Friday, January 16, 2015

SENTUHAN AL AKH #31




Lihatlah bagaimana Nabi Yusuf a.s menyantuni mad’u nya dalam penjara, sehingga sentuhan sentuhahan al akh baginda membuatkan objek dakwahnya itu tertarik dan mula thiqah pada baginda. Scene dalam penjara Mesir yang dibawakan oleh al Quran itu sangat pantas untuk kita renung-renungkan.

Nabi Yusuf telah menunjukkan qudwah seorang duat yang sangat baik sepanjang berada dalam sijin (penjara) sehingga objek dakwahnya mula yakin, dan timbul rasa ingin berkongsi masalah atau mushkilah mereka dengannya, meskipun mushkilah berbentuk peribadi.

Mereka berkata;

“..Sesungguhnya kami memandangmu termasuk orang yang berbuat baik”
(Yusuf :36)


Begitulah Nabi Yusuf a.s mengajar kita di jalan dakwah, bahawa sentuhan dakwah itu tidak semestinya dimulai dengan kata-kata yang mengagungkan para pendengar, tidak seharusnya dimulai dengan kepetahan berkata-kata, sejauh mana kita boleh memetik nas nas al Quran dan hadis mahupun sebagus mana pakaian kita, tetapi dengan qudwah dan akhlak yang baik.

Meskipun berada dalam penjara.


Sentuhan al akh dari seorang nabi, yang membuatkan kita merenung jauh, dalam dan panjang. Sudahkan kita, akhi, melunaskan hak hak al akh yang lain? Persis Yusuf menyantuni teman sepenjara baginda?

Teman sepenjara Nabi Yuduf sebelum itu telah berkata, berkongsi masalah-masalah yang wajarnya dihurung oleh manusia biasa juga. Lalu al Quran bawakan kisah dan perkongsian mereka;


“Dan bersama dia masuk pula dua orang pemuda ke dalam penjara. Salah satunya berkata, ‘Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur’ dan yang lainnya berkata, ‘Aku bermimpi membawa roti di atas kepalaku sebahagiannya dimakan burung. Berikanlah kepada kami takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk orang yang berbuat baik”

(Yusuf :36)



Begitulah di jalan dakwah akhi.


Akh yang lain akan mendapatkan akh yang dipercayainya, sebagai tempat untuk dia luahkan permasalahan yang didapatinya. Thiqah, kepercayaan itu tidak boleh hadir dengan paksaan. Tetapi ia datang setelah haq haq tarbiyah dipenuhkan, setelah kita terlebih dahulu memberikan kepercayaan itu kepadanya. Sehingga kita terlebih dahulu menyantuninya dengan sentuhan yang sewajarnya. Sehingga akhirnya ikatan hati itu wujud lalu tiada lagi rahsia antara mereka.


Jika kita meneruskan renungan seputar kisah Nabi Yusuf as sehingga ke ayat ayat seterusnya, kita akan dapati bagaimana Nabi Yusuf memulakan langkah dakwinya. Bagaimana Nabi Yusuf menggunakan alat dengan betul untuk mencapai matlamat dakwahnya. Berhemah, penuh seni dan teliti.

Sebagaimana baharu sahaja kami nakalkan kisah Nabi Yusuf as dan teman sepenjara baginda, kami juga ingin kongsikan buat tatapan kalian, antara siri siri perkongsian masalah dan mushkilah daripada seorang akh kepada akh yang lain. Ia bukan sekadar perkongsian biasa, tetapi perkongsian yang membuatkan kita atau kami kembali berpijak ke alam realiti.


---

“Ada hal skit nak tanya, Abg kot sesuai nak jawab…”

“Yess ? So apa soalan dia?”

“Erm. Ok saya nak minta abg play role drama jap. Abg jadi ayah saya. Saya pulak seorang anak (obviously la kan). Lepas tu, kantoi minum. Padahal sebelum ni saya dijaga dengan baik. Lepas hantar masuk asrama, kenal kawan kawan yang na’uzubillah…”

“Erkk..”

“Abg dan isteri dah tahu dah. Nak buat apa eh? Saya ni tak tahu lagi yang terkantoi dah. Kompleks kan situasi ini?”

