Tuesday, September 3, 2013

SENTUHAN AL AKH #2





Kami datang untuk makan siang di rumah mu.

Akh A pernah berkata:

"Pada suatu hari saya pernah membuat marah pada Akh B, lalu saya pergi..
Saya menyedari kesalahan saya lalu saya kembali meminta maaf pada hari berikutnya, tetapi beliau tidak mahu menerimanya dan memerintahkan saya untuk kembali ke rumah lagi!

Kemudian saya kembali dengan fikiran yang gundah gelana tetapi saya tidak berdendam.
Saya terkejut kerana sesampainya di rumah, pintu di ketuk oleh seseorang, dan ternyata Akh B bersama salah seorang Ikhwan.


Akh B berkata : Kami datang untuk makan siang di rumahmu!. "


Akh A : Pak Umar Tilmisani 

Akh B : Pak Hassan


---------------------------------


Itu cerita dua hamba yang lejen yang terlebih dahulu menapaki jalan ini. Aku punya cerita juga yang mahu aku nukil di sini. Kerana akh itu benar benar menyentuh qalb akhnya.

Di kolej dahulu..


Entah kenapa bilik kami sering didatangi ikhwah. Ah. Mudah!. Bukan tidak ada bilik ikhwah yang lain tapi Allah dahulukan mereka ke bilik kami. Satu malam di kolej dua orang ikhwah bertandang bahkan menginap.

Keduanya sudah tamat kuliah persediaan. Menunggu waktu untuk berangkat ke bumi koala. Awal tahun. Andai aku tidak silap. Keduanya datang menyumbang, menziarahi binaan masing masing sambil bertanya khabar rakan seperjuangan. Hmm. Seperjuangam. Aku masih ragu apa aku juga pejuang ? Ah persetankan.

Malam itu keduanya mahu ketemu seorang lagi. Akh ketiga lalu datang. Ada urusan yang mahu diperhalusi. Kenchang lagi hangat kami berbincang. Buat masa depan dakwah. Kononya. Waktu sudah separuh melewati tengah malam. Esoknya aku ada kuliah. Sudah tidak tertahan.


Namun aku gagahi jua. Bukan tidak mahu masuk beristirahat tapi aku khuatir tidak sopan. Masa berlalu dan berlalu. Lalu aku tidak tertahan lagi. Kuliah esoknya seawal jam 8. Waktu sudah jauh melewati satu pagi. Bahkan mungkin sudah menganjak ke angka dua. Aku permisi.

Entah sampai pukul berapa mereka berdiskusi.


---------------


Pagi pagi lagi akh itu sudah bersiap di medan untuk menghabisi mimpi. Sudah tiba saat dia berkaca. Akh tu menggosok gosok kaki ku. Bukan aku tak sedar bahkan aku berkeinginan untuk bermunajat sama. Namun jasad aku pingin sekelumit masa lagi. Atau aku sudah terpedaya dengan belaian syaitan. Lalu aku tewas di pagi itu. Sedar-sedar sudah azan Subuh. Tersungkur!


Aku tinggalkan kisah di subuh hari di sini.

Urusan jalan seperti biasa hari itu.

Kuliah bermula, seperti dijadualkan. Jam 8. Kuliah bertukar kuliah. Masa pun Berlalu. Ba’da zohor, aku pulang ke kolej. Kedua akh tadi sudah pamit, menuju ke destinasi lain. Ada konferens kalau tak silapnya. Orang besar.

Sekepulanganku dari kampus, sekeping pesanan ringkas masuk.

Dari akh tadi,


“Kalau kita makin laju atas jalan ini, amal da’wi makin hebat, tapi makin jauh dengan Allah, amal fardi makin kurang, ketahuilah kita sedang futur”


Allahu.

Akh itu benar benar menyentuh qalb akhnya.

Bukan dia tidak bersangka baik, tapi akh itu justeru terlalu cinta. Lalu cintanya itu mengatasi baik sangka. Terkesima aku. Inilah dia nikmat atas jalan ini. Sekali lagi akh itu tersentuh, dek akhnya.
Sentuhan al akh !

Kalian juga bisa rasa bukan?

Maka kongsikan bersama.
Mungkin ada yang kurang enak, tatkala aku nukil kisah di sini, kerana kadangkala aku terlalu jujur berkarya. Itu pun kalau layak digelar karya. Entah, mungkin ada benarnya. Namun tiada la aku tulis melainkan kalian pun tersentuh oleh ketulusan cinta akh itu, setelah dia sukses menyentuh qalb akhnya.

Atau aku harus bersetuju dengan ketidakenakan itu.

6 comments:

Inche gabbana said...

Pakcik, gampang yang anda gunakan dalam ni, gampang Malaysia atau gampang Indonesia..?

Tengok konteks, macam gampang Malaysia. Dan... Err.. Gampang Malaysia, dia kira tahap mencarut dah tu. :O

Ke macam mana..? ^^"

saahab said...

Oh yeke :o

Sbenarnya tak tahu ponn apa tu gampang -,,-"

Bunyi cam sesuai. Lols.

Anonymous said...

agak lah. mmg terbakar part ni:

“Kalau kita makin laju atas jalan ini, amal da’wi makin hebat, tapi makin jauh dengan Allah, amal fardi makin kurang, ketahuilah kita sedang futur”

ana rasa if dah futur pun, mulakan je semula amal fardhi tu although sikit2.

Inspector Saahab said...

pembakaran kasih sayang. eh

Anonymous said...

Harap inspektor saahab keluarkan buku lepas ni...

Inspector Saahab said...

enonimos :

ahha, doakan in sha Allah
:)