Wednesday, November 12, 2014

KALAKAR SUNGGUH !





Kelakar sungguh!


Setelah satu tempoh melewati jalan dakwah dan tarbiyah, kita dapati benar sunnahtullah di jalan ini berulang-ulang, berlaku dari satu generasi ke generasi yang lain. Untuk sekecil-kecil hal sehinggalah sebesar-besar hal. Masih terbayang jelas, waktu awal-awal semangat hingusan dahulu, ada isu yang timbul seperti boleh tadabur al Quran atau tidak, itu bidaah, ini bidaah, jumpa orang tidak menutup aurat dengan sempurna kita main belasah kaw kaw dan sebagainya, sehinggalah kita makin faham seninya.


Sunnah-sunnah itu kembali mengambil tempat apabila kita dapati binaan-binaan mula berjalan dengan semangat yang sama dan mula beramal di medan ini. Mereka justeru dihurung isu-isu yang sama, yang pernah kita sama-sama lalui dahulu. Ok, takdelah dahulu sangat pun.


Benarlah firmanNya pada beberapa tempat dalam al Quran,
Antaranya;



“…Tiadalah yang mereka nantik-nantikan melainkan sunnah orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapatkan penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu”

(Fatiir :44)



Kini, kita pula sedang berhadapan isu isu baharu yang juga satu sunnah yang telah pun dilalui oleh orang-orang yang terlebih dahulu menapaki jalan ini, sebelum kita.


Entah mengapa, makin hari makin kita dapati harapan untuk Islam kembali menaungi muka bumi ini makin suram. Kita lihta fe’el masyarakat di luar sana makin pelik. Entah di planet apakah yang kita tinggal ini! Perjuangan puak jahiliyah pula didokong dan mendapat kelulusan, kelulusan perundangan negara pula tu!


Seorang akh baru baru ini berkongsi, bahawa dia mendapat tahu seorang pelajar perempuan sekolah menengah di utara negara menawarkan kepada mana-mana pelajar lelaki yang ingin menikmati payudaranya dengan harga semurah tiga ringgit sebelah. Apakah! Di manakah norma-norma kemanusiaan dalam kalangan orang kita?


Sungguh menyedihkan fenomena ini. Sehingga kita tanpa sedar mempersoalkan, masih relevenkah perkumpulan kecil kita yang tarbawi itu? Perjuangan berasaskan maratib amal yang kita canang-canangkan itu sebenarnya masih praktikal atau terlalu utopia? Matlamat ustaziyatul alam di muka bumi yang kita laungkan itu, apakah itu semua laungan syok sendiri?


Kita makin pening, tatkala kita membaca al Quran dan ditaujih oleh syeikh syeikh besar, modal yang sama dibawakan. Pertolongan Allah itu qorib akhi, dekat. Tidak lama lagi. Tetapi tiap tiap hari kita menarik selimut menantikan pertolongan itu, tidak kunjung jua. Apakah ayat-ayat motivasi para syuyukh itu telah menjadi candu dunia? Mengkhayalkan kita dalam mimpi siang hari yang berpanjangan ini?


Benarkah ia sekadar gerhana matahari ?
Atau sememangnya matahari sudah lama terbenam?


Persoalan-persoalan ini terus menerus menghantui sesetengah kita. Sehingga ada yang kecewa kerana tiada jawapan yang mampu memuaskan nafsu soalan, lalu kita berangkat meninggalkan perjuangan ini perlahan-lahan. Dan saya telah mendampingi beberapa individu seperti ini. Kecewa lalu membawa diri mengikut arus dan percaturan sendiri, arus baharu mungkin! Eheh.


Akhi fillah,

Ketahuilah bahawa sebelum kita menanyakan soalan soalan ini, belum sempat persoalan persoalan ini menghantui minda kita, sahabat Rasulullah saw, Khabab bin Arat telah terlebih dahulu memikirkan hal ini bahkan telah menanyakan kepada Rasulullah saw perihal kemenangan Islam.


“Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat telah berkata,

"Kami telah mengadu kepada Rasulullah sedang Baginda pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban. Maka kami bertanya, apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?"

Maka bersabda Rasulullah saw,

"Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah, Allah pasti akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh."

- Riwayat Bukhari



Subhanallah!


Kita akan lebih menghargai dialog ini jika kita terlebih dahulu meneliti sosok bernama Khabab itu, kerana sebelum dia menanyakan hal yang demikian, Khabab merupakan antara sahabat Rasulullah saw yang mendapat penyiksaan yang mengerikan, dipanggang sehingga lemak-lemaknya berguguran.


Dan sebenarnya, mengambil kira kondisi Khabab dan penderitaan yang telah dilaluinya, Khabab sebenarnya layak untuk menanyakan soalan itu. Jika dibandingkan dengan kita yang usrah pun jarang jarang datang, halaqah mutarabbi pun belum konsisten, baru setahun dua bersama tarbiyah, lantas apakah menyebabkan kita begitu gopoh wahai saudaraku?


Bahkan jika Khabab masih hidup dan kita menanyakan soalan yang sama, mungkin beliau tegelak besar.


Beginilah sunnah Allah berlaku dan berulang-ulang. Buat yang kecewa dengan fenomena masyarakat dan merasakan harapan makin pudar, ketahuilah para sahabat r.a semasa di Mekah sebenarnya tidak dapat membayangkan bagaimana satu hari nanti mereka menjadi pembesar pembesar dan memimpin sebuah negara, sehinggalah kesabaran mereka diganjari Allah swt.


Bahkan akhi, bahkan,

Sebelum kita mahupun Khabab r.a menanyakan soalan soalan ini,
Al Quran telah terlebih dahulu menyediakan jawapannya tatkala Allah swt berfirman;


“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:

“Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

(Al Baqarah :214)


Tidak.


Ayat Quran bukan candu yang mengkhayalkan. Bahkan ayat di atas bukan sahaja menghantarkan kita kepada harapan yang tidak pernah hilang itu, akan tetapi juga mengajari kita tips, ciri-ciri serta kondisi-kondisi yang kita terlebih dahulu harus jalani sebelum mengecapi kenikmatan yang kita hajati itu.


Malapetaka, kesengsaraan serta digoncangkan dengan ujian yang dahsyat.


Nah, mari kita hitung sejenak, apalah sangat siri ujian yang kita lalui setakat hari ini? Halaqahnya di bawah naungan hawa yang dingin. Mobilisasi pakai kereta mahal, diimport lagi. Duit kita sentiasa, belum sengsara kebuluran. Masih ada waktu untuk berleha-leha. Entah di mana ujian itu?


Sungguh jauh lagi.
Sungguh!


Andai kata, andai kata kalian sudah pun melalui ujian ujian itu, dan telahpun lelah memikirkannya, dan semakin gerun melihat kedurjanaan angkatan jahiliyah di sebelah sana, cukuplah ayat  yang satu ini menjadi motvasi besar buat kita semua;


“Dan janganlah kamu lemah dalam memburu musuh itu kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(An Nisa :104)


Ketahuilah, jika kita pening kepala memikirkan perkembangan mutarabbi, perjalanan dakwah di medan masing-masing, bahkan angkatan jahiliyah juga sedang pening kepala merancang hala tuju mereka. Jika kita telah banyak kehabisan duit di jalan ini, sehingga berkira-kira untuk makan lauk yang enak atau tidak, ketahuilah mereka pun sedang berada dalam dilemma yang sama.


Jika kita tidak tidur malam, bahkan mereka pun sedang mengorbankan tidur mereka. tetapi akhi, kita ada Allah sebagai harapan.


Cukuplah Allah swt sebagai motivasi untuk kita terus istiqomah.


Wallahu’alam

4 comments:

faiq20 said...

xkalakar pon.

Anonymous said...

Subhanallah... Inspire me it did.

Inspector Saahab said...

faiq20 : erk.

Muteq Chin said...

haha. faiq20, kelakarnya part yg ko tulis xkelakar tu. (Y)