Sunday, November 27, 2016

OF MUDAWALAH & PENTAS AMAL

[Tadabbur Ringkas]



إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa.

Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia;
supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

3:140

Ayat surah Ali Imran ini diturunkan sebagai komentar daripada Allah swt berkenaan peperangan Uhud yang menyaksikan kaum Muslim tewas di pusingan akhir.


َتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ


Dan itulah hari yang Kami pergilirkan antara manusia.


Mudawalah, atau giliran jatuh naik manusia adalah sunahtullah yang akan sentiasa berlaku.
Jika kita meneropong beberapa abad ke belakang, kita akan dapati pada satu satu masa akan ada bangsa yang berada di atas memimpin dunia dan ada bangsa yang ditindas.

Giliran turun naik akan terus menerus berlaku. Tujuan kenapa?


1) Supaya Allah swt tahu siapa yang benar benar beriman

2) Supaya daripada turun dan bangkitnya sesuatu bangsa ini, Allah akan mengambil sebahagian daripada kita sebagai syuhada.


Jadi apa ertinya? Bagaimana peristiwa jatuh naik ini boleh dikaitkan dengan iman seseorang? Bagaimana pula ia menjadi pentas untuk diambil para syuhada?

Dapatlah difahami bahawa orang beriman itu sifatnya tafa'ul ataupun reactive terhadap isu isu semasa lebih lebih lagi apabila dia melihat bangsa Muslim tertindas dan berada di bawah. Mereka akan berjuang menaikkan kembali kegemilangan islam sehingga mereka diangkat menjadi syuhada.


Hari ini kita menyaksikan episod sedih dalam sejarah umat di mana Presiden baharu Amerika Syarikat dilantik dari kalangan yang jelas membenci islam. Giliran Muslim jatuh dan berada di bawah nampaknya akan berpanjangan.

Jadikah siapakah yang akan terbukti iman mereka dan diangkat menjadi syuhada dalam peristiwa turun naik ini?

Rugilah kalau kita sekadar berada di bangku penonton dan bertepuk tangan. Sedangkan Allah swt telah menyiapkan kita lorong dan pentas untuk beramal.

