“Al hayya
fi Zilalil Quran, ni’mah”
Begitulah
Syed Quttb memulakan muqaddimah karya agungnya, tafsir Fi Zilalil Quran.
Apakah yang
beliau maksudkan dengan ni’mah itu?
Hidup di
bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan
hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang
meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. –Syed Quttb
Meluhurkan
usia.
Apakah yang
dimaksudkan dengan meluhurkan? Luhur? Keluhuran perlembagaan? Jiwa dan pekerti
yang luhur?
Baru-baru
ini saya ada mendengar kupasan mengenai tafsir agung ini. Muwajjih pada waktu
itu menyifatkan orang yang diluhurkan usianya tatkala hidup dibawah bayangan al
Quran diangkat kepada darjat yang lebih tinggi, setaraf dengan tingginya darjat
seseorang manusia.
Namun, apa
sebenarnya luhur?
Maka
menurut Kamus Dewan, edisi ketiga,
Luhur
bermaksud mulia, tinggi dan agung.
(Untuk
rujukan, mukasurat 829, Kamus Dewan edisi ketiga, kulit tebal)
Berdasarkan
daftar maksud luhur yang diperincikan oleh Kamus Dewan di atas, maka jelaslah
kepada kita semua apa itu luhur sekaligus sangat wajar untuk saya dan anda
mengiyakan bahawa orang yang diluhurkan usianya, dimuliakan, ditinggikan dan
diagungkan. Darjatnya diangkat lebih tinggi daripada orang lain oleh Allah
s.w.t. kerana mereka hidup di bawah bayangan al Quran.
Golongan
ini bukanlah diangkat dari segi latitudnya, tapi mereka diberi basirah,
kejelasan seolah berada ditempat yang tinggi dan mampu melihat manusia-manusia
lain yang terpesona dengan kehidupan yang berada di taraf yang lebih rendah.
Mereka diberi kejelasan melihat bahawa manusia lain begitu hanyut, terbawa-bawa
dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang merendahkan darjat mereka.
Padahal
manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, tapi mereka memilih untuk
berada ditempat yang hina, rendah dan jijik.
“Sungguh Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan
dia ke tempat serendah-rendahnya..”
(At Tin:4-5)
(At Tin:4-5)
Yang
merendahkan manusia ini ialah seruan duniawi seperti kerjaya, keluarga, wang
ringgit, harta benda, pangkat dan gelaran, sawah dan ladang, haiwan dan
ternakan, pasangan-pasangan, kenderaan, rumah dan pangsapuri, hiburan dan
permainan, perhiasan, emas dan permata, nama dan takhta, begitulah dan
begitulah.
Inilah
seruan-seruan yang menyebabkan manusia lain terus sibuk bermain dengan lumpur
yang mencemarkan mereka.
Sebaliknya
bagi orang yang diluhurkan usianya, yang berada pada darjat yang lebih tinggi,
apa yang terlihat jelas, penting dan mustahak pada pandangan mereka adalah
seruan-seruan seperti Khalifah, Ibadah, Daulah Islamiah, Dakwah dan Tarbiyah,
Daurah dan Mukhayyam, Solat dan Qiyam, Al Quran dan Sunnah, Individu Muslim dan
Baitul Muslim, eh, Puasa dan Zakat, Infaq dan Jihad, dan begitulah, begitulah.
Mana
tidaknya, seruan-seruan ini bukan calang-calang seruan, tapi inilah seruan
daripada Allah Azza Wajalla yang pada tempat pertama telah mengangkat darjat
mereka.
Setinggi
mana sebenarnya kedudukan manusia ?
“Dan apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaanKu, maka
rebahkanlah diri kamu bersujus kepadaNya”
(Al Hijr:29)
(Al Hijr:29)
Begitulah
tingginya, manusia telah menjadi insan dengan tiupan roh ciptaan Allah. Bahkan
makhluk semulia malaikat dipinta bersujud kepada manusia, memuliakan darjat
manusia itu sendiri, sehingga Iblis enggan untuk patuh pada arahan Allah s.w.t
walaupun menyedari hakikat azab yang menanti kerana iri hati akan kemuliaan
hakikat penciptaan manusia.
Apakah lagi
yang memuliakan manusia?
“Dan ketika Tuhanmu
berfirman pada para Malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di
muka bumi”
(Al Baqarah:30)
(Al Baqarah:30)
Begitulah
pengiktirafan Allah terhadap manusia, dilantik menjadi khalifah untuk mentadbir
alam ini, selayak dan sekufu dengan darjat ketinggian mereka. Manakah
penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan
Ilahi yang amat besar ini?
