“Weh,” bahuku terasa
ditepuk-tepuk.
“Wehhh,” kali ni bahuku
digoncang-goncang. Ish,sabar Imad. Sabar.
“Weehhhhhhh,” cuping telinga aku
ditarik. Bukan setakat tarik, dipulas-pulasnya hampir lumat. Ini dah lebih!
“Woi! Sakitlah! Kau nak apa?!”
aku membentak perlahan. Takut nanti cikgu Normala pulak yang pulas telinga aku
nanti.
“Heheh. Takdelah. Aku tengok kau
tekun betul buat kerja. Saja je, tengah cuba try test kau ni,” Razak di
sebelah aku tersengih kerang.
“Banyaklah kau punya test. Aku
cepuk satgi, lebam biji mata kang. Dah gi buat kerja sana,” aku kembali
menyambung latihan yang cikgu Normala bagi tadi. Pasal Newton’s Law kot. Kalau
tak silap lah.
“Eh. Kejap kejap kejap. Sebelum
kau sambung jadi rajin balik, aku ada satu benda yang musykil lah. Sebenarnya
aku dah duk terpikir dari tadi ni. Sejak cikgu Normala ni bagitahu pasal
Newton’s Law lagi,”
“Apa yang nak dimusykilnya? Kau
nak sangkal teori pakcik Newton ni ke? Kemain,” aku menggeleng kepala. Haish,
macam-macamlah kau Razak.
“Haish, dok aih. Aku tengah
comparekan, Newton’s First Law dengan hidup kita ni,” aku pandang Razak. Dia
tengah main-main dengan janggut yang tumbuh tipis di dagunya. Ini kalau kena
tahan dengan pengawas, memang licinlah dagu budak ni.
Tapi apa kena mengena Newton’s First Law dengan hidup pulak
ni. Apa eh pakcik Newton ni cakap? Aku pandang nota yang aku salin tadi.
‘Newton’s First Law state that an object will remain
stationary or moving in constant velocity, unless if there is external force
acting on the object.’ *baca dengan british accent, bunyinya lebih menarik*
Apa kena mengena dengan hidup pulak? Ish.
“Aku tak pahamlah apa yang kau
cakap ni. Cakap guna Bahasa Melayu tinggi boleh tak?” aku garu kepala. Bukan
sebab ketumbir ke gatal ke. Tapi dah memang tabiat aku garu kepala, bila aku
tak paham atau tak yakin dengan sesuatu benda. Macam statement Razak tadi. Aku
tak paham.
“Ok. Aku nak kau bagitau aku. Apa
yang kau buat dari dua hari yang lepas sampai hari ni. Mula dari kau bangun
sampai kau tidur balik,” lain macam je Razak ni. Tapi sebab dia ni dah lama
kawan dengan aku, aku ikutkan jela apa yang dia nak.
“Pagi, aku bangun, lepastu
sarapan. Gi sekolah. Belajar semua. Lepastu tengah hari tengok TV. Petang main
bola dengan kau. Malam, makan, tengok TV, homework lepas tu tidur. Esoknya, aku
bangun. Sarapan. Gi sekolah. Tengok TV. Main bola. Makan. Homework. Tidur. Hari
ni, err. Sama,”
“Kan? Kau tak rasa ke kita asyik
ulang benda yang sama setiap hari. Kita bangun, makan apa semua. Gi sekolah,
petang main bola. Malam, buat homework, lepas tu tidur. Lepas tu esok buat
benda yang sama lagi, kan?” aku mengangguk tanda setuju. Dasyat jugak cara si
Razak ni berfikir.
“Aku rasa kita ni macam robot lah
Imad. Kita buat benda yang sama je setiap hari. Tunggu masa bateri habis je,”
satu perkataan je timbul bila Razak cakap macam tu. Mati.
“Betullah apa yang kau cakap ni.
Tapi apa kena mengena dengan hukum pakcik Newton ni pulak?” aku bercakap
perlahan, sambil sesekali mengerling ke hadapan. Cikgu Normala masih
bersemangat mengajar.
“Hah! Ni yang aku nak cakap kat
kau ni. Si Newton ni cakap, an object will remain stationary or moving in a
constant velocity. So, bila velocity constant, acceleration jadi apa?”
“Zero,” aku jawab pendek.
“Yes! Zero. Dia bergerak tapi
takde acceleration. Bergerak tapi tak maju. Macam bergerak tanpa hala tuju. Tu
lah kita sekarang ni Imad. Kita bergerak je, buat benda yang sama. Kita akan
terus bergerak sampailah ada external force yang buatkan object tu accelerate.
Dalam konteks ni kita untuk bergerak maju ke hadapan,”
“Tapi apa benda yang dalam hidup
kita ni, bertindak sebagai external force?” aku mengerutkan kening. Fikir.
“Tu yang aku tengah musykil ni
sekarang. dari tadi aku duk pikir,”
“Apa yang kamu fikir dari tadi ni
Razak? Imad? Ada benda yang nak dikongsi dengan kelas?” aku pandang depan.
Cikgu Normala dah bercekak pinggang dengan mata yang terjegil keluar. Kami
hanya tersengih kerang.
Katakotak: Makin lama kita makin terbiasa dengan habit
harian sebagai robot sampai diri kita sendiri tak sedar yang kita dah jadi
robot sepenuhnya. So, kita kenalah cari external force tu. Tapi mana nak cari?
*senyum senget sambil buat tanda aman*
-Arif Zulkifli
---
KJ ialah Karya Jemputan. Bukan Khairy Jamaludin --,
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis muda yang sedang
melonjak naik, selama ini bernaung dengan FIXI. Antara buku yang pernah
dikeluarkan oleh beliau ialah 40 (Lihat sini; Buku40
) Nantikan dalam masa terdekat Arif Zulkifli akan membuat penampilan julung
julung kali menerbitkan buku bersama Inspector Saahab dan penulis lain yang
akan diperkenalkan dari masa ke masa.
(Photo By Google)
4 comments:
forum lowyat
“Yes! Zero. Dia bergerak tapi takde acceleration. Bergerak tapi tak maju. Macam bergerak tanpa hala tuju. Tu lah kita sekarang ni Imad. Kita bergerak je, buat benda yang sama. Kita akan terus bergerak sampailah ada external force yang buatkan object tu accelerate. Dalam konteks ni kita untuk bergerak maju ke hadapan,”
Sebagai budak asrama,buat benda yang sama hari-hari memang dah jadi lumrah.Nampaknya lepas ni kena buat jadual extra activities kat kat asrama. :3
-,,-"
Post a Comment