Sunday, January 18, 2015

SENTUHAN AL AKH #32




Sebelum itu mari kami kongsikan dengan kalian apa yang dikongsikan oleh Akh A berkenaan Dakwah di Bahr Shaghir.

“Dalam sebuah perayaan di Port Sa’id, ikut hadir pula ratusan ikhwan Bahr Shaghir, Jamaliah. Kehadiran mereka sebenarnya bukan dalam rangka menghadiri perayaan ini, tetapi kebetulan bertepatan dengan acara itu sehingga mereka ikut hadir. Mereka mendengar baik-baik apa yang saya sampaikan. Seusai acara itu, mereka menyisakan beberapa waktu berdiskusi tentang sasaran dan tujuan dakwah.

“Setelah itu mereka pulang dengan tekad mengemban misi dakwah di wilayah mereka, Bahr Shaghir. Belum lama berlalu, sudah berdiri cabang Ikhwan pertama di Bahr Shaghir. Saya mengunjungi cabang ini di hari hari terakhir saya berada di Ismailia. Ada sesuatu yang unik dan menggembirakan. Ketika saya sampai di Mathatriah, saya melihat banyak orang menyambut kedatangan saya. Ada senyum ketika bertatap muka, namun senyuman dengan gaya menolehkan pandangan”

“Lalu saya tanyakan kepada Syaikh Mustafa At-Thair secara empat mata mengenai makna senyuman ini. Ia kemudian menjawab,


“Ia ertinya bahawa anda telah mengejutkan mereka dengan sesuatu yang tidak mereka sangka. Mereka sebenarnya menantikan untuk menyaksikan seorang syaikh besar yang berwibawa, usianya tua serta penampilannya agung. Tak tahunya tiba tiba mereka hanya bertemu dengan seorang pemuda yang usianya saja belum sampai 25 tahun”

“Kalau begitu” Lanjut syaikh tadi, “Kita harus berupaya mengembalikan ketenangan dan kepercayaan ke dalam hati mereka. Kita harus berupaya keras pada malam ini, agar membuat mereka merasa puas”


Akh A kemudian membalas kata kata tadi,


“Wahai Akhi, hidayah itu ada di tangan Allah. Pengokohan dan sokongan pun hanya dari Allah semata. Jika Dia menghendaki kebaikan, maka yang terjadi adalah kebaikan. Hati seorang mukmin itu berada di antara dua jari dari jari-jemari Ar Rahman”


Akh A ialah Pak Hassan Al Banna.


---

Bukan semua cerita dakwah ini berkisarkan peristiwa yang seronok dan menghiburkan sahaja. Ia bukan pula perihal ukhuwah semata-mata. Bukan sekadar kepingan nasihat yang membangkitkan iman atau perihal yang manis manis sahaja. Tetapi adakalanya dugaan dan cabaran yang akh itu hadapi untuk memastikan kelangsungan dakwah membuatkan cerita yang berbagai itu membuatkan akh itu sentiasa merindui jalan dakwah.

Begitulah yang kita hadapi apabila bicarakan fenomena hidup mati dakwah di Malaysia, di tanah air kita ini. Bukanlah aku ini yang paling layak untuk memberi komentar sebarangan. Namun beginilah pengalaman mengajariku.


Setelah hampir setahun berlalu, lalu kami ada daurah sendiri. Inilah yang kami lalui, di bumi ini pasca keluar daripada kehidupan kolej. Bukan tiada, cuma daurah satu lagi yang terlepas gagal dihadiri kerana di Malaysia ini aneh, kadang-kadang di hujung minggu pun ada kelas. Kelas jalan seperti biasa tanpa diduga. Merimaskan!

Daripada halaqah kami, seorang lagi akh menemaniku. Kami berdua. Daurah hadis, khabarnya Abang Murabbi. Dikhabarkan lagi, pesertanya gabungan daripada beberapa halaqah yang lain juga.

Namun seakan sudah bisa diduga sambutannya, kerana halaqah kami sahaja, hanya dua mampu meluangkan masa.

