Madmie China :)
Aku kenal
dia tak lama. Tak baru juga. Begitu juga dengan tarbiyah. Tak lama. Akh itu
sejak awal aku sangat janggal dengannya. Tapi aku dapat rasa limpahan iman bila
dengannya. Mungkin dosa padaku menimbulkan kejanggalan itu.
Dia tidak
berada dalam system pada awalnya. “Ini tidak patut”.
Aku mendengus. Melihat kualitinya, “Ah logam ini!”
Aku mendengus. Melihat kualitinya, “Ah logam ini!”
Aku kepingin
mahu dia bersama. Namun janggal masih ada. Bukan apa, dia yang tidak bersama
gerabak ini kelihatannya lagi soleh dari diriku. Tapi aku tekad. Benar benar
ingin bawanya bersama. Entah kenapa.
Pada awalnya,
dia enggan.
“Aku belum
bersedia la”
Itu katanya.
Tidak mengapa. Memang sukar. Tapi aku teruskan muayashah. Bina hubungan hati. Itu
yang lebih utama. Akh itu jarang sekali solatnya dalam kolej. Sering ke masjid.
Bersama motornya. Masih segar nombor platnya dalam kepalaku. Ah. Biarlah rahsia.
Dia sering
boncengkan aku. Di subuh hari ke masjid biru.
Ini yang buat
aku kagum tentangnya. Maaf. Aku sangat skeptic dengan anak-anak urban, dulu. Pada
firasatku, budak bandar ini hanya tahu berfoya-foya. Solat tunggang langgang. Dunia
mereka hanya hiburan. Kecil benar duniaku waktu dulu. Anak kampung. Cetek akal!
Tapi al akh
itu membuatkan aku kagum. Anak urban, siapa sangka. Firasat aku meleset. Buat aku
lagi tekad mahu dia bersama dalam gerabak ini.
Masa terus
berlalu. Sudah makin ramai yang mahu bersama. Tapi akh itu masih seperti dulu. Belum
bersedia. Tapi aku terus mencuba.
Sampai satu
masa, Allah sahaja tahu betapa aku gembira dibuatnya. Dia sudah bersedia. Aku ikut
bersama halaqahnya pada beberapa ketika, di awalnya. Mahu teman. Mahu motivasi
gitu. Lama-lama akh itu mula ‘masuk’. Ok.
Masih aku
ingat, waktu program pertama kami anjur, banyak benar masalahnya, akh itu
antara peserta. Dia kata padaku,
“Asal orang
yang buat kerja ni selalu lambat? Tak punctual”
Terkesima aku.
“Selalu
bagitahu ada program last minute”
Dia benar
sekali. Ini memang.
Kisah al
akh itu, aku hentikan sampai di sini.
--------------------
Dia masih
komited. Alhamdulillah. Masa berlalu. Dia dan halaqohnya terus ke depan. Aku gembira.
Sampai satu tahap aku yakin aku jauh ketinggalan. Mereka terus memcu laju. Aku masih
dibelakang. Membetulkan tali kasut.
Sampai satu
saat, aku mendapatkan akh itu untuk sekeping nasihat
Terbaru katanya,
“Hidup kita
ini terlalu singkat untuk kita tangisi, tapi cukup untuk kita perjuangkan. Cita-cita
kita atas jalan ini jauh lebih baik, lebih mulia daripada apa yang kita dapat
hari ini”
Sentuhan al
akh.
Inilah nikmat
berada di Jalan Para Pejuang.
Kini akh
itu sudah bersedia melebarluaskan cawangannya. Gembira aku, untuk dia, untuk
dakwah ini, yang kami sama-sama cintai. Kelibatnya benar-benar aku cemburui,
himmahnya yang tak pernah kerdil membuat tiap kali jatuh aku lantas cuba untuk
berdiri.
Beginilah jalan
ini mengajar kami.
Akh itu
menyentuh qalb akhnya
Sentuhan al
akh!
2 comments:
Nak nanges boleh...? ='|
o.0
Post a Comment