Thursday, July 18, 2013

ANCAMAN UNTUK AL HUMAZAH



Dalam al Quran, ada banyak surah yang dinamakan sempena golongan-golongan tertentu. Dan pasti mesej dalam surah-surah ini ada kaitan dengan golongan berkenaan. Contohnya, ada surah yang dinamakan dengan An Nisa’ yakni perempuan. Maka para pempuan sangat wajar untuk mendalami isi kandungan surah ini.

Ada pula surah yang dinamakan dengan Al Mu’minum yakni orang-orang yang beriman. Bagi mereka yang merasakan tergolong dalam golongan ini, sangat perlu untuk mengambil perhatian dalam surah ini. Lain-lainnya, ada surah yang dinamakan dengan An Naas yakni manusia, Al Munafiquun yakni orang-orang yang munafik dan banyak lagi.


Hari ini saya ingin berkongsi petikan tafsir dari tafsir Fi Zilali Quran tentang surah Al Humazah yang bermaksud pengumpat. Bagi siapa yang terasa sering berada dalam golongan ini hendaklah memerhati surah ini, ataupun bagi siapa yang tidak mahu terjebak dalam kegiatan pengumpatan juga wajar mengambil pengajaran daripada surah ini.





-------------------------


Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Kecelakaan itu adalah disediakan untuk setiap pengumpat dan pencaci.
Yang giat mengumpul harta dan menghitungkan jumlahnya.
Ia menyangka harta kekayaannya dapat mengekalkannya.
Sama sekali tidak begitu, bahkan ia akan dilontarkan ke dalam Neraka Hutamah yang meleburkan segala-galanya.
Dan tahukah engkau apakah Neraka Hutamah itu?
Itulah api ciptaan Allah yang dinyalakan berkobar-kobar.
Yang menjulang ke atas segala hati (penghuni-penghuninya).
Sesungguhnya (pintu) neraka ditutupkan ke atas mereka.
Sedangkan mereka terikat pada tiang-tiang yang panjang.
(Al Humazah)


Surah ini menyangkan satu gambaran yang berlaku dalam kehidupan dakwah dalam peringkat perkembangan yang pertama. Di samping itu, gambaran ini juga merupakan satu contoh yang berulang-ulang dalam setiap masyarakat, iaiut gambaran manusia hina yang berjiwa kecil, yang dikurniakan harta kekayaan lalu seluruh jiwanya terkongkong kepada kekayaan itu.


Ia merasa harta kekayaan itu nilai tertinggi dalam kehidupan, iaitu nilai yang menjadikan seluruh nilai-nilai dan seluruh kehormatan-kehormatan yang lain kelihatan kecil dan rendah belaka dihadapannya. Ia merasa selama memiliki harta kekayaan bererti ia memiliki kehormatan-kehormatan manusia semuanya.


Ia mengira harta kekayaan itulah Tuhan yang Berkuasa yang boleh membuat segala apa sahaja sehingga sanggup menolak maut, mengekalkan hidupnya, menolak qada’ Allah, hisabNya dan balasanNya jika dalam fikirannya pernah terlintas persoalan hisab dan balasan Allah, kerana itu ia tergila-gila mengumpulkan harta kekayaan dan merasa begitu lazat menghitung jumlahnya.


Dan terbongkaslah dalam hainya keinginan-keinginan yang jahat iaitu keinginan memandang rendah dan hina terhadap kehormatan manusia lain yang menjadikan mereka sasaran umpat-cela dan caci-makinya. Ia menghina dan mengejek mereka dengan lidahnya, dengan gerak-gerinya dan dengan mengajuk gerak-gerik dan suara mereka dan memperkecil sifat-sifat mereka dengan kata-kata dan isyarat yang menghinakan.


Inilah gambaran jiwa yang hina yang tandus dari akhlak dan iman. Sebagai agama yang memperjuangkan akhlak yang luhur, Islam bencikan gambaran jiwa yang rendah itu, kerana itu ia melarang perbuatan ejek-mengejek dan hina-menghina di berbagai-bagai tempat dalam al Quran, tetapi dalam surah ini perbuatan itu disebut dengan celaan yang teruk dan diancam dengan balasan-balasan yang dahsyat.


Ini menyarankan bahawa perbuatan ini benar-benar dilakukan oleh sesetengah kaum musyrikin terhadap Nabi s.a.w kerana itu Allah menjawab perbuatan mereka dalam bentuk herdikan, bentakan dan ancaman yang menakutkan.


Ancaman itu datang dalam bentuk menayangkan satu pandangan di hari Qiamat yang menggambarkan keseksaan dan keazaban tubuh dan jiwa, juga menggambarkan kedahsyatan neraka lahir dab batin. Di sini dapat diperhatikan adanya persesuaian di antara kesalahan dengan cara keseksaan dan dengan suasana balasan.


Gambaran si pengumpat dan si pencaci yang sentiasa mengejek-ejek, mencaci dan mempersendakan manusia dan kehormatan mereka juga asyik mengumpul harta kekayaan dan merasakan data menjamin hidup kekal, gambaran manusia yang angkuh, yang bertabiat pengejek, pencaci dan merasa kuat dengan harta kekayaan ini dipadankan dengan gambaran manusia yang terbuang dan terhumban ke dalam Neraka Hutamah yang mengancur-leburkan segala sesuatu termasuk kesombongan dan ketakburan.



--------------------------

Saya tidak dapat teruskan…

No comments: