Saturday, September 28, 2013

AKU BUKAN LOSER



Courtesy of Madmie China :)
Sibir tarik kerusi setengah meter. Perlahan-lahan kemudian laci meja ditarik. Calculator casio 570 dikeluarkan. Pencil case, petak-petak warna hijau muda juga dikeluarkan. Diletak atas meja belajarnya. Nafas ditarik. Agak dalam. Sekali sekala dia menatap buku Muntalaq di penghujung kanan mejanya. Menarik.


Buat Math dulu la. Getus hatinya.

Permutation. Susah. Masuk calculus pula tu sikit. Sibir mencuba. Hampir setiap sekejap kena guna pemadam. Asyik salah. Try and error.

Sekali lagi mata memanah buku Muntalaq. Ajaib.

Pencil Pilot shaker 7.0 dilepaskan. Pencil mekanikal tadi bergolek atas kertas soalan math. Sampai terhenti, terlanggar pemadam. Momentum not conserved. Sibir perhati. Lemah. Sekali lagi buku Muntalaq memancing matanya. Diambil buku publikasi Pustaka Putih itu.

Sibir belek. Cari penanda buku, sambung baca ditempat dia berhenti. Last time dia buka buku kulit putih itu dua minggu lepas.



“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam
bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,
barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”



Sentap.



------------------------------

Hampir setahun yang lampau.



“Badi, macam nak buat dakwah eh?”

“Maksud kau?”

“Yela, kan kita dengar ISK hari tu, buat dakwah tu wajib. Tapi macam mana?”

“Hmm, entahla Sibir. Tapi sebenarnya semua benda kita buat ni pun dakwah. Kan. Kita belajar pun dakwah”

“Yela. Tapi aku rasa tak cukup. Duduk kat meja je sepanjang hari, macam tak buat apa-apa kot. Macam loser je.”

“Rilek la kawan. Chill chill sudah la. Sekarang ni kau belaja je dulu. Nanti dah besar sikit, ilmu banyak, kau pergi la nak dakwah ke, nak jihad ke, ok?”

“Tak ok”



Sibir sentap. Teramat.


Tak puas dengar jawapan Badi. Minggu lepas dua dua Sibir dengan Badi dengar ISK. Entah program underground apa. Mereka ikut je senior-senior. Yang pasti ada makan-makan. Teringat pula kat Abang Zahin. Dia bagi buku Muntalaq tu dekat Sibir.



---------------------------



“Assalamu’alaykum, nak duduk sini boleh?”

“Wa’alaikumsalam. Boleh-boleh”

“Hmm, program apa ye?”

“KTJ. Abang ?”

“Oh. A-level. Abang, Zahin”

“Oh. Saya Sibir”

“Sibir dulu sekolah mana ek?”

“SASER”

“Oh. Bilik kat block mana?”


Ok panjang la perbualan. Awal-awal dulu. Comel je. Camtu lebih kurang Sibir kenal Zahin. Second year student dekat kolej antarabangsa tersebut.


Agak-agaknya camtula buat dakwah.



-------------------------------------



Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak
melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula
bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka
terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai

urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak
bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad jasad
mereka terkulai di tali gantung


-Muntalaq



Muntalaq, biidznillah...

1 comment:

Sarah Zulkifli said...

saya sendiri tertanya-tanya dakwah yg bagaimana as a teenage leh buat ?