Tadabbur #9
Assalam’alaikum
Hmm. Dah lama
tak menyambung sesi tadabbur. So kali ini saya ingin berkongsi satu lagi ayat,
untuk sama kita renung dan hayati. Mudah-mudahan kita peroleh manfaat darinya.
Bunyi soleh
je intro, efek Ramadhan agaknya.
Heh.
Heh.
“Mahasuci Allah yang
menguasai kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan
mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik
amalnya. Dan dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
(Al Mulk:1-2)
(Al Mulk:1-2)
Yang nak
disentuh hanya ayat dua (2). Sentuh macam mana tu? Haa pandai-pandai la anda
tafsir perkataan sentuh kat sini. Ok kerepek. Cuba perhatikan, Allah mulakan
dengan
“Yang
menciptakan mati dan hidup”
Pelik tak?
Biasa pada
ayat-ayat lain, perkataan hidup akan disebut terlebih dahulu. Yang menciptakan
hidup dan mati. Frasa hidup dan mati ini lebih selari la dengan kita. Daripada tiada,
kita dihidupkan, kemudian dimatikan bila sampai ajal.
Tapi seolah-olah
dalam ayat ini Allah (Wallahu’alam) merujuk kepada kematian di dunia, bila ajal
kita sampai dan “hidup” itu merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi, setelah
dibangkitkan dari alam barzakh. Nampak tak permainan di situ? Teng teng teng.
Seolah-olah
kehidupan pertama, kehidupan di dunia tidak layak pun untuk mengambil tempat
dalam ayat ini. Tidak layak pun untuk disebut dalam ayat ini. Kerana tidak
penting di sisi Allah. Tidak signifikan pun. Seolah-olahnya begitu. Kehidupan di
dunia itu terlalu kecil, tiada apa yang nak dibanggakan, terlalu singkat.
Tapi ironinya,
dalam kesingkatan, dalam ketidaksignifannya dunia ini, dalam ketidakpentingnya alam
ini, kita masih berlumba mengumpul kekayaan. Masih bergegas untuk hiburan yang
melampau. Masih terbawa-bawa, fanatic dan begitu teruja dengan hari-hari
mendatang. Sehingga kita lupa akan kehidupan yang akan datang, yang kekal.
Di tambah
keterangan, apa tujuan ini semua,
“Untuk
menguji kamu, siapa di antara kamu yang labih baik amalnya”
So dunia
sekadar medan ujian. Untuk menguji kita semua, sapa yang lebih baik amalnya. Dunia
untuk beramal. Bukan untuk berhibur. Bukan untuk pasang angan-angan. Bukan juga
untuk mengaharap balasan. Amal semata.
Dan yang
menariknya, dalam ayat-ayat berkenaan ujian, biasanya ujian dikaitkan dengan
iman. Diuji hamba-hamba Allah di dunia, untuk tengok, siapa yang benar-benar
beriman. Tapi sebaliknya dalam ayat ini, iman digantikan dengan amal.
Kerana apa?
Kerana amal
itulah terbitan iman.
Kalau benar-benar
beriman, mesti ada amal.
Maknanya, indicator
iman di dunia ialah amal. Tak usah cakaplah amal yang tidak ikhlas atau
menunjuk-nunjuk tu. Kita ambil yang positif. Satu lagi, frasa “lebih baik
amalnya” mempunyai unsur persaingan. Siapa yang lebih baik. Siapa yang lebih
bagus amalnya.
So Allah
nak kasi hint kat kita, supaya kita tengok amal-amal orang di sekliling kita,
dan compare dengan amal kita. Ha, siapa yang lebih baik. Bahkan, kita kena
merebut gelaran “lebih baik”. Kita digesa untuk bersaing dalam beramal. Bila kita
faham ayat ini macam ini, kita patutnya tidak boleh senang duduk.
Terus kita
kena check solat kita. Check tilawah kita. Check qiyam kita. Infak kita. Hubungan
kita dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan, dengan guru-guru. Check semua. Baik ke
tidak. Kita kena berlumba. Kalau rasa ada tak kena, kena perbaiki. Sebab itulah
tujuan hidup di dunia.
Satu perkara
lagi, amal yang lebih baik tidak bermakna lebih banyak.
Baik dan
banyak tu pun dua perkataan yang banyak bezanya.
Amal yang
lebih baik mungkin merujuk kepada ikhlasnya. Mungkin pada kualiti
penghayatannya. Pada tahap mujahadahnya. Pada istiqomahnya. Walaupun sedikit
dan kecil. Tidak guna juga banyak beramal tapi tidak ikhlas. Banyak beramal
tapi on off.
Ini juga
kita kena take note.
Itulah sedikit
sebanyak intisari ayat, yang saya faham la.
Moral of
the story,
Marilah beramal.
Kena pula bulan Ramadan ini, mari kita berlumba dan bersaing untuk merebut
gelaran yang lebih baik amalnya. Tingkatkan kualiti ibadah kita. Terawih kita. Tilawatul
Quran kita. Infaq kita.
Jangan ingat
duk makan je keje bila puasa. Jangan ingat
tidur je di siang hari. Yang suri rumah jangan ingat duk masak untuk berbuka
je. Bila berbuka pula, jangan makan sampai mulut pun cramp. Ha. Tapi fokus la
pada amal-amal fardi.
Dan jadilah seperti Abu Bakr
Dalam sebuah hadis Anas atau al-Hasan: Nabi bersabda:
“Sesiapa melawat orang sakit hari ini, mengiringi jenazah, diberi taufiq berpuasa pada hari ini, maka wajiblah syurga baginya.”
Kata al-Hasan, Nabi besabda kepada sahabat-sahabatnya:
“Siapa antara kamu melawat orang sakit hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabdanya: “Siapa antara kamu bersedekah sedikit hartanya pada hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabdanya: “Siapa antara kamu mengiringi jenazah hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabdanya: “Siapa antara kamu berpuasa hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabda Nabi SAW: “Ia (amalan-amalan itu) mewajibkannya (yakni syurga)”
Musannaf Abdul Razzaq (no: 6765)
Moga Allah terima amal-amal kita semua.
Moga kita
tergolong dalam kalangan yang “lebih baik” amalnya.
In sha
Allah.
2 comments:
this is really cool. mind if i take this to share on fb? i'll credit you.
Miss Nani :
yes :)
spread it. hehe
feel honoured to have you reading here Miss
xcredit pun ok
Post a Comment