Tidak mengapalah!


Maka hari yang ditunggu-tunggu hampir setahun itu pun tiba. Kami hadir bersama-sama. Setelah hentian Bus Bandar Tasik Selatan menjadi titik temu, tempat bersua lima belas minit sebelum itu.


“Wah ramainya, ni semua nak ikut daurah ni? Kau kenal tak semua ni?”

“Agaklah. Entah. Sume muka tak familiar”

Begitulah perbualan spontan kami berdua setibanya di tempat kejadian. Lalu kami dijemput naik ke lokasi yang sebetulnya.

“Ni semua join sekali ke?”

“Eh takdela, ini program ikhwah overseas”

“Oh. Patutlah ramai semacam. Ni keluaran kolej persediaan la ramai ni”

“Haah. Yang multaqa hadis, kita kita ni je”

Kita-kita ni je? Maksudmu ya akhi? Lalu akh itu membilang. Satu, dua , tiga, empat dan ditambah mereka berdua, enam!

“Kita semua berapa?”

“Sepatutnya 20 lebih juga...tapi insha Allah ni jela. Kalau ada pun tambah dua lagi”

Perkara sepatutnya memang selalu macam itu. Tidak berapa lama kemudian, lagi dua ikhwah sampai. Alhamdulillah, meriah la sikit. Lalu seperti biasa sesi dimulakan dengan berkenal-kenalan sesa­ma mereka.

Meskipun bilangannya kecil, ia tetap hidup. Bahkan kami ada lebih masa untuk bertanya soalan sesama ikhwah, lebih lebih untuk diajukan kepada yang lebih senior itu.

Semasa memulakan sesi pada malamnya, akh penganjur pun menceritakan sedikit suasana dakwah dalam negara ini.

“Insha Allah ikhwah, ana tahu antum dah lama takde daurah ke multaqa ke, apatah lagi mukhayyam. Sebab itu ana usahakan buat juga dulu. Kalau boleh ana nak start balik dari kosong, nak biasakan banyak program tarbiyah kita. Penting tu. Kalau nak ikut program yang dijadualkan susah. Sebab tu kita buat dulu. Antum ok ke?”

Sudah pasti ok. Bersemangat!

Sebenarnya agak mengejutkan realiti ini. Kerana prasarana dakwah dilihat rancak membangun. Program kemasyarakatannya meluas dari satu jajahan ke jajahan yang lain. Tetapi tahu tahu, yang hadir daurahnya begitu. Program tarbiahnya begini. Lalu di mana orangnya? Membina apakah dakwah kita ini?

“Kat Malaysia ni banyak halangan nak hadir program tarbiyah. Yang tak hadir dah minta izin ana. Takpelah yang tu. Kita husnudzhon dengan mereka. Selebihnya kita serah kepada penilaian Allah swt.”

Begitu akh itu menyimpulkan pembuka bicaranya, kurang lebih. Ia benar benar berbeza dengan suasana di kolej kami dahulu. Perancangan tarbiyah dan dakwah yang rapi. Pembinaan manusianya rancak. Yang hadir ke halaqah dan daurah pun memberangsangkan. Namun apabila keluar daripada kepompong itu, baru aku tahu suhu Malaysia. Berbeza dengan cerita ikhwah dari seberang.

Tetapi semangat al akh itu yang memperjuangkan kesuburan tarbiyah ini, di celah celah cabaran yang tidak terhitung banyaknya, cukup mengkagumkan. Memberi inspirasi. Pendek kata menyentuh semangat akhnya supaya juga berkobar kobar. Semoga engkau tidak kecewa akhi, dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqomah.

Mari aku kongsikan sekali lagi kata al Banna,


“Wahai Akhi, hidayah itu ada di tangan Allah. Pengokohan dan sokongan pun hanya dari Allah semata. Jika Dia menghendaki kebaikan, maka yang terjadi adalah kebaikan. Hati seorang mukmin itu berada di antara dua jari dari jari-jemari Ar Rahman”

(Siri ini sedutan daripada buku Sentuhan al Akh I )

No comments: