“Kalau difikir-fikirkan balik kan, bukan senang
kerja Rasulullah masa awal-awal dulu” Sambil menyandarkan bahu ke kerusi
hostel, kerusi plastic warna hijau, tanpa cushion. Kepala menoleh ke arah Jat.
“Kalau tak difikir-fikirkan balik pun, memang
susah pun” Bersahaja respon Jat. Jari jemarinya pantas menekan papan kekunci. Dah
macam keyboard warrior. Bekali-kali juga kepalanya yang tidak gatal digaru.
“Eh kau ni. Aku tengah fikir sesuatu ni”
“Yela, tiba-tiba sangat je kau ni” Lama mata
Jat menatap skrin bercahaya di depannya. 20 inci, jarak. Satu persatu perkataan
dibaca, dieja dan dibaca. Mata melilau kot ada salah grammar atau spelling mistakes.
Dia ni memang lejen typo. Kadang-kadang tangan gerak lebih laju daripada otak. Coordination
problems.
“By the way dah habis baca buku ni?’ Mulutnya
memuncung ke arah buku cover nipis warna biru di tangan. Kertasnya sudah lusuh,
kekuningan. Itu antara harta yang dipusakai Emir dari ayahnya, tak lama dulu.
“Belum weh. Dengan report biology ni, nak biul
kepala aku” Sekali sekala posisinya di lantai itu ditukar. Sekejap bersila,
sekejap meniarap. Dan banyak posisi posisi lain yang tak perlu nak ditulis kat
sini.
“Ala kau ni, macam baru semalam dua ikut
tarbiyah” Sentap.
“Gurau kasar nampak” Kepala tertoleh ke arah Emir.
Muka tak puas hati tak boleh blah. Tapi nak salahkan siapa? Ada benar juga tu. “By
the way, apa yang kau dapat setakat kau dah baca tu?”
“Banyak” Pantas.
“Yela, aku tak tanya banyak ke skit…”
“Eh kau emo ke. Sabar la, kata nak ikut Rasulullah.
Hehe” Peh. Dua kali kena malam tu.
Hanya sekilas
pandangan mampu dibalas. Bicara kelu. Kang jawab lagi kang kena lagi. Baik ikut
sunnah, berkata-kata baik atau diam.
“Antaranya la…” Emir mulakan perkongsian pada
malam tu, “Boleh je sebenarnya kalau Rasulullah saw perjuangkan isu lain
sebelum dia bawa isu akidah”
“Contoh?”
“Contoh? Hmm. Isu kebangsaan Arab ke. Sebab hampir
semua tanah Arab di sekeliling Mekah macam Yaman, Syams dan lain-lain dipimpin
oleh kerajaan bukan Arab. Kerajaan Rom dan Parsi contohnya.” Ilmiah sangat ni.
“Hmm menarik. So kiranya boleh la baginda buat
modal, guna isu perkauman untuk bangkitkan semangat orang Arab” Tetibe Jat pun
beri komentar
“Haah.” Approved.
“Lagi? Kalau satu contoh macam tak kukuh sangat
hujah kau”
“Lagi ? Hmm boleh juga Rasulullah perjuangkan
isu keadilan social ke. Sebab time tu hampir 90% penduduk Mekah adalah golongan
miskin yang kena tindas. So boleh je Rasulullah leads depa sume ni untuk
perjuangkan keadilan, jadi ketua kemudian baru tegakkan islam”
“Haa, tu pun menarik. Dan it sounds Islamic pun
kan”
“Yup”
“Lagi? Macam best plak buku ni”
“Ada banyak lagi, nak tahu kena la baca” Mata
membulat nakal. Emir sambung bacaan di meja studinya. Highlighter warna hijau
macam daun pucuk pisang di tangan kiri. Sekali sekala digarisnya poin poin
penting.
Lepas beberapa
detik yang sunyi.
“Habis tu Syed Quttb ada bagi komen tak, kenapa
Rasulullah tak guna isu-isu lain tu?” Perbincangan ilmiah entah tahap apa
dihidupkan balik. Kali ni Jat pula memulakan langkah. Makin rancak, makin
menarik. Ada benda yang boleh di ponder sama-sama.
“Of course la ada”
“Tapi betul la kan..”
“Apa yang betul?’ Tetibe.
“Bukan senang nak ubah pemikiran, as in kepercayaan,
akidah seseorang tu. Dah la pasal akidah kepercayaan, pasal ketuhanan. Ingat senang
ke orang tu dari kecik sampai dah nak mati duk sembah berhala, dia ingat tu
yang betul, tetibe entah budak dari mana cakap tak betol. Mesti la kena reject”
“Haah. Setuju”
“Macam sesetengah orang yang keras duk kata kat
pakcik-pakcik kat masjid tu yang sejak depa merah lagi duk solat subuh pakai
qunut, tibe-tibe pergi cakap kat pakcik-pakcik tu qunut tak boleh la, biadaah
la…haha. Mahu tak marah pakcik-pakcik tu”
“Agree. Wah tetibe otak kau berfungsi dengan
baik eh malam ni” Emir berjenaka. “Kau minum susu Enfagrow eh tadi, sehingga
sel sel otak berhubung” Lagi dicucuk cucuk si Jat. Tak dilayan.
“Papepun
perit kan perjuangan Rasulullah” Sambil sambil menaip tu, sambil sambil tu juga
la terpacul kata-kata yang menginsafkan.
“Yang sedihnya, tak ramai nampak benda ni bila
cakap pasal nak ikut sunnah.”
“Hmm tu la. Law ka na bainana”
“Jat”
“Ye”
“Aku…entah, tetibe rindu nak jumpa Rasulullah
saw. Huhu. Tetibe melancholic pulak malam ni. Ni sume kau punya pasal la ni”
“Laaa, kau yang start dulu kan..aku just nk
support hehe” Habis dah berterabur notes biology dekat kiri dan kanan laptop. Macam
kena ribut Catrina. Selepas seminit dua, dua dua sunyi tanpa bicara,
“Tapi kan Mir, kalau jumpa Rasulullah kau nak
cakap apa?”
Allahumma solli’ala saiyyidina Muhammad :’)
No comments:
Post a Comment