahsyat buat para sahabat yang rata-ratanya berlatar belakangkan
orang susah, miskin dan membutuhkan keperluan hidup itu, sedikit sebanyak
prinsip dan perjuangan kaum Muslim tergoyahkan. Itulah kali pertama
‘dunia’ dibuka dan dihamparkan di depan
mata mereka. Sehingga ada yang bertanya tanya soal pembahagian harta rampasan
perang, seolah olah tidak ada topik lain yang patut dijadikan bualan.
Kemudian, kehidupan di Madinah merupakan titik mula
interaksi besar besar-besaran Masyarakat Muslim dengan kaum Yahudi. Interaksi
dengan Yahudi dalam kehidupan seharian di Madinah pada tahun tahun terawal
pasca Hijrah sungguh menguji iman dan prinsip mereka. Yahudi yang begitu licik
itu, dikatakan tidak henti henti melancarkan kempen dan propaganda untuk
mensaiko muslim untuk meragui kepercayaan mereka.
Isu kenabian, peralihan kiblat dan sebagainya dijadikan
modal politik mereka. Sebagai respon kepada pertarungan pemikiran, psiko war
yang sangat dahsyat ini, banyak kali teguran teguran keras terhadap Ahli Kitab
disisipkan sepanjang Surah Ali Imran. Ia memberi gambaran betapa ter-efeknya
kaum muslimin terhadap kempen Yahudi ini sehingga teguran teguran dari langit
turun untuk menyelesaikan isu dan konflik ini.
Tidak cukup dengan itu, kaum muslimin diuji pula dengan
peristiwa peperangan Uhud yang secara kesimpulannya boleh kita katakan Kaum
muslim mengalami kekalahan dan moral mereka begitu teruji. Ramai sahabat yang
besar dan utama syahid dalam peperangan tersebut. Termasuklah penghulu syurga,
Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. bapa saudara Nabi SAW sendiri.
Cukuplah pakej ujian ini untuk menggoyahkan prinsip umat
Islam daripada generasi terbaik itu. Lebih lebih lagi bagi yang baru sahaja
memeluk Islam, yang masih belum mantap fikrah dan iman mereka.
Maka turunlah Surah Ali Imran di sepanjang tahun tahun
terawal pasca Hijrah Madinah untuk menyelesaikan isu isu ini, dan mengubati
para sahabat, yang sama ada terkesan secara kepercayaan mahupun pola fikir
mereka.
Mungkin, mungkin ada yang sudah berubah pada waktu.
Barangkali ada yang sudah menyanyikan bait lirik tadi;
‘Engkau yang dahulu, bukan yang sekarang…’
Sehinggakan di pertengahan Surah, Allah swt mengingatkan
kita semua akan satu perkara yang sangat besar. Perkara yang sudah mungkin
dilupai oleh muslim Madinah setelah melalui kehidupan yang beragam setelah
hijrah Madinah, juga yang mungkin telah dilupai oleh sebahagian besar daripada
kita hari ini, yang sudah beberapa tahun melewati usia tarbiyah.
Sengkang waktu yang lama, perjalanan hidup yang makin
berliku dalam usaha memenuhi tuntutan shahadah kita, dengan bisikan bisikan
dunia yang datang dalam pelbagai bentuk yang kadang kadang tampak islami,
barangkali kita sendiri sudah pun berubah, dari segi prinsipnya. Mungkin juga
perubahan ini langsung berlaku kerana kekecewaan di jalan dakwah, kerana
konflik sesama ahli gerakan islam dan kerana masalah masalah dalaman yang tidak
menemukan titik penghujungnya.
Bahkan ia benar benar berlaku!
Allah swt mengingatkan kita semua akan sebuah perjanjian,
mithsaq…!
