“Orang alim memang suka
stargazing ye?” Jat merebahkan badan di sebelah Haikal.
“Errr..,” Haikal mengalih pandang dari langit ke muka kawan di sebelah.
“Kau. Alim. Suka stargazing.”
“Alim…?”
“Ya la, alim. Selalu je aku tengok kau stargazing.”
Soalan tak bersambut. Haikal hanya membiar jeda. Fifteen seconds of silence, and…, “Assignment dah siap?” Soalan skema setiap kali nak ubah topic.
“Dah. Tu yang aku turun sini. Bosan atas sana. Duk melalak je semua.”
Jeda menyapa lagi. Haikal hanya memerhati langit.
“Google image.”
“Haha. Ala, kalau google image, aurora pun aku pernah tengok.”
“Kidding. Pernah, tu pun sekali je.”
“Wooahhh! Giga best!”
“Lain kali, join aku stargazing.”
“Ceh!” Jat mencebik. “Kenapa kau stargazing?”
“Jawapan skema, tadabbur ciptaan Ilahi.” Haikal memandang langit.
“Jawapan tak skema?”
“Entah. Lebih kepada buang masa aku rasa. Lagipun, cantikkan malam?” Ikhlas.
“Malam yang lebih baik dari seribu bulan…” Jat tak membiar jeda lebih dari 10 saat.
“Apa?”
“Lailatul qadr…”
Bulat mata Haikal memandang Jat. Mana tak nya, sehari dalam seribu si Jat ni nak sebut-sebut pasal agama.
“Jangan buat jatuh rahang sangat
la. Aku belajar time sekolah menengah la. Agama aku, kurang-kurang SPM dapat la
B-.”
“Belum.”
“Lailatul qadr?”
“Yup.”
“Aku tahu la. 10 malam terakhir Ramadhan.”
“Ha’ah.”
“Kenapa nak kena baca al-Quran?”
“Ha??!” tak faham kehendak soalan. Terlalu, ke’tiba-tibaan’an.
“Malam lailatul qadr. Kenapa nak kena
baca al-Quran? Malam tu je, ramai baca al-Quran.”
“Sebab ibadah.”
Jat memandang Haikal. Meminta lagi jawapan.
“Sebab, malam tu pahala berlipat
ganda. So, buat amal banyak-banyak, dapat pahala berganda-ganda dari amalan
hari biasa.” Haikal menerangkan ringkas. “Tapi, bukan malam tu je orang baca
al-Quran,” gumamnya rendah.
“Okey, let’s get straight to the
point. Kenapa nak kena baca al-Quran? I mean, tak kira bila-bila pun. Why do
Muslims read the Quran??”
Haikal membawa lengan mengalas kepala di atas rumput. “Dapat pahala. Every alphabets counts.”
“Lagi?”
“Nak syurga.”
“Hmmm…” Minta jawapan.
“Nak ketenangan.”
“Lagi?”
“Bersihkan hati.”
“Other?”
“Penghapusan dosa.”
“Lagi?”
“Zikrullah. Nak basahkan hati.” Haikal tidak jemu menjawab.
“Jawapan tak skema?”
Haikal tersenyum. “Al-Quran ni kalamullah. Kata-kata Allah.Kalau dengan kata-kata Allah pun kita tak pandang, macam mana nak melihat wajah Allah pada hari Kiamat kelak?”
Jat mengalih pandang dari wajah Haikal ke arah langit. Dan
jeda sekali lagi mengambil alih perbualan mereka.
114 surah cintaNya yang tersia.
Sempena meraikan Ramadhan.
Sempena meraikan Ramadhan.
“Nanti ajar aku al-Quran..,” Jat
bersuara. Pandangan masih pada bintang malam.
“InsyaAllah.”
May Allah Bless :)
---
Karya Faris Nafiah
Faris Nafiah
merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri
penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di
sini, Memoar Rasa. Nantikan
penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam
satu karya, untuk anda.
Sebarkan
berita bahagia ini!
No comments:
Post a Comment