Saturday, September 8, 2012

BENTUK BUKAN KUTUK

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

Di lorong gelap itu, tikus tikus jalanan berkeliaran, berpesta bagai nak rak. Anak dan bini diangkutdari timur ke barat. Malam itu, mereka abang kawasan, abang besar. Pendek kata, kay ell itu mereka punya. Bermaharajalela. Longgokan sampah di jalan yang tidak berturap itu dijadikan markas, tempat berhimpun. Rumah terbuka. Sisa makanan yang bertaburan dijadikan hidangan seisi keluarga, tatkala hitam malam makin pekat.

Drama tergendala, ribut kenchang.

Hari ini sudah makin ramai insan-insan kembali ke pangkal jalan. Makin ramai yang menyambut kedatangan hidayah dan taufik yang mengetuk-ngetuk pintu hati mereka. Menerima kehadiran cahaya tuhan yang bakal menerangi hari-hari mendatang dan meluhurkan usia yang berbaki.


Benar kata orang, setiap yang alim punyai sejarah sendiri, setiap yang jahil punyai masa depan tersendiri.

Namun begitu, sedih tidak terkata apabila ujian datang bertubi tubi menyerangi proses perpindahan mereka, proses penghijrahan mereka. Tohmahan dan cacian dek gelap semalam. Hal ini berlaku kerana ramai yang tidak faham. Ramai yang prejudis pada jiwa-jiwa yang penah terlanjur dan meliar. Manusia hari ini makin suka mengadili, tidak bertempat pula tu.

Hendak sahaja dibaling telur ke muka.

Lebih lebih lagi cacian dan cercaan daripada mereka yang tidak pernah terjerumus dalam kancah kemaksiatan dunia. Yang merasa diri cukup baik. Yang benasib baik, terhijab dari fenomena pencemaran ini dek berada dalam rahmat Tuhan, bersih dibawah jagaan keluarga. Mereka silap, kerana menilai dengan silap. Bahkan penilaian itu sendiri satu kesilapan.

Ada-ada sahaja. Bila si itu dan si ini ingin melangkah setapak ke depan, mencari sesuatu yang lama hilang, yang cuba merasai nikmat Islam dan iman yang sebenar, kita pula melontarkan kata-kata.

“Eh ustazah, makin longgar baju sekarang”

“Eh kau, dulu tak pernah tak pernah nak baca Quran, sekarang kemain lagi, dan nak kiamat ke ni?

“Eh Cik Kiah, meleret sampai sapu lantar tudung awak, tak berat ke?”

“Eh Abg Mat, rajin ke surau sekarang, ada krisis dengan bini ke?”

“Eh anda, amboi pakai kopiah sekarang, nak jadi imam muda ke?

“Eh” “Eh” Eh”

Dan begitulah. Senarai eh berterusan. Mengapa? Ramai juga dalam kalangan kita, bila melihat rakan-rakan yang masih jauh tercicir, kita pandang serong, jeling melampau. Diskriminasi. Yang baik terus baik, yang tercicir terus terabai. Kemudian kutuk-kutuk belakang, kerana apa? Tetipu dengan tanggapan diri cukup baik.


Tidak kurang juga bagi diri-diri yang bergelar da’ie. Buat malu kaum sahaja. Cakap kemain ingin membangkitkan jiwa-jiwa yang tidur. Alih-alih kutuk situ kutuk sini. Begini kah cara Islam? Membentuk melalu kutukan. Amboih.

Inilah fitanh yang sebenar.

Apabila manusia alpa akan nikmat Iman. Alpa akan tugas menyampai melalui segala cara. Manusia tidak sensitive akan sekeliling, berasa cukup baik song-song, terus berzikir dalam selimut. Paling parah yang menuding jari, bukan kebaikan yang disumbang bahkan kemudaratan.

Cukuplah karutan hampagas sampai sini.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Siapakah kah kita untuk mengadili teman-teman kita ? bahkan Allah, menuggu Hari Pengadilan untuk mengadili hamba-hambaNya.

1 comment:

Mister Mirull said...

kita penyeru bukan penghukum. *wink wink*