Wednesday, July 31, 2013

PERUTUSAN HARI PAHLAWAN




Masa awal-awal dulu kena cilok dan secara tidak sengaja tapi terancang berkecimpung dalam hal hal dan kegiatan bawah tanah seperti usrah, dakwah dan tarbiyah, saya hanya kenal beberapa individu sahaja yang turut sama terlibat. Masa tu belum kenal ikhwah yang bersepah merata dunia.

Yelah, apa-apa program hanya melibatkan mereka yang sebaya.

So, saya ingat hanya kami kami yang masih di kolej yang buat kerja ini. Dan saya ingat hanya yang terlibat beberapa kerat abang-abang yang baru peroleh hidayah, merasa izzah dengan Islam dan membuat formula untuk memulakan kerja mulia ini.

Kemudian tatkala belajar matlamat dakwah yang ingin menguasai dunia, menjadikan Islam sebagai rujukan alam, masa itu saya was-was juga. Yang bercakap, dua tiga kerat. Tapi cita-cita tinggi menggunung. Macam tak realistik pula kami kami yang berada di bawah tanah ini. Apabila diperkenalkan dengan maratib amal, tangga amal peringkat dakwah dimulai dengan individu muslim sampai la kepada ustaziatul alam, mula la nampak konspirasi terancang ini.

Cuma pada waktu itu masih kurang yakin, nak kuasai Malaysia macam mana. Seciput je kita semua.

Tapi lama-lama mulalah proses bertaaruf. Pergi program situ, program sini. Laaa, rupanya ramai je orang yang turut terlibat dengan benda ini. Merata dunia pula tu. Tiap-tipa kali ada program mesti jumpa muka baru. Waktu tu baru saya sedar. Bukan kita, bukan kami je yang terlibat. Ramai sebenarnya mereka yang berminat, dan ihklas menawarkan diri untuk berjuang atas jalan kebenaran ini.

Ni baru cerita bertemu ikhwah di alam reality. Belum lagi cerita ikhwah yang sudah mampu berjalan atas air, yang belum sempat bertaaruf. Dan belum masuk ikhwah yang hanya setakat hari ini berkenalan melalui media social. Belum ditambah lagi yang berada di Negara tah macam-macam lagilah.

Belum lagi cerita ikhwah yang kita dah kenal, tapi tak tahu pula dia tu ikhwah, ikut tarbiyah sesama, yelah ikhwah ini tiada logo rasmi, tiada cop di dahi mahupun no siri. Cuma, mana yang nampak baik-baik sikit tu, ikhwah la kot. Eh.

Kemudian tiap-tiap kali balik cuti, apabila ada gathering dengan ikhwah tempatan, yang berada di IPT tempatan dan yang sudah berada di alam pekerjaan, lagi la seronok, melihatkan betapa ramainya mereka yang menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah.

Kemudian, antara tempat yang tidak disangka-sangka saya berpeluang bertemu dengan sebilangan ikhwah yang sangat ramai, baik yang sudah berumur, middle age mahupun yang baru setahun jagung seperti kami, freshie la katakan, ialah semasa majlis solat jenazah tatkala pemergian Allahyarham Akhi Iman Shafiq, seorang akh yang mana kematian beliau mendapat liputan hangat dalam kalangan ikhwah. Kematian yang menghidupkan.

Waktu tu di hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM kalau saya tak silap. Semasa solat jenazah, bersepah-sepah yang datang. Saf solat jenazah walaupun rapat-rapat memenuhi ruang surau yang agak besar.


Fuh. Ramainya!

Kemudian, mutakhir ini, keterlimpahan ikhwah tertonjol dengan kebanjiran page-page dakwah dan group media social ikhwah mengikut tempat masing-masing. Page page ini bukan sahaja mengikut pecahan negeri, bahkan daerah. Dan tak mustahil esok lusa akan ada page ikhwah mengikut pecahan kampung-kampung pula.

Ramai.

Kemudian di surau hospital berkenaan juga, pada waktu malam yang sayu itu, saya tanya kepada seorang abang yang antara terlibat menggerakkan roda tarbiyah di kolej kami. Berikut adalah rakaman perbualan yang masih saya ingat.

Oh, untuk memudahkan pemahaman, mari kita namakan abang tersebut sebagai Amri, bukan nama sebenar. Bukan Amri Yahya.


“Abang Amri, ramai je rupanya orang yang ikut tarbiyah kat Malaysia ini kan?”

“Haah. Ni baru kat Malaysia, yang tak balik pun ramai”

“Hmm, tapi kenapa even ramai, Malaysia ini macam ni je? Dakwah macam slow?”

“Hmmmm.. Ikhwah memang ramai, tapi”

“Tapi ?”

“Haa, ‘Tapi’ tu yang kita tak nak”


Saya rasa beliau bukanlah bersifat judgmental terhadap ikhwah, mungkin ada maksud tersirat yang digambarkan melalui perkataan ‘tapi’ itu. Apa yang ‘tapi’ tu?

Saya pun tak tanya lebih, buat-buat faham la.

Kalau anda rasa anda pun ikhwah, rasanya anda pun melihat keadaan ini. Saya baru dua tiga hari ikut tarbiyah. Entah layak digelar ikhwah. Apatah lagi nak menghurai panjang. So, saya biarkan anda untuk menilai.

Apa-apa pun,


Selamat Hari Pahlawan buat Keyboard Warriors, Keyboard Jihadist, Akh Facebook, Ukht Twitter dan tidak lupa juga kepada The Red Warriors. Eh.

-Quoted.


ps : Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya, dulu kita beriya berdoa supaya Allah sampaIkan kita kepada Ramadhan, sekarang, adakah kita menghargai kehadiran Ramadhan ? Maka saya mungkin tidak akan update blog ini sekerap sebelum ini, kerana saya rasa Tadabbur Al Quran lebih berbaloi daripada Tadabbur Blog ini. 

pss : Cuba bilang berapa banyak perkataan 'kemudian' digunakan dalam post ini ;p 
Ok furu'.

No comments: