Jauh lah.
Pada waktu yang tersisa di satu hujung minggu, kami mengadakan jaulah.
Sebagaimana yang dirancang sejak sekian lama. Sekian lama sehingga banyak kali
perancangan asalnya tertunda, kerana ada hal hal lain yang harus diawlakan.
Namun, akhirnya kami berjaulah.
Sebagaimana
kata seorang akh,
“Kita nak berjaulah ke mana?”
Dengan
yakin akh yang lain menjawab,
“Kita ke Terengganu insya Allah!”
Lalu yang
lain merespon.
“Serius la ke Terengganu?”
“Ya kami serius!. Ini adalah serius”
“Bila?”
“Esok insya Allah”
“Esok?!”
Begitulah
ia bermula. Faiza azamta, fatawakal’alaLlah!
Jaulah
adalah perkataan Arab yang bermaksud merantau atau lebih tepat diterjemah ke
perkataan Inggeris yang bermaksud tour. Merantau dalam definisi tarbiyah nya
bukan sekadar makan angin, cuci mata, habiskan wang membayar tol dan
sebagainya. Bukan sekadar aktiviti berjemur di tepi pantai sambil memerhati
makhluk Allah memberanakkan dosa, atau selfie beramai-ramai lalu terupdate di
media media social. Mungkin selfie itu sebahagian daripada hiburannya.
Tetapi
jaulah yang kami cuba sampaikan maksudnya antara lain merupakan aktiviti
ukhuwah antara seorang akh dengan akh yang lain yang menjadi teman jaulahnya.
Tanpa meninggalkan aktiviti utama iaitu sebagaimana maksud jaulah secara
literal, berjalan-jalan.
Kali ini
jaulah bukan sekedar berjalan-jalan, ada destinasi yang dituju dan ditarget
sambil menziarahi ikhwah yang lain, yang sedang cuti dan ditakdirkan pula kami
berjaulah tatkala musim tengkujuh di negeri Pantai Timur, maka Alhamdulillah sempat
juga menjenguk al akh sekeluarga yang turut menjadi mangsa banjir.
Mujur
sahaja kami turut tidak menjadi mangsa. Bahkan hampir!
Beginilah
jalan dakwah dan tarbiah, jika kita benar benar melaksanakannya. Tidak terikat
dengan perbincangan teori dalam halaqah. Bukan juga sekadar mengendalikan
pertemuan mingguan. Bahkan lebih daripada itu jika diterokai wasailnya. Lalu di
mana harus kita kembali bermula?
Jaulah kali
itu, kami benar benar ke Terengganu. Dari metropolitan Kuala Lumpur, signboard
pertama yang menjadi petunjuk selepas Al Quran, ya, arahnya ke Kuantan! Lalu
pada pagi yang bersahaja, usai sekeping dua biskut Hup Seng kegemaran ramai
menjadi pembuka selera, kuda dakwah diperiksa sebaik baiknya, lantas bismillah
dan jalan!
Destinasi
pertama ke Jerantut. Kami mendatangi seorang mutarabi yang tatkala itu sedang
liburan semester. Di sini, kita harus panjangkan ceritanya. Kerana ada kalam
berharga daripada beliau buat kami dan kita semua.
Usai makan
tengah hari, lauk ketam masak gulai kuning (kuahnya warna kuning, kami pun
tidak tahu apakah nama lauknya itu, jadi kita anggap sahajalah masakannya ketam
gulai kuning) kami meluangkan sekelumit
masa, duduk beriman sejenak di ruang tamu rumah. Rumahnya Alhamdulillah, nikmat
kehidupan dunia.
Allah swt
telah menghiburkan kami yang bertandan dari jauh ini, di satu hujung minggu
yang bersahaja dengan mengurniakan kami mutarabbi yang basah hatinya, sehingga kebasahannya
mengesani kami semasa duduk duduk beriman pada petang yang redup itu. Perkongsiannya
ringkas, tetapi cukup untuk mengisi relung relung yang masih kosong dalam jiwa
kami ini.
Tidak tergambar
perasaan kami.
Beginilah di
jalan dakwah, kita dapati tidak ada senioriti dalam iman, kerana Allah swt
melalui kitab al Quran mengajarkan kita semua bahawa yang paling mulia di sisiNya
adalah yang paling bertakwa. Bukan yang paling lama bersama tarbiyah. Atau bukan
yang lebih dahulu lahir ke dunia. Bukan yang lebih dahulu memeluk Islam. Bukan
yang paling banyak solatnya atau yang paling banyak hafalannya. Bukan. Bukan quantity
amal. Sungguh praktikal dan adil pelajaran ini.
“So nak share apa kat kitorang ni? Huhu”
“Laa, tetamu la datang bawak pengisian”
“Give and take la. Tetamu datang bawak barokah
insya Allah, kena la host pula bagi something. Supaya kami datang jauh bawak
something ke rumah nanti insya Allah hehe”
“Ermmm… tak ada apa sangat pun. Mungkin sepotong
ayat Quran je kot”
“Ok. Ayat mana?”
“An Nisa’, ayat 18. Kot. Cuba tengok”
Lalu salah
seorang daripada kami membacanya dengan hati yang tertunduk insya Allah;
“Dan tidak taubat itu diterima Allah dari
orang-orang yang mengerjakan kejahatan apabila datang ajal kepada seseorang di
antara mereka, (barulah) ia mengatakan, ‘sesungguhnya saya bertaubat sekarang’.
Dan tidak pula bagi orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi
orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”
(An Nisa:18)
Bertaubat segera
mungkin. Sekarang. Jangan dilengahkan. Jangan ditunggu, selepas ini, selepas
ini. Jangan ditunggu sehingga kalian sampai ke perengan perenggan terakhir,
mari kita bertaubat sekarang. Ia pesanan yang kena untuk semua orang. Cukup kena,
kepada sesiapa pun, pada bila mana pun.
Suasana
senyap. Masing-masing cuba memahami ayat ini, dengan pemahaman yang baharu,
lebih hidup segar dan bermaya. Memberi kehidupan. Reviving! Seolah-olah baru
kali pertama menekuninya.
Entah mengapa
ayat ini. Kami tidak melanjutkan pertanyaan. Kami membisikkan ke telinga sesama
kami,
“Ada
sesuatu yang Allah swt takdirkan untuk kita akhi!”
Alhamdulillah.
Hanya di
jalan dakwah, kita temui pelajaran sebegini. Cereka jaulah kami tidak akan
dilanjutkan untuk siri kali ini. Mungkin esok, atau lusa, atau pada hari hari
lain yang mendatang. Mungkin sahaja ia berakhir di sini.
Apa apa
pun, pelajaran kedua daripada jaulah kali ini, mari kita menjadi seorang yang
bermanfaat kepada orang lain, hatta dalam diam kita. Meski dengan diam pun,
mereka di sekeliling kita terkesan, terbangkit imannya.
Kerana dinukilkan
oleh Sheikh kita Abu Ammar;
“Dikatakan,
sesiapa yang tidak memberi apa apa pengajaran pada kamu bila engkau melihatnya
ketahuilah bahawa dia sendiri tidak terdidik”
Pedih!
Lalu disambungnya,
“Siapa yang
kamu tidak dapat hidu keharumannya dari jauh, ketahuilah bahawa dia tidak ada
wangian dan tidak perlulah kamu bersusah payah cuba menghidu-hidunya!”
Bermakna sungguh
pengalaman ini.
Disapa sentuhan al akh, meskipun di kala jaulah!
Disapa sentuhan al akh, meskipun di kala jaulah!
No comments:
Post a Comment