Akh itu pernah berucap, tegasnya
“Waktu
adalah kehidupan”
Mencantas
rata-rata yang melaungkan bahawa, “Waktu itu emas”
Atas alasan
apa akh itu berkata-demikian? Maka akh itu, menghuraikannya,
"Sesungguhnya
perumpamaan ini adalah benar menurut pandangan golongan kebendaan yang mengukur
segala sesuatu dengan benda. Tetapi pada hakikatnya waktu itu lebih tinggi
nilainya dari emas dan dari segala benda berharga lainnya kerana emas bila
habis dapat diganti, sedangkan waktu bila berlalu tidak dapat dijangkau kembali.
Waktu itu pada
hakikatnya adalah kehidupan. Bukankah kehidupan manusia itu hanya waktu yang
dihabiskannya sejak lahir sampai mati?"
Bernas. Akh itu
mencucuk-cucuk. Aku dapat rasa.
Limpahan basirah darinya.
Limpahan basirah darinya.
Di antara yang dicantumkannya dalam catatannya, bahawa salah
seorang gurunya berkata kepadanya dan kepada sebahagian rakan-rakannya :
"Sesungguhnya saya mempunyai
firasat bahawa Allah akan mempersatukan hatimu dan menjadikan ramai manusia
bergabung dengan kamu. Ketahuilah bahawa Allah akan bertanya kepadamu tentang
waktu mereka yang menggabungkan diri kepadamu, apakah kamu membuat mereka
memanfaatkan waktunya sehingga berfaedah bagi mereka dan bagi kamu atau
waktunya berlalu dengan percuma sehingga mereka dan kamu mendapat siksa?!"
Akh itu benar
berbisa.
Aku ingat yang ini,
“Ketahuilah bahawa Allah akan bertanya
kepadamu tentang waktu mereka yang menggabungkan diri kepadamu, apakah kamu
membuat mereka memanfaatkan waktunya sehingga berfaedah bagi mereka dan bagi
kamu atau waktunya berlalu dengan percuma sehingga mereka dan kamu mendapat
siksa”
Maka aku tanya dan
seru kalian, apa manfaatnya kita di sini ?
Jangan salahkan aku jika tiada. Maka jika tiada beransurlah bersurai,
selamatkan temanmu dan temanku yang mabuk di jalanan sana. Bersiap siagalah di
perbatasan, menuggu semboyang jihad ditiupkan. Kerana kita tidak punya masa.
Maaf.
Al akh itu, Pak
Hassan
-----------------------------
Sejak aku
menggunakan telefon pintar atau anak-anak muda menggelarnya smartphone,
dilengkapi aplikasi whatsapp dan alikasi-aplikasi lain yang sekufu dengannya,
makin banyak sapaan aku terima. Dari whatsapp terutamanya. Dahulunya kalau aku
mula dengan system pesanan ringkas, yang berbalas hanya kesenyapan. Dua tiga hari kemudian baru terjawab,
“Alamak
kedit habisla hari tu”
“Lupa la
nak reply. Lama dah tak check inbox”
“Sorry akh,
tapi sekarang orang dah up, guna whatsapp”
Ok.
Bila
percuma semua laju. Manusia ! Ah persetankan. Kerana aku kadang-kadang juga
begitu. Bahkan mungkin terlebih dari itu. Hari ini, dua puluh sen bisa bikin
orang amuk, baling batu acu senjata. Kenyataan.
Dari whatsapp
baru baru ini,
“Akh, aseef
ana tak perasan anta sudah mendaftar, macam keadaan di sana?”
“Aseef
akhi, lupa ana nak bagi tahu. Hari tu rush sangat. Alhamdulillah setakat ini
baik-baik aja. Ada masa meh la ziarah. Hehe”
“Masha
Allah akh, in sha Allah. Moga anta dapat melebarkan sayap dakwah di medan baru”
Ok.
Jap. Besar tu.
Gedebak.
Buat aku fikir. Apa mahu dijawab. In sha Allah ?
Buat aku fikir. Apa mahu dijawab. In sha Allah ?
Itu janji !
Tapi aku gagahi jua!
“In sha
Allah, doakan ana dan kita semua”
Begitulah. Sedikit
masa yang diluangkan seorang al akh. Meskipun sedikit, tetap tidak pernah gagal
untuk menyentuh qalb akhnya. Hairan?
Sentuhan al
akh.
Belum berakhir
di situ episode hari ini. Selang beberapa hari, mungkin jga sudah menjangkau
semiggu. Saapan diterima lagi.
“Salam akh,
fi amanillah. Bagaimana perkembangan sekarang”
Allah. Aku mahu
jawab. Aku baik aje. Cuaca baik. Makan cukup. Kondo nya mewah. Orang-orang nya
baik aja. Kelasnya bagus. Matapelajarannya bisa diikuti.
Namun ternyata
itu semua jawapan yang bakal mengecewakan.
Gawat! Aku masih
tiada perkembangan.
Alhamdulillah.
Segala pujian buat Allah, tuhan sekelian alam.
Doakan aku
akhi!
Dan teruskan
dengan sentuhan mu itu !
Kerana dari masa ke masa aku makin butuh sentuhan itu!
Kerana dari masa ke masa aku makin butuh sentuhan itu!
2 comments:
kadang-kadang,tabahnya seorang murobbi itu,bersabar dengan kerenah adik-adik usrahnya.
tak angkat bila menelefon.
tak diraikan bila menziarahi.
betul.Allah campakkan dalam hati mereka sifat sabar.
kerana sifat daie itu sabar.
T__T
Sabar sesaat ialah kemenangan
Post a Comment