Dan segala yang ada di bumi ini telah
ditundukan untuk faedah manusia
“Dialah yang telah
menciptakan untuk kamu semua segala apa yang ada di bumi”
(Al Baqarah:29)
(Al Baqarah:29)
Segala
ciptaan lain yang ada di muka bumi pada hakikatnya untuk faedah manusia,
memudahkan tugas kekhilafahan. Malangnya manusa telah jauh terpesong dan sesat.
Mereka hidup untuk kemudahan ini. Mereka berkorban untuk kekayaan alam ini.
Mereka bergolok gadai untuk kemudahan dunia yang sememangnya untuk mereka.
Mereka
mengabaikan tugas mereka yang asal.
Dan
fenomena ini benar-benar berlaku.
Di tempat
belajar manusia sibuk dengan peperiksaan. Bertungkus lumus siang dan malam
sehingga ada yang mengabaikan solat. Ada juga rakan-rakan yang lalai dalam
seruan permainan, terpesona dengan filem-filem dan drama berepisod serta
sinetron-sinetron dari Negara jiran. Ada yang sanggup tak tidur malam
menantikan filem-filem kegemaran mengambil tempat.
Lagian,
kita melihat ada rakan-rakan yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. Yang
kaki bola sepak bersorak bergempita dengan bolanya. Yang kaki bola jaring
bergegak gempita dengan jaringnya. Yang kaki bangku pula terus diam seribu
bahasa, memencilkan diri.
Di kolej
juga kelihatan rakan-rakan berlainan jantina berpacaran. Jatuh ke lembah
kehinaan. Berduaan-duaan baik di tempat gelap dan sunyi mahupun di khalayak
ramai. Di pasar raya kita melihat gelagat anak-anak muda sebaya berkeliaran,
menyedut asap rokok dan jerebu.
Di Bandar
raya kelihatan gelagat dan telatah manusia. Sungguh melucukan. Sibuk dek arus
kerja yang tidak berkesudahan. Mengejar wang dan pangkat. Di kala petang mereka
berbaris di jalan raya, menunggu pulang. Di kala pagi usai matahari menampakkan
dirinya mereka sudah bergegas ke kantor masing-masing. Sungguh asyik dan
terbawa-bawa.
Lagi,
Tatkala
pulang ke hampung halaman, perkara yang sama diamati. Pakcik-pakcik dan
makcik-makcik disibukkan dengan perdebatan bawah pokok mangga dan debat kedai
kopi yang tiada titik noktahnya. Anak-anak kampung berpeleseran di tepi jalan,
ditemani motor kegemaran dan asap shiha. Kelihatan seronok dan mengujakan.
Di mana
perginya kemuliaan tadi?
Apakah yang
menyebabkan manusia kembali jatuh ke tahap yang begitu rendah ini?
Jawapan
hanya satu.
Manusia
tidak lagi hidup di bawah naungan dan bayangan al Quran. Mereka tidak lagi
menjadikan kitab itu manual hidup. Sebaliknya manusia terus membiarkan hala
tuju hidup dipandu oleh al hawa, dipandu oleh al bathil dan di pandu oleh
kesesatan yang dibawa oleh Iblis.
Alangkah ruginya manusia!
Alangkah ruginya kita semua!
Kerana
boleh jadi fenomena yang kita kupas, tulis dan baca tadi yang bermain dan
berlaku dalam diri kita. Kelalaian dalam diri kita. Keseronokan sementara yang
bermain-main dalam diri kita. Alangkah ruginya kita semua kerana melayan
karenah dan seruan yang mencemarkan itu. Alangkah ruginya kita kerana
mengabaikan seruan yang meluhurkan itu.
Alangkah!
--------------------------------------
“Aku telah hidup di bawah
bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini
dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan
kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu
pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman
dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti
pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran
lidah kanak-kanak.
Aku merasa kaget dan
hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang
kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan
usia seorang?”
-Sayyid Quttb
-Mukaddimah, Fi Zilalil Quran
-Mukaddimah, Fi Zilalil Quran
3 comments:
Inspektor ada tip macam mana nak hafal Quran?
ni orang share ;
1)hafal berserta maksud.so,awak blh agak pas ayat ni,ayat ape pula akan menyusul
2)baca n hafal berulang2,eg: 3 ayat,ulang byk kali
3)tasmi'(perdengarkan bacaan kita) supaya kita tak hafaz dgn hafazan yg salah.takut jatuh dosa pula kalo makna salah.
utk pelihara pulak:
1)amalkan dalam solat2.eg:masa awak jadi imam
2)jaga pergaulan,mata.
3)jaga makanan(elakkan asam,jajan)
lain org lain cara,tp cara ni berkesan utk saya.sekejap je da hafaz juz 30.alhamdulillah.awak teruskan usaha!
nk tambah sikit, biasa nyelah, try hafal sblum tido, dan recap pagi pagi sblum subuh bila bngun.
kalao dah ingt bley trus baca dalam qalbiah subuh :)
Post a Comment