Thursday, September 5, 2013

SENTUHAN AL AKH #3




Kata Sang Nabi dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim :

"Rabb kita turun setiap sepertiga malam terakhir lalu berfirman, 'Siapa berdoa padaKu untuk Aku kabulkan permohonannya ? Siapa yang meminta padaKu untuk Aku penuhi permintaannya? Dan siapa yang mohon ampun padaKu untuk Aku ampuni dosanya?'.."

Ba'da mendengar hadis ini lalu aku tertanya. Maka untuk kalian tanya juga. Di sepertiga malam terakhir apa yang kita lakukan ?

Akh ?


----------

Dan masih lagi akh itu menyentuh qalb akhnya.

"Hayya 'ala solahh"


Suara itu. Pasti dia. Sekitar kehidupan Di kolej. Panggilan mengerjakan solat berjemaah. Bergema suara itu mengisi kekosongan udara. Intonasi dan lengguk suara itu, pasti dia. Kadang-kadang aku tergelak sambil lekas menyahut seruan itu. Unik.


Namun sama sekali tidak berniat mengerdil apatah lagi mencerca. Kerana aku tahu dia ikhlas. Akh itu belum benar benar bersama di sini. Aku harap kalian mengerti bicaraku ini. Namun aku optimis dengan ijin Allah dia akan menjadi sebahagian daripada sejarah dakwah.

Pada awalnya kami tidak rapat. Jauh sekali untuk bertegur sapa. Sekadar berjabat tangan usai doa solat diaminkan. Itupun kalau bersebelahan di saff solat.

Mengapa ? Masalah hati mungkin. Akulah yang bermasalah!


Kehidupan. Masa berlalu. Entah kenapa kami tidak semena bisa sembang mesra. Tidak aku kaget.

Bukankah seorang akh sudah berkata

"Masa itu perawatan"

Boleh jadi hati yang sakit sudah terubat.


Sosok tubuh akh itu hari ini menjadi kerinduan. Dia mungkin datang dari latar keluarga yang sudah sedikit terhakis nilai agama. Bukan aku buruk sangka mahupun menganalisis secara semborono. Namun. Ah kehidupan. Realiti tidak dapat dibutakan lagi.

Mangsa keadaan.

Dan Alhamdulillah sejak bisa berbicara mesra. Dia memilih untuk belajar. Bukan menyalahkan sejarah. Membuatkan aku kagum. Satu hari dia bertanyakan seorang akh ini,

"Dulu aku buat performance. Menyanyi dengan perempuan on stage. Kenapa kau tak tegur"

Allahu..
 

Bisa tercampak keluar jantung andai soalan itu diajukan padaku.
Dan akh tadi juga kelu.


Makin masa berlalu. Makin banyak dia bertanya. Makin banyak dia belajar. Dan makin banyak juga aku tahu. Yang sungguh banyak aku pun belum tahu. Aku turut belajar darinya. Bersamanya.

Satu petang aku bersembang dengan sekumpulan pelajar tahun satu. Selepas itu akh tadi datang membisikkan di telingaku


"Itu pewaris korang ke?"

Loh.

Sehabis baik aku tunjuk reaksi kaget. Seolah olah tidak memahami bahasa bisikannya. Namun ternyata tidak dapat ditirai lagi. Gagal nampaknya. Kerahsiaan sudah tidak lagi tinggal, yang ada hanya terminalogi semata. Aku terus dalam kesenyapan lalu dia menjawab

"Ala..aku dah tahu dah korang punya projek underground ni. Tak payah nak sembunyi sembunyi la dengan aku.."

Sampai sini. Banyak sebenarnya kisah kami yang mahu aku kongsi, tapi bukan hari ini. Juga bukan hari esok. Mungkin bila Tuhan takdirkan. Bila ? Biar masa tentukan.

Bagaimanapun..

Aku tersentuh. Mereka yang diluar lingkaran ini justeru sudah terlebih memahami bahkan sedia untuk diajak bersama. Apakah kita sama ? Getaran semangatnya mengalir ke dadaku membuat aku rasa, inilah dia. Inilah dia.

Sentuhan al akh !

6 comments:

Inspector Saahab said...

nk buat buku boleh ? erk

Anonymous said...

Good idea. Buatlah buku.
Tulisan anda sangat baik.

Anonymous said...

Buatla wahai anda :)

anamuzakkar =.= said...

Ohoh
aku knal sape akh ni
aku pun terharu jugak

sentuhan al akh !

Akhi. said...

Nak tolong bukukan boleh?!!!
nak ada saham gak!

Inspector Saahab said...

ana muzakkar :

rindu dia ohhh >.<'

Akhi :

Ahha. kalau buku tiga belas muka surat boleh la. haha. in sha Allah kat sini je dulu ;)

kalau aku serius (erk) aku contact hang XD