Wednesday, August 15, 2012

CURI CURI MAKAN

Ok kesuntukan masa.

Assalam alayk people :)

Chop. Berapa ramai antara kita bila baca salam, kita betol betol jawab ? Tak kiralah sama ada salam diterima daripada bahan bacaan atau sms, betol betol ke kita jawab salam tersebut. Dan tika mana kita menulis balas kepada salam tersebut dalam text, adakah kita bena-benar menjawab salam tersebut ? Atau text sekadar text? Cukupkan syarat, supaya nampak baik? Adakah kita benar-benar mendoakan kesejahteraan si pemberi salam tersebut in the first place?

Hehe


Tiba-tiba

Ok second attempt,

Assalam alayk :)

Buat penyair yang gundah, daun daun gugur pun indah. Buat da’ie yang gelana, al Quran itu ada 114 surah semuanya.

Ada paham ?

Post sebelum ini, kita ada bercerita pasal takwa. Apa itu takwa sebenarnya? Apa kaitan puasa dan takwa? Kenapa perlu bertakwa? Kali ini ingin saya menjeremuskan kalian ke lembah pemikiran, ayuh kita pikir jap, mendalami apa itu takwa, dan segala benda yang berkaitan takwa.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim

(Ali Imran :102)

Ayat di atas, sangat klise. Eh. Bagi kaum laki yang tidak ponteng ataupun tidak hanyut dek arus pemodenan, kita pasti sangat biasa dengan potongan ayat ini, dibacakan pada permulaan khutbah Jumaat.

Allah berfirman, menyeru orang-orang beriman supaya bertakwa. Ini bermakna, tidak cukup sekadar beriman, tapi perlu ada takwa. Takwa itu lebih tinggi darjatnya daripada beriman. Dan dalam ayat itu juga ditekankan perkataan sebenar-benar takwa. Maknanya ada takwa yang palsu. Ada orang yang nampak bertakwa tapi sebenarnya tertipu dengan anggapan tersebut.

So ?


Puasa. Mengapa? Sudah kita kupas bahawa puasa itu disyariatkan supaya kita bertakwa. Ini bermakna Allah tidak melihat pada puasa tersebut, tapi melihat sejauh mana level takwa kita meningkat. Persoalannya bagaimana puasa menjana takwa?

Ada orang puasa tapi masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Adakah itu puasa yang menjana takwa? Mungkin. Tapi takwa yang palsu.

Puasa itu hanya antara kita dan Allah s.w.t. Bila kita puasa, kita menahan diri. Daripada? Makan dan minum. Itu jawapan klise dan tidak moden. Sebenarnya kita menahan diri, dari segala bentuk maksiat dan keinginan keinginan yang boleh membatalkan puasa tersebut.

Baik keinginan untuk makan, keinginan untuk melakukan hubungan apa-apa aja, keinginan untuk bergaul mesra, tepuk tepuk tangan, cubit peha kiri peha kanan terasa dan segala bagai keinginan. Itu puasa yang sebenarnya.

Sebenarnya, bila kita puasa, time duk sorang sorang boleh je kita baham atau tibai kepak ayam kat dapur tu. Takde siapa nampak. Tapi kita tak makan. Sebab ada takwa. Tahniah. Itu la takwa. Kita tidak makan walau line clear sebab tahu Allah Maha Melihat. Masalahnya, hari ini orang menakrifkan puasa hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga. Itulah silapnya. Maka lahirlah takwa yang tidak sempurna.

Takut, segan, malu dengan Allah kalau ponteng puasa dengan makan dan minum. Tapi tak sedar maksiat-maksiat lain tu.

Ada paham, kenapa puasa untuk takwa ?

Sikit sikit kan.

Ramadhan dah nak habis, so check balik. Puasa kita tempoh hari, Berjaya atau gagal. Dan ayuh kita perbaik puasa untuk hari mendatang supaya graph takwa kita meningkat denagn drastiknya.

Puasa. Takwa. Hmmp.

Baca, dah

Tahu, dah

Tinggal nak amal je.

Salam mujahadah :)

2 comments:

aku-bukan-robot. said...

fuhh! gagal aw berjaya? Allah!

moga yang sisa-sisa ni ada erti.

kene mujahadah tinggi ni.
antara mega sale raya or nak kejar mega amal yang berlipat ganda beserta istiqamah.! huh.

yosh!

Inspector Saahab said...

in sha Allah :)