“Peluh. Face to face kot discuss. Sama ada abg atau isteri. Err. Siasat sampai sure. Sebab nak jadi ayah yang sabar kan. Kena cari dan scan root cause. Sebab si anak tu asalnya baik kan? Nasihat. Pastu mungkin pindahkan sekolah kalau betol betol kawannya pengaruh”

“Oo. Yang kantoi tu dekat FB, so memang sah la. Lepas tu macam mana kalau saya ni jenis memberontak? Kalau kantoi, mungkin saya lagi jadi lagi jahat?”

“Amvoi ada soalan susulan?

“Haha, susah eh.

“Ermm. Kena buat decision by case. Kena consider hubungan anak-ayah, anak-mak”

“Ermm, saya jujur eh. Ni kes adik saya sekarang. Dia banyak buat benda benda belakang family. Sekarang nak gi amik dia di university dia. Sekarang saya tak tahu. Mungkin dia lagi memberontak kalau dia tahu yang dah kantoi”

“ o.o. Adik laki ke perempuan?”

“Laki. Dulu kitorang rapat. Tapi sejak masuk asrama, dah lain. Masa tu ada kes lain, mak saya sampai nak hantar ke sekolah pondok. Saya tak tahu la nak buat apa yang betul”

“Waaa. Sangat susah. Kena figure out kenapa jadi macam tu. Use the soft way first. Hmm”

“Eh. Dia ni sebelum ni ada kes lain, so, taktahu la. Hmm”

“Maybe, maybe this is the time to be a gentle and matured big bro. For you.”

“Saya eh?”

“Haah. Parents dah tahu ke?”

“Dah. Dan masalahnya semua aksi parents nak amik. Kalau saya, settle sendiri sendiri je”

“Aksi macam mana tu ? Try la kan slow stalk dengan adik”

“Diorang yang baca FB chat adik. Sekarang dengan ayah nak gi amik adik”

“So kena tengok dulu apa response ayah nanti. Doa banyak banyak”

“Insya Allah.”

“Kalau get worse, nanti one-one la dengan adik. Calm him down”

“Okay. Thanks. Susah kan situasi ni”

“Sangat susah. Dan  susah nak bagi idea nak buat macam mana sebab taktahu how close korang berdua kan”

“Oo. Saya ada jugak tahu rahsia rahsia dia. Saya jenis back up.”

“Back up ok. Tapi bukan solutions la kan.”

“Takpela, nak ada trust dulu antara kitorang”

“Ohh. Ok la if that’s the long term plan nye.”

“Susah eh?”

“Haah. Agak la. Tak boleh nak imagine if it happens to me. Takde lagi jumpa kes macam tu dengan orang terdekat. As in kawan kawan ke. Huhu”

“Selama ni dalam kelompok baik baik saje kita ni kan?”

“Err..”

“Kalau cakap isu dakwah, kita ada perjalanan jauh lagi kalau nak sampaikan kat orang-orang luar sana. Huhu. Takpe, thanks banyak banyak. Saya nak kena tolong ayah cari jalan insya Allah.”

“Exactly. Ok”

“Jazakallah abg”

“Jazakallah for sharing. Macam sentap gak in one sense. Dan sorry tak membantu sangat”

---


Bukankah kami telah mengatakan sesuatu yang benar sebentar tadi? Bagaimana perkongsian ringkas tapi cukup rumit itu membuatkan kita kembali berpijak di bumi yang nyata? Tidak hanyut dicandukan dengan bau harmoni syurga atau keindahan berhalaqah di taman-taman syurga semata-mata, sebaliknya mengajak kita merasai besar dan banyaknya tanggungjawab yang dilalaikan.

Terima kasih akhi.
Begitulah sentuhan al akh.

Bersahaja, tetapi kesan dan getarannya luar biasa. Mujurlah jiwa akh itu, sejahtera dengan nikmat iman dan islam, sehingga dia terdiri daripada orang-orang yang muharik dan mutaharik. Dia tidak tinggal dan merelakan kezaliman menyelinap masuk. Bahkan dia mengajak akh yang lain berfikir panjang seputar mengenang masalah umat kini yang makin tenat.

Siapakah yang sanggup bersama mereka untuk projek membangunkan umat ini? Kami harap kalian sanggup menawarkan diri, dan berkata, “Akulah orangnya!”


“Kalau cakap isu dakwah, kita ada perjalanan jauh lagi kalau nak sampaikan kat orang-orang luar sana”

No comments: