Monday, August 20, 2012

MALAM ITU

Allahuakhabr

Allahuakhbar

Allahuakhbar

Malam itu, sebaik azan Isha’ berkumandang dengan penuh gah mengisi ruang ruang kosong dalam molekul udara, saya bergegas mengatur langkah yang bergaya menuju ke masjid. Lokasinya berdekatan dengan rumah. Sudah ramai yang tiba. Entah mengapa, pada malam itu terasa seperti ingin berada di saff hadapan, kalau ikutkan hati nak duduk di ruang imam, heh, tapi takpelah.

Tut tut, Berjaya menyelinap masuk ke saff hadapan. Malu pula, pakai selekeh, hingus meleleh, tapi sebaris dengan pakcik pakcik yang tegar hadir ke masjid. Entah apa dalam hati para pakcik itu yang berbisik. Tapi takpelah. Yang penting nawaitu. Insha Allah. Maka bermulalah adegan menunaikan solat Isha’ berjemaah.

Skip skip skip.


Salam diberi. zikir ringkas dialunkan. Pada kebiasaanya, sebaik salam diberi, saya akan terus meninggalkan jemaah, buat hal sendiri kat belakang masjid. Tapi kali ini, duk di saff hadapan punya pasal, saya stay. Oh lupa, malam itu ada yang terbeza. Selesai zikir zikir ringkas, tengok para jemaah dengan tok imam saling pandang pandang, eh eh macam ada apa apa aje. Saya pun turut sama pandang, haha.

Oh. Sah. Ya esok raya. Maka mulalah adegan takbir raya. Wah. Ini kali pertama, bertakbir raya pada malam raya di saff hadapan. Untung saya. Ini takdir. Sayu je suara tok imam malam tu. Bertakbir membesarkan Allah yang satu,takbir tanda kemenangan, takbir tanda kita kini suci, hari fitrah mendatang.

Saya pandang kanan, pandang kiri. Muka muka semuanya tunduk, mengenangkan dosa lampau barangkali. Pakcik pakcik ini tidak tampak begitu gembira. Sambil takbir dilaung, ada yang wajahnya muram. Ada yang wajah menyesal. Boleh jadi teringat anak anak diperantauan. Atau boleh jadi teringat bini di rumah. Eh. Yang pasti riak wajah berbeza beza. Malam itu, sungguh luar biasa.

Malam itu, selesai perjuangan sebulan di Ramadhan. Satu tempoh tarbiyyah dari tuhan. Keesokannya bakal meraikan hari kelahiran baharu, kembali kepada fitrah, suci dari dosa, sepatutnya. Setelah selesai solat dan doa dan bersalaman, saya pulang ke rumah. Saya lalu satu persatu rumah rumah di kawasan kejiranan. Suasana malam itu juga berbeza.

Ada rumah yang meriah persiapannya. Kanak-kanak bergelak riang, membakar pelita, memasang lampu kedip kedip. Ada rumah cerekanya sebaliknya. Ada rumah sunyi sahaja, gelap seolah-olah malam itu tiada signifikannya. Ada rumah menyambut kehadiran malam itu dengan pertambahan ahli, tidak kurang juga yang menyambut dengan kekurangan ahli. Sayu bila teringat ahli keluarga dan jiran tetangga yang sudah mendahului. Malam itu sungguh luar biasa.


Sebaik sampai dirumah, saya duduk duduk di luar sejenak, bintang bintang bergemerlapan dengan cemerlang. Semuanya tampak terang. Boleh jadi index pencemaran udara malam itu sangat rendah. Seakan boleh digapai bintang dengan tangan, sungguh dekat. Sungguh, malam itu luar biasa.

Sebulan, sudah berlalu tempoh tarbiyyah dari Tuhan. Tiba tiba risau pula, aku kini meraikan hari fitrah. Namun diluar sana, bila bila sahaja boleh datang perkara perlara yang boleh menodai kesucian ini. Anasir anasir di luar sana boleh sahaja merobek hasil tarbiyyah ini. Mampukah momentum iman dan amal diteruskan?

Cebisan kali ini kelihatannya tiada point sangat. Entah. Sekadar menulis di satu malam yang luar biasa. Muhasabbah. Istiqamah. Doa. Insha Allah, dipermudah urusan.

" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur"
(An Nahl:78)

Laillahailallahu Allahuakhbar

Allahuakhbar walillahihamd

1 comment:

Inspector Saahab said...

1 orang
1 cerita
1 malaysia

heh

cerita anda bagaimana ?