Sunday, November 30, 2014

SENTUHAN AL AKH #29




Tahun ketiga. Thumma Alhamdulillah.

Kami melangkah bersama-sama. Cuma biasalah dengan takdir Allah, ada yang membawa amanah dakwah ke daerah dan jajahan yang berbeza. Sebenarnya aku sudah hampir tawar hati untuk terus menulis di sini, namun sepotong kata-kata seorang akh tempoh hari membuatkan energy untuk berkongsi itu kembali mengakar dan membara.


“Ana menantikan cerita terbaru dari blog nasi dan lemak” Eh.
“Ana selalu baca kot. Jadi bahan penyampaian, enta dapat pahala. Lebih besar dari unta merah”


Ah. Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau dustakan. Begitulah sapaan sapaan membina datang dari arah yang tidak disangka-sangka.


Mari aku kongsikan sedikit sedutan perbualan dua orang ikhwah ini. Mari kita namakan mereka akh A dan akh B, seperti biasanya. Sedutan perbualan ini telah disunting dengan mengambil kira faktor kerahsiaan dan membuang mana-mana masukan yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara. Juga mengambil kira mana-mana bahagian yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Eh.


“Ya akhi, sihat?”

“Alhamdulillah. Antum ape cerita ? Heheh”

“Apa cerita ? Urm. Dakwah mesti diteruskan. Haha”

“ Peh. Macam mana sekarang? Apa status ? Macam mana medan kat sana?”

“Status, masih bujang. Haha.”

“Ok. Nampak dah tu tanda-tanda kecil haha…hati hati..”

“Hahaha. Xder la. Masih berstatus ikhwah. Doakan dakwah di sini. Kat sini, medan tak sama macam Malaysia. Tak boleh buang orang. Err, maksud ana tak boleh filter. Mad’u pun tak ramai”

“Oh. Antum liqa dengan sape?”

“Eh, liqa kan sirr akhi”


---


Ye, liqa memang sir. Rahsia. Itu yang kami belajar, setelah beberapa ketika bersama tarbiyah. Tetapi entah mengapa sesetengah orang sudah hampir puluhan tahun kian berlalu, dihebah hebahkan struktur liqanya, siapa naqibnya, siapa mutarabbi nya. Ada juga yang suka nak tahu. Bukan sahaja liqa, bahkan berada level berapa, yadda yadda. Fening.

---


“Eceh. Mantap menjaga sirr. Baru nak test. Kekeke. ”

“Haha kantoi-kanoti. Macam mana Malaysia akhi? ”


Inilah soalan yang akh itu sering dapatkan tatkala dia berinteraksi dengan ikhwah yang berada di bumi Tuhan yang lain. Bukan di bumi bertuah Malaysia. Bagaimana Malaysia akhi? Entah. Sukar untuk aku ceritakan. Pada luarnya nampak meriah. Tetapi siapa tahu, rijalnya makin berkurang. Pembinaan entah ke mana. Kerja kerja besar yang mendapat liputan berlalu terlebih sering, tetapi sekadar berlalu sahaja. Nama diangkat, substance entah ke mana.

Dibiarkan soalan itu berlalu sepi.


“By the way nak minta tolong boleh akhi? Kat sini ana ada masalah sikit nak setelkan dakwah housemate ana. Yang before ini ikut dekat Malaysia”

“Insya Allah.  Mushkilah apa tu ? Kurang jelas akhi”

“Hm. Macam mana nak cakap ek. Tarbiah diorang macam terbantut kat sini. Dauroh tak pergi. Macam tu la. Dorang ada potensi, tapi macam.. err, faham ke maksud tersirat ana?’

“Masalah tu akhi. Ana dapat catch. Malaysia pun sama akhi. Macam tu la. Tatw la berjangkit dari mana”

“Betul akhi. Sangat sedih. Umat sakit, da’ie berjangkit. Aduih. Ok tukar mood. So boleh ke nak tolong ana ni??”

“Insya Allah, antum rasa macam mana ana boleh tolong?”

“Tanya tanya khabar dorng. Ini rahsia kita dua akhi. Haha”

“Insya Allah.”

“Bila kita nak borak panjang pasal dakwah. Ana banyak nak kena belajar ni. Nak juga dengar khabar dakwah dekat Malaysia”

“Err. Kena balik sini ah >,<”

“Aduih. Tak seronok la macam tu. Rindu kat ikhwah Malaysia. Berdakwah kat Malaysia seronok”

“Takpe akhi. Duk sane, learn the hard way”

“Anta nak tahu akhi, ramai yang dibina di kolper futur di sini. Hurmm, nangis. Diorang diserahkan pada naqib yang asif kalau ana cakap kurang mahir membina. Kat Malaysia naqib power. Tapi Alhamdulillah ana nampak kesungguhan pada abang-abang naqib”

“Tu la akhi, lama lama benda ni makin cair. insyaAllah antum dan kesedaran macam ni la yang akan betulkan balik semua ni”

“Tatw la akhi jadi ke tak. Kadang kadang ana rasa ana pun pun macam cair akhi. Ana hari-hari fikir masalah ni”

“Isti’ab akhi, insya Allah, Allah mudahkan antum. Kalau orang tak boleh tolong, kita paksa bina diri. Banyak lagi bahan nak cover. Nak tak nak je akhi. References files berlambak nak hadam..demand je dengan naqib antum tu huhu”

“Insya Allah akhi. By the way doakan dakwah kami. Walau ikhwah kata medan sebenar di Malaysia, tapi kami akan cuba jadikan medan sini persiapan terbaik sebelum ke medan sebenar”

“Allahu akbar! Insya Allah. Antum qudwah untuk kami di sini.”

“Biar kami balik, dua medan dah bersediaaa”


Ikhwah.


Begitulah sensitifnya dia akan kondisi dakwah di medannya. Kecairan ini, kami takut. Dan kami ingin segera rawat. Akh itu telah mengajar kita untuk kuat, jika orang lain cair, kita la yang pekatkan kembali. Biarlah kadang kadang kita terpaksa berpura pura kuat walau hakikat kita lemah, supaya akh yang lain bersemangat.


“Insya Allah antum qudwah kami akhi”

Menjadi qudwah di jalan dakwah.
Akan dituntut di hadapan Allah kelak akhi.

Namun mari kita gagahi jua.
Beginilah kami.
Tiada apa apa, hanyalah kuli dakwah.

 
Aku sajikan untuk aku dan kalian. Kita renungkan sejenak bagaimana perkembangan di medan kita. Pertimbangkanlah dengan kefahaman yang telah kita bina. Jika pertimbangan program besar yang kita guna maka itulah yang kita dapat. Jika pada pembinaan rijal maka itu jugalah yang kita nampak. Lalu akhi, bagaimana ?

5 comments:

Anonymous said...

thumbs in the air

Anonymous said...

thumb up

Anonymous said...

Terbakar

Anonymous said...

Thanks update entry bru. Semoga allah jaga setiap perjuangan yg di dasarkan pd Islam.

Kalau bukan kita, siapa lagi.
Kalau bukan di sini, di mana lagi.
Kalau bukan sekarang, bila lagi.

Semoga kuat untuk menguatkan. Fi amanillah. Salam perjuangan! ツ

Anonymous said...

jzkk, ABBAS AS-SISI zmn kini, utk entry sentuhan yang baru, selalunya,sya buka nasi n lemak, bnda first yang dicari adalah sentuhan akhi..