Sarikei,
bukan nama sebenar merupakan seorang anak Jati Malaysia. Satu hari yang indah,
suhu pun rendah, aman dan sentosa, maklumlah Malaysia kan aman, satu soalan
telah diajukan kepada Sarikei,
“Apa nama ibu Negara Malaysia?”
“Kuala Lumpur”
Cemerlang. Sepantas
kilat beliau menjawab soalan tadi.
Kilat pun tak sepantasnya. Ok over.
Kilat pun tak sepantasnya. Ok over.
Soalan
kedua,
“Apa nama ibu Negara German?”
“Hmmm…”
Krik.
Krik.
“Dublin kot?” Tettt. “Saya ingat, saya ingat,
Berlin?”
Boleh
tahan.
-----------------------
Lohan,
putih melepak. Tubuh tinggi lampai. Mata biru. Anak Jati German. Lohan, juga
bukan nama sebenar. When asked,
“What is the capital of German?”
In a split
second He answered,
“Berlin. Well don’t you have a tougher
question?”
Cis.
“Well, how about Malaysia?”
“Err, what is that?”
----------------------
Begitu la kisahnya.
Encik Osman
telah menanyakan satu soalan kepada Sarikei,
“Apakah tujuan hidup kita?”
“Ibadah”
“Lagi satu?”
“Eh ada dua ke? Hmm.. Khalifah kan?”
Not bad.
Untuk tidak
biased, Encik Osamn juga telah menanyakan soalan yang sama kepada Lohan,
“Lohan, Lohan, can I ask you something?”
“Sure”
“Well, what’s the purpose of life”
“Hmm. Woo, that is really a tough question.
I’ve never thought of that. Be good maybe?”
“So you’re being good?”
“I’m trying”
Be good.
Escapism.
Begitulah
ceritanya.
----------------------------
Orang yang
tahu dan hidup dengan apa yang dia tahu.
Sarikei
tidak mempunyai sebarang masalah menjawab soalan pertama. Yelah. Dia anak Jati
Malaysia, hidup di Malaysia, pasti tahu benar geografi Negaranya.
Begitu juga
dengan Lohan, tidak ada masalah menjawab persoalan yang sama.
Orang yang
tahu tapi tidak hidup dengan apa yang dia tahu.
Namun,
Sarikei bila ditanya tentang apa ibu Negara German, dia terkebil kebil. Heh.
Mungkin dia tahu. Tapi dia tidak hidup di German. Jawapan itu tidak terus
bermain di fikirannya. Akibatnya, cubaan pertamanya gagal menepati skema
jawapan.
Bahkan,
Sarikei perlukan masa yang lama untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Orang yang
langsung tidak tahu.
Haa, Lohan
pula, mana mungkin dia tahu apa ibu Negara Malaysia, kalau Malaysia pun dia
tidak tahu.
------------------------
Sarikei tahu
satu dari dua tujuan hidup, yakni ibadah. Lantas dia menjawab dengn betul.
Kerana dia mungkin benar-benar hidup dengan hakikat ini. Tapi, apabila bercakap
soal khalifah, ada sedikit kekeliruan di situ.
Mungkin dia
tahu. Tapi dia tidak hidup untuk itu.
Nah, Lohan
pula, langsung tidak terfikir.
Tanya diri
kita sejenak. Apa tujuan kita hidup? Anda mungkin boleh jawab keduanya dengan
betul, kerana saya yakin anda hidup dengan kedua hakikat ini. Tapi bagaimana
dengan orang di sekeliling kita? Jiran jiran kita?
Orang yang
berlegar di tempat kerja kita? Yang lalu lalang di hadapan rumah kita? Yang
meluncur laju atas jalan raya di kampung halaman kita?
Adanya
“pause” dalam jawapan mereka boleh dijadikan indikasi sejauh mana jawapan itu
benar-benar hidup atau jawapan semata. Ini hanyalah indikasi paling minimum.
Kerana,
Kita yang
boleh jawab keduanya dengan betul pun belum tentu lagi menunjukkan ia
benar-benar merupakan jawapan yang menggambarkan hidup kita. Jawapan tu mungkin
betul kerana kita budak usrah!
2 comments:
sampai bila "abid dan khalifah" nak jadi skema jawapan. jom internalise.
Hayya !
Post a Comment