Penulis Lapar
Menyelusuri
Surah Yusuf buat sekelian kalinya tidak pernah gagal membuatkan kita stumble
upon this unfathomable chapter of the Holy Quran. Lihatlah, betapa keterpakuan
itu hanya terungkap dalam bahasa asing. Ish. Layaklah Allah swt mengiktiraf
kisah Nabi Yusuf as yang terpahat abadi dalam surah ini sebagai kisah terbaik,
ahsanal qasas.
Nabi saw
pernah bersabda dalam satu hadis yang panjang, yang potonganya adalah;
“Manusia
itu seperti logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih mereka semasa
Islam, sekiranya mereka faham”
Mari kita
renungkan hadis ini dengan suluhan Surah Yusuf, insya Allah.
Secara zhohirnya
dan yang mampu kita renungkan dengan kemampuan akal yang terbatas ini, Nabi
Yusuf as sebagaimana yang diceritakan dalam surah ini mempunyai dua jenis
kelogaman, keistimewaan yang ketara iaitu wajah yang tampan dan kebolehan
mentakwil mimpi. Kedua-dua kurniaan Allah swt ke atas nabiNya itu boleh
dimanfaatkan untuk membantu memperjuangkan Islam.
Hatta di
zaman bila pun, rupa paras yang menawan dan kemampuan mentakwil mimpi ini boleh
jadi satu asset yang berguna untuk angkatan dakwah dan Islam secara amnya. Pun begitu,
dalam surah ini Allah swt mengajari kita bahawa keistimewaan dan kelebihan kita
itu ada potensi untuk dimanfaatkan, tetapi belum tentu ia benar-benar
bermanfaat.
Sebab itu,
dari satu sudut jika hendak didiskusikan,
Ketampanan Nabi
Yusuf meskipun pada asalnya kita lihat sebagai satu asset penting tetapi dalam
kisahnya ini seakan ketampanan itu suatu beban bahkan yang akhirnya menghantarkan
baginda ke penjara. Seolahnya, Nabi
Yusuf tidak mampu menguruskan kelebihannya itu, sehingga ia mengundang fitnah
yang di luar kawalan baginda lalu baginda berdoa;
“Telah
berkata (Yusuf), ‘Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi
ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan daripada tipudaya mereka, necaya
aku akan cenderung dan tentu aku akan termasuk orang yang bodoh”
(Yusuf:33)
Sudah pasti
jika dilihat dari sudut yang lain, ada signifikannya tersendiri kenapa Allah
swt mentakdirkan baginda memiliki wajah yang tampan sedemikian yang mana
sisi-sisi lain itu bukanlah menjadi perhatian kita kali ini.
On the
other hand, kelebihan atau kebolehan baginda mentakwil mimpi pula telah menjadi
asset yang sangat bermanfaat dalam perjalanan hidup baginda yang penuh liku itu.
Daripada mulanya baginda mentakwil dengan tepat mimpi rakan-rakan sepenjaranya
sehingga baginda mentakwil mimpi diraja Mesir yang natijah akhirnya kebolehan
itu mengangkat baginda ke pangkat yang tinggi di Kota Mesir ketika itu.
Hanya dengan
satu kebolehan, ia mengubah perjalanan hidup seorang Nabi dengan begitu ketara,
sudah pasti dengan izin Allah swt. Terselit dalam kisah ini elemen-elemen
akidah jika kita sama-sama dapat renungkan dua ayat ini;
“Dia
(Yusuf) berkata, ‘Jadikanlah aku bendaharawan negeri, kerana sesungguhnya aku
adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan”
(Yusuf:55)
Dan demikianlah
Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri ini…”
(Yusuf:56)
Lihatlah betapa
indahnya mesej ketahuidan ini disampaikan. Nabi Yusuf meminta daripada si
pembesar Mesir kedudukan sebagai ‘menteri kewangan’ tetapi perkataan ‘Kami’
pada permulaan ayat berikutnya mengajar kita bahawa Allah swt lah yang
mengangkat atau menjatuhkan kedudukan kita. Subhanallah!
Saudaraku,
Begitulah di
jalan dakwah, kadang-kadang kita merenung dan mencongak diri sendiri lalu
bertanya, “Kenapa aku tidak dikurniakan kelebihan sebagaimana orang lain?”
Kenapa kita
tiada kemampuan petah berbicara, pandai mengurus program tarbiyah, mempunyai wajah
yang menawan, pemidato yang hebat, penulis yang profilik dan pelbagai jenis
kelebihan yang menjadi nilai tambah bagi seorang duat.
Sebenarnya surah
ini mengajar kita, cukuplah dengan apa yang kita ada.
Bahkan mungkin
kelebihan yang tidak tersisa pada kita itu Allah swt ‘sengaja’ tidak kurniakan
kepada kita kerana mungkin kita tidak mampu pun untuk menguruskannya dan
memanfaatkannya. Sebagaimana ketampanan Yusuf yang pada masa kasar kita
sepatutnya menjadi added value tetapi sebaliknya yang berlaku.
Jika satu
kebolehan mentakwil mimpi itu sudah memadai buat Nabi Yusuf as, maka sebenarnya
kebolehan kebolehan yang tersedia ada pada kita itu sudah cukup. Tetapi sudah
tentu ada elemen lain yang hadir, yakni jika kita sabar dan thiqah dengan
ketentuan Allah swt. Kesabaran Nabi Yusuf dan kepercayannya kepada perancangan
Allah swt sebenarnya lebih mahal berbanding kebolehan yang eksternal itu.
Usahlah merungut
dengan kekurangan asset dan prasarana dakwah kita, tetapi belajarlah untuk
menguruskannya dengan baik, dengan sabar dan thiqah pada Allah swt.
Kita berkata
alangkah baiknya jika ada gadjet, kan lebih mudah urusan dakwah dapat
dilaksanakan. Tetapi bila dapat gadjet, kita lalai pula! Kita berkata lagi,
alangkah baiknya jika ada lebih kuat sokongan kewangan yang memang tidak
dinafikan kewangan merupakan asset luaran penting untuk perjuangan ini, tetapi
bila kita ada lebihan duit, kita boros pula berbelanja. Lihatlah menu makan
kita tatkala kita senang. Misalannya.
Benarlah sabda
Nabi saw di akhir kalam tadi, ‘sekiranya mereka faham’. Faham dalam meletakkan
alat di mana, matlamat di mana.
Lebih manis
dalam Surah Yusuf juga, di sela sela penceritaan itu, kedua-dua nabi yakni Nabi
Yusuf as dan ayahanda baginda Nabi Ya’kub as mengajarkan kita satu frasa yang
cukup indah dan melegakan pada ayat 64 dan 92.
Wahua arhamur
rahimin
Dan Dialah
yang Maha Penyayang di antara para penyayang.
Membaca lenggok
bahasa Arabnya sahaja sudah cukup mendamaikan, apatah lagi apabila kita membaca
terjemahannya. Dan jika kita telusuri frasa ini melalui sisi linguistic studinya
pasti akan lebih memesonakan akal dan hati, insya Allah.
Usahlah risau
dengan kekurangan yang ada, rintangan, halangan, kekhilafan kita, kerana
bukankah Allah itu Maha Penyayang di antara para penyayang ?
Wallahu’alam
Moga Allah
kurniakan penulis kesempatan untuk berkongsi lebih banyak sisi sisi yang begitu
penting untuk kita sama-sama fikirkan dengan akal yang sejahtera daripada kisah
yang terbaik daripada al Quran ini.
No comments:
Post a Comment