“Dan ingatlah ketika
Allah mengambil (mithsaq) perjanjian dari para nabi, “Sungguh apa sahaja yang Aku
berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul
yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman
kepadanya dan menolongnya”
Allah berfirman, “Apakah
kamu berikrar dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?” Mereka
menjawab, “Kami berikrar”. Allah berfirman, “Kalau begitu saksikanlah dan Aku
menjadi saksi bersamamu”
(Ali Imran :81)
Dalam karya Muntalaq, Sheikh Ahmad Rashid memberi komentar
berikut seputar ayat ini,
Nabi Ibrahim a.s, Musa a.s., Isa a.s. dan seluruh para nabi
a.s. telah mengambil bai’ah dari orang yang beriman dengan mereka supaya
beriman dan membantu Muhammad saw menghadapi kufur jika sekiranya Nabi Muhammad
diutuskan dan mereka masih hidup
Beliau turut sempat menukil kembali kata kata Ibnu Abbas
r.a. tentang ayat ini;
‘Setiap kali Allah mengutuskan seorang nabi, Dia mesti
mengambil perjanjian bahawa sekiranya Allah mengutus Muhammad saw, nabi itu
mesti beriman kepada nabi Muhammad saw dan menolong baginda. Allah juga
menyuruh nabi itu meminta umatnya berjanji sekiranya Muhammad saw diutus di
zaman mereka hidup, mereka juga mesti beriman kepada Muhammad saw dan mesti
menolong baginda saw’
Oleh itu, kita sebagai pewaris dan sebahagian daripada umat Nabi
Muhammad saw pada hari ini adalah lebih wajib, lebih patut dan lebih utama
memberikan perjanjian tersebut.
Perjanjian untuk beriman dan membantu Nabi SAW. Membantu meneruskan
tugas tugas kenabian, membantu melaksanakan mesej dakwah di muka bumi ini.
Untuk menambahkan lagi perisa ayat ini,
Perhatikanlah, perkataan ‘mithsaq’ digunakan. Ada beberapa
perkataan lain dalam bahasa Arab yang boleh membawa maksud perjanjian. Tetapi perkataan mithsaq adalah yang paling tempat
untuk keadaan ini kerana membawa kesan yang dalam, sesuai dengan mesej yang
sangat besar. Ia bukan sekadar perjanjian biasa-biasa. Bukan janji temu untuk berjumpa
dengan fulan dan fulanah di sekelain tempat. Bukan sekadar perjanjian dalam
proses jual beli, tetapi berjanji untuk melaksanakan satu amanah yang sangat
berat, besar dan dahsyat. Satu amanah yang tidak dapat dihuraikan dengan mana-mana
kosa kata.
Sebagaimana orang Melayu menggunakan perkataan watikah, alih
bahasa daripada perkataan mithsaq, untuk memberi amanah pelantikan kepimpinan
kepada seseorang untuk menerajui mana-mana organisasi, begitulah ruh perkataan
mithsaq, bahkan lebih tinggi tingkatannya. To place trust in anyone. Frasa simple
nye begitula.
Lihatlah betapa bermakna dan memberi kesannya ayat ini. Dan ia
dibawakan dalam surah Ali Imran ini, setelah kita berbicara tentang bentuk
bentuk ujian yang dialami oleh kaum Muslim Madinah. Allah menyentak kita semua
untuk kembali mengingati perjanjian yang telah diambil, amanah yang telah
diletakkan pada kedua bahu kita dan mengingatkan kita akan prinsip prinsip
islam yang kita pernah laung-laungkan sebelum ini.
Akhi Fillah,
Mari lah kita
kenang-kenangkan kembali siapa kita. Bagaimana kita bermula, bagaimana episod
episod awal, detik detik awal kita bersama gerabak tarbiyah dan dakwah. Luangkan
sedikit masa untuk merenung amal amal kita sepanjang kita berada atas jalan ini
dan lihatlah ke dalam diri kita hari ini. Apakah kita masih berpegang teguh
dengan prinsip prinsip yang diajarkan dalam halaqah kita dahulu.
Setelah setahun, dua tahun, tiga tahun bahkan puluhan tahun
bersama halaqah, adakah kita masih berada di lapangan amal dan melakukan kerja
kerja membina manusia, mencari individu yang terbaik untuk dibentuk dalam
halaqah? Kita yang dahulunya tidak penat dan lesu berkongsi tentang keterujaan
melakukan kerja kerja mentaqwin manusia, mentarbiyah, hadir ke halaqah mingguan
dan program program tarbawi, adakah kita masih bersama semua itu?
Kerana diriku
melihatmu dari jauh wahai akhi, engkau yang sekarang bukan yang dahulu.
Dari jauh kulihat, prinsip prinsip dakwah sudah mula
meluntur dalam gerak kerja mu.
