Debu debu jalanan yang berterbangan disisip bayu yang ayu sekali sekala hinggap di tubuh kerdil ini. Panas mentari yang memancar penuh ghairah mengakibatkan kalenjar peluh merembeskan cecair, mengalir keluar dengan penuh dramatik. Di hujung persimpangan jalan sana, berdiri longlai sebatang tubuh, lemah. Izinkan saya berpantun.
Gendang dipalu tanda hormat
Menyambut putera bersongket biru
Salam lebaran diucapkan
Semoga berbahagia selalu
Memang fail. Ini pantun baharu. Versi baharu.
Kehangatan bahang adilfitri masih terasa di kolej. Tidak putus sambutan diadakan oleh kelas kelas. Hari hari, sakit mata melihat anak anak muda memeperagakan baju raya yang sudah tidak basuh sejak syawal pertama. Apekah. Kehadiran kuih muih raya juga turut memberangsangkan, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Disebalik keenakan kuih dan segala bendalah yang dihidangkan, ayuh sekali sekala intai makanan untuk rohani, makanan untuk diisi oleh fikrah kita. Tajarud. Bukan sejenis kuih raya. Bukan terdiri daripada saudara ketupat dan rendang. Bukan juga jenama baju tempatan.
Apa itu tajarud ?
Cewah, suspen tak?
Secara bahasa tajarud bermakna mengosongkan jiwa kita dari pengagungan kepada selain Allah, menyucikan hati dari apa yang selain Allah, menanggalkan apa yang di dalam hati dan akal dari apa yang selain kebenaran dan melepaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah. Rumit sekali.
Pendek kata,
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”
Sebab apa perlu tajarud? Ni ha,
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)
Supaya hidup mati benar-benar kerana Allah.
Orang ramai, makcik pakcik, kakak abang senang-senang boleh cakap, bila buat sesuatu niat kerana Allah, maka kita telah mengabdikan diri kepada Allah secara total. Betul ke? Selagi tidak tajarud dalam kehidupan, statement ni boleh dibidas dengan lastik.
Tajarrud yang sebenar, secara praktikalnya adalah apabila kita buat setiap keputusan, neraca pertimbangannya adalah Islam. Ada paham kah?
Bab kata cucu Tok Selampit, hari hari hidup kita ni dikeklilingi dengan pilihan. Setiap hari kita kena buat keputusan. Hari ni, nak gi kelas nak pakai baju apa, warna apa, makan tengah hari dekat mana, lauk apa. Semua itu la keputusan yang perlu dibuat.
Soalnya adakah kita cukup tajarud dalam membuat pilihan ini? Jeng jeng jeng.
Sila baca sekali lagi. Sebab anda dah keliru. Hehe
Ok contoh praktikalitasnya, kita nak gi makan malam. Kita ke kedai cucu Parameswara, sebab apa? Kalau sebab makanan sedap, ada menu kegemaran kita, maka disitu tiada unsur tajarud. Kerana keputusan dibuat berdasarkan keinginan, tiada kepentingan kepada Islam.
Namun bila kita pilih mana-mana kedai sebab murah, dengan harapan kita boleh save budget, boleh infak, disitu ada tajarud. Ataupun pergi kedai Kemisah depan pagar kolej, sebab dekat, jimat masa, balik cpeat-cepat lepak kat surau sambil taddabur Quran, di situ ada tajarud. Ni bab makan la. Contoh mudah.
Tapi kalau makan makanan murah, kemudian duit yang jimat itu guna untuk beli ticket konsert yang tayang tubuh sana sini, ataupun pergi kedai depan untuk jimat masa supaya masa terluang digunakan untuk melayan iron man atau running man dengan berhemah, kemudian buat muka beriman dan berkata, “Aku telah tajarud”. Itu lagi sesat. Eh.
Bagaimana pula bila kita buat keputusan lain?
Sebab apa nak belajar perubatan contohnya? Di mana kepentingan keputusan kita itu di sisi Islam? Ada unsur tajarud kah? Kenapa nak pakai tudng bawal, tak nak pakai pashmina? Hand phone Samsung, bukan Epal? Naik kereta Mercedes bukan kereta tolak, tidur lima jam bukan empat jam, buat homework dengan kawan lain jantina, upload gambar itu itu di muka buku, dan banyak lagi keputusan dan pilihan lain.
Tampak remeh. Tapi disitu dapat dinilai sejauh mana kita meletakkan Islam dalam kehiduapn seharian.
Apabila seseorang itu sudah benar-benar tajarud, maka dialah insan yang dikatakan sisa atau saki baki perjuangan yang akan benar-benar menguntungkan Islam, mujahid yang sebenar. Orang yang bersikap tajarud, meletakkan kepentingan diri jauh kebelakang. Melihat dunia sebagai suatu yang kecil dan hina. Mujahadahnya tinggi.
Lihatlah pada diri kita. Cermin diri. Adakah kita insan yang tersenarai atau nama kita memang awal-awal sudah dihitamkan?
Ayuh tajarud
Tanggalkan pakaian jahiliyyah,
Berselindung di sebalik pakaian takwa
Merendahlah wahai hati
Sujudlah…
2 comments:
Sangat bermanfaat!
Dush dush dush
pengsan kejap
tq inspector sahaab :')
Post a Comment