Sunday, July 7, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI



Madmie China :)
 
“Hai orang-orang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa seperti juga telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu agar kamu mencapai takwa”
(Al Baqarah :183)


Tidak lengkap artikel Ramadhan saya kira tanpa kita mendengar ayat seruan kewajipan berpuasa di atas. Pada saat anda membacanya di atas, itu mungkin kali yang ke lapan belas ratus banyaknya. Bahkan majority kita sudah hafal ayat ini dalam bahasa arabnya.

Apa yang ingin saya kongsi kali ini, ruh Ramadhan yang berlegar dalam kefahaman kita masih lagi sekadar sekitar peningkatan aspek ‘ubudiyyah, yakni meningkatkan ibadah-ibadah lazim, aktiviti kerohanian yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. Betul la tu. Tidak dinafikan. Bahkan sering kita dengar banyak hadis yang menceritakan betapa amalan di bulan yang penuh keberkatan ini ganjarannya dilipatkaligandakan. Walaweh!

 Peluang beramal dalam bulan Ramadhan tidak dapat dinafikan sungguh mengujakan. Namun, di samping itu, apa yang sering kita terlepas pandang, Ramadhan bukan sekadar membawa ruh ibadah, tapi ia juga merupakan satu tempoh untuk kita menggiatkan lagi usaha dakwah. Ramadhan merupakan bulan di mana peluang amal da’wi terbuka lebih luas berbanding bulan-bulan lain.

Kalau kita merenung sejenak ke zaman lampau, betapa Ramadhan masa lalu sarat dengan kegiatan dakwah, tentunya dengan tidak mengabaikan amaliah ‘ubudiyyah ruhiyah. Bahkan kegiatan dakwah terbesar justeru terjadi di bulan Ramadhan. Misalnya, Perang Badar yang merupakan perang perdana untuk eksistensi dakwah Islam terjadi pada bulan puasa. Pembukaan atau Fathul Mekah yang merupakan perjalanan dakwah terakhir Rasulullah s.a.w juga terjadi di bulan Ramadhan.

Amatlah rugi bagi kita semua yang tidak mengambil ruh dakwah yang bertiup di bulan ini dan sekadar meningkatkan amalan ruhiyyah. Dan tidak keterlaluan jika boleh saya kelaskan da’ie yang menggandakan amalan fardhi nya di bulan Ramadhan, berterusan dengan qiyamnya seorang diri, bersunyian-sunyian di tempat pengibadatan seorang diri tanpa meneruskan rutin mengajak manusia kembali kepada Allah pada bulan ini sebagai da’ie yang pentingkan diri.

Ibnu Qayyim menyatakan, “Sesngguhnya hati manusia ini ada masa-masanya semangat dan bergelora serta ada masa-masanya malas dan lesu. Maka maanfaatkanlah ia dengan maksimun di masa-masa semangat dan tinggakanlah ia (sementara) di masa-masa malas”

Di bulan Ramdahn ini, saya yakin, inilah masa-masa semangat buat hati-hati kita semua dan hati-hati mad’u kita diluar sana. Kebiasaannya pada bulan inilah, orang yang jarang-jarang solat berjemaah di masjid mula mendatangi masjid. Orang yang jarang-jarang sentuh mushaf al Quran mula bertadarus. Orang yang jarang-jarang melazimi ibadah sunat pun turun berterawih bersama-sama. Kerana 

Ramadhan merupakan bulan di mana-mana hati-hati kita semua dilembutkan.
Maka di saat dan detik ini, rebutlah peluang ini wahai para du’at. Ajaklah kawan kita yang dahagakan sentuhan rabbani itu sama-sama bertadarus dan tadabbur ayat Quran. Bangunkan sahabat-sahabat kita untuk sama-sama qiyam dan sahur. Berbukalah bersama-sama mereka sambil diisi sedikit tazkirah.

Di saat ini, selitkan sedikit sebanyak seruan-seruan dan sentuhan-sentuhan yang boleh membangkitkan iman mereka untuk terus istiqomah beribadah. Saya yakin, ajakan yang sama kita lakukan di waktu lain yang mungkin ditolak akan disambut mesra pada bulan Ramadhan. Maka sangat tidak wajar bagi para da’ie membiarkan hati-hati yang kekeringan ini terus terkapai-kapai di saat mereka berada di waktu puncak.

Kalaulah ganjaran bagi mereka yang menjadi asbab seseorang itu mendapat hidayah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya sewaktu sentuhan itu berlaku di bulan-bulan lain, pastinya, in sha Allah ganjaran yang melampau-lampau gelimangnya akan Allah hidangi buat mereka yang terus menyentuh hati-hati yang kering di luar sana sehingga mereka menerima hidayah, di bulan Ramadhan ini. Allah itu Maha Teliti penghitunganNya.

Tidak cukup wajar lagikah kita untuk mengintensifkan kegiatan dakwah di Ramdhan kali ini?
Ayuh para du’at, kita laungkan semangat, gandakan usaha dakwah disamping kita perkasa aktiviti ruhiyyah kita di bulan Ramadhan ini. 

Jangan nanti di akhir Ramadhan yang tinggal hanya sesalan.

4 comments:

I am muslim said...

Inspektor, ana uhibbuka fillah :D

Wan-afiq said...

Subhanallah! Moga ada hati yg disentuh Tuhan

Inspector Saahab said...

I am muslim : post la dkt FB ana. HAHA

wan-afiq :

adakah anda wan-afiq yg sedang bermain di minda saya ?

;)

I am muslim said...

Ana segan la inspektor..enta org hebat..ana apa je yg ada..