Kerja kerja membina manusia, mengajak mereka kepada islam
dengan cara yang kita imani dahulu sudah makin lesu. Bahkan kau tampak bahagia
dengan kerja kerja lain. Tidak perlulah kita senaraikan kerja kerja lain itu.
Akhi,
Apakah yang berlaku ?
Apakah dunia telah menyelinap masuk ke dalam hatimu?
Apakah aku telah membuatkan engkau kecewa lalu kau membawa
diri?
Apakah?
Cerita cerita sedih ini, tidak mahu kami kenangkan lagi. Penulis
berpendapat, sangat wajar seluruh aktivis gerakan islam, mereka yang bersama
halaqah, sama ada pernah atau masih istiqomah, ataupun sudahpun melupakan
sebahagian daripada kerja kerja dakwi yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu
untuk menyimak kembali makna makna tersembunyi daripada surah Ali Imran ini.
Buat kali pertama ia turun untuk menyelesaikan isu dan
konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat muslim di era Nabi saw,
menenangkan mereka, mengembalikan mereka ke landasan yang betul dan
mengingatkan akan tugas dan tanggungjawab mereka di muka bumi.
Kali ini, surah yang sama, struktur ayat dan mesej yang
sama, tidak berubah walau sedikit pun terbentang di hadapan kita untuk kita
tuai manfaat dan khasiatnya.
Penulis telah bersetuju dengan Syeikh Amr Khaled yang telah
memilih tema “At thabat” bagi keseluruhan surah Ali Imran ini. Ya, tema yang
tepat mengikut pikiran kita. At thabat, keteguhan. Teguh dengan prinsip dan
perjuangan kita.
Sesuai lah juga dengan penutup surah ini, Allah swt menggesa
kita untuk thabat;
“Hai orang-orang
beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetap bersiap siaga
dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung!”
(Ali Imran :200)
Terjemahan yang kurang tepat. Telusurilah text aslinya untuk
mendapatkan zouq, rasa bagi kalam Allah ini. Akhir sekali, tidaklah aku menulis
untukmu akhi dan untuk diriku jua, melainkan kita tergolong dalam kalangan
orang yang beruntung!
6 comments:
teruskan menyentuh hati kami...
perbezaan ijtihad tak pernah menjadi beban dalam dakwah. tiada siapa yg tahu mana uslub dan wasilah yg betul. bagi ana tak jadi masalah utk menjadi "berbeza". yg penting kita yakin dgn apa yg kita sedang berbuat dan bersungguh instead of menangisi ramainya orang meninggalkan apa yg kita yakini. jalan ini sungguh, the law of the few. wallahualam.
Akh, izin share
Jzk diatas perkongsiannya.
Pernahkah enta dpt penjelasan drpd org yg enta rasa "dah berubah" ni?
Benarkah mereka tidak tabiat lagi?
Tidak boleh ditsiqahi lagi?
Berbeza adalah pilihan.
tidak tabiat ? tidak ditsiqahi ? Dari mana datangnya kesimpulan ini ??
Siapa makan cili, dia yang terasa. atikel ini untuk kita, renungkan diri sendiri.
Assalamualaikum wr wbt. Afwan ana terpanggil untuk komentar sebab ana terbaca komen2 di sini.
Bagi ana, dalam mendepani jalan dakwah yg sumpah panjang, setiap daripada kita akan melalui kematangan. Yg mana kita akan mula memahami sebab musabab yang lebih besar/overview tentang keberadaan sesuatu perkara. Terjadinya kehilangan seketika atau kekal yg disebabkan perbezaan atau sebab2 lain yg tidak kita ketahui, seharusnya menyebabkan kita lebih berusaha erat berpegang tali ukhuwah yg telah lama terbina samada di jalan dakwah atau sebelumnya. Di samping statement Anynomous yg xkurang ana setuju dengan lontaran ideanya..
In shaa Allah, dalam pada itu, sama-sama kita terus ber'amal dan saling menasihati kepada yg makruf dan menegah yg mungkar. Menunjukkan akhlaq dan adab yang baik, sehingga menjadi contoh karamah insaniah kepada semua yg disekeliling. Mana tahu yang "hilang" akan kembali. Mahupun yang baru akan memberikan harapan dan nafas baru.
Allahu a'lam :)
Allahumma tsabbit qulubana 'ala deenik wa tho'atik.
Post a Comment