2014.
“Kalau satu hari
nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi
tak?”
Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again!
----------
2010.
Botol air mineral
Cactus 500 ml dihulur pada teman yang dah membuka sila di lantai maple hardwood. "Kalau
satu hari nanti kita dah tak buat benda yang sama, kau agak kita akan still
kawan tak?" Mika ikut membuka sila di tepi dance studio bersaiz 25x15 kaki berdindingkan
cermin gedabak itu. Irene pula masih lagi bergantung sebelah kaki pada dance bar di hujung studio.
Air sejuk itu
dibiarkan menuruni celah rengkungnya sebelum dia membuka mulut member jawapan. "Kawan
la kut.Tapi tak tahu nak borak benda apa."
Laju penutup botol
biru melayang menuju bahu si teman. "Heartless gila jawapan.Tak agak-agak."
"Heh." Bahu
dipicit-picit sambil muka berkeriut menahan pedih. "Betul apa."
----------
2014.
Dia online.
"Hey."
"Ei."
"Ape cer sekarang
geng? Bebudak ni cakap dah lama tak jumpa kau."
"Heh. Agak busy jugak sekarang. Lama jugak dah la
tak lepak Modesto’s."
Jeda.
"Is it hard?"
"What, medic?"
"Tak, the thing you're doing now."
The thing? Oh.
"It is. But
I'm happy." Senyum segaris depan laptop.
"I see. All
the bestlah in everything.
Summer nanti kalau free roger-roger la."
"Aye aye, cap.
Cheerio." I doubt it I’m gonna be free.
"Cheerio." I
doubt it you’re gonna be free.
Dia masih lagi dengan
senyum segaris di depan laptop selesai perbualan maya tak
bernyawa itu. Teman yang sama yang tuju penutup botol Cactus ke bahunya 3 tahun
lepas dengan jawapan heartless yang diberi.
“Kawan la kut, tapi
tak tahu nak borak benda apa.”
Masa tu, rasa luar
alamnya la soalan Mika.Takkan la dia nak tinggalkan benda yang dah mendarah
daging dalam diri. Mahu meroyan tanpa beranak dia kalau sehari berlalu tanpa
dia jejak lantai studio tu. And
so I gave him a half-assed answer.
“Kawan la kut, tapi
tak tahu nak borak benda apa.”
Dan akhirnya, the curse backfires.
Masih lagi berhubung
melangkau benua atas nama persahabatan yang menjangkau 12 tahun usia. Dia tahu
je apa Mika buat di Malaysia, tahu sangat. Mika pun tahu je ‘the thing’ yang dia buat kat Dublin ni,
walaupun takde la tahu sangat. Yelah, takkan la Mika tengah cerita pasal new moves tiba-tiba dia nak buka topik 10
Muwasofat Tarbiyah. Dan takkan la Mika nak buka cerita pasal the new sassy instructor bila baru malam tadi Mika tengok
dia curi lirik lagu band Falling
in Reverse yang dah berjaman
tak dilayan buat update status Facebook berbunyi “Running from my past, I’m praying
feet don’t fail me now.”
“Kawan la kut, tapi
tak tahu nak borak benda apa.”
Indeed, tak
tahu nak borak apa. Susah. Sebab the
thing yang dia buat sekarang sangat
la clash dengan dunia yang dia dah
tinggalkan. Bukan Mika yang salah, tapi dunia yang dah ditinggalkan tu yang
salah. Dan Mika masih di dunia itu.
Dan dua-dua pun
seolah-olah melukis satu garis pemisah. Masih berkawan, tapi kau jangan cakap
pasal ‘bendat u’, aku pun tak kan cakap pasal ‘benda ni’. Perjanjian bisu tak
rasmi yang seolah-olah kedua-dua belah pihak pun faham dan bersetuju. Akhirnya,
benda yang boleh diborakkan setiap kali hanyalah cuaca, kesihatan, yada yada.
“Kawan la kut, tapi
tak tahu nak borak benda apa.”
----------
2015.
And the curse
backfires again.
“Kalau satu hari
nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi
tak?”
Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again! Riak muka yang dah nak berubah
dikawal sedaya upaya. Suapan yang tadi tergendala sekejap dek soalan tak
bertapis si teman diteruskan macam tiada apa-apa berlaku. Tawar habis rasa
pencuci mulut yang hakikatnya overloaded dengan gula berkoyantu.Tapi
diteruskan juga suapan. Sampai potongan banoffee terakhir yang melepasi anak tekak,
baru dia bersuara.
“Kawan la kut, tapi
tak tahu nak borak apa.”
Nina senyum pahit.
“Betul jugak tu.”
Apple biscuit tea dihirup
perlahan. Mata ditala pada tulip sekuntum yang menghiasi meja di Oolong Tea
itu.“Tapi sebelum awak berhenti buat dakwah, saya piat-piat dulu la telinga
awak.”
“Heee.”Nina
tersengih.“Oke, jangan tak piat tau.”
----------
Balik dari Oolong Tea,
dia menerima mesej Whatsapp dari Nina.
“Musa, I’m running behind you. Jangan
lupa saya. – Harun – “
Dia menggeleng kepala
perlahan sebelum mengetik balasan dengan senyum nipis.
“Harun, tak mo gedik
tak mo malas. You can run
faster than me. – Musa – “
Satu tick. Dua ticks. Dua blue ticks.
Tiada lagi jawapan
selepas itu. Dia mengeluh perlahan.
Lalu sejadah biru
dihampar di hujung bilik. Dengan air mata bergenang diangkatnya takbir. Allahuakbar!
Kerana akhirnya, "Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,
bukan juga pada manisnya ucapan di bibir.Tetapi pada ingatan seseorang terhadap
saudaranya di dalam doanya." – Imam Al-Ghazali.
Without wax,
---
Post berlabel
'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis-penulis yang sedang
bergiat aktif di lapangan dakwah dan tarbiyah dari serata dunia.
(Admin)
3 comments:
tengss for posting this :'( btw mcmn nk contact kc ni?nk tanya ssuatu.
Kawan la kot...tapi tak tau nak borak apa....
Pilihan kata yg bersahaja tapi bijak...
I like it so much...very meaningful. ....
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
Post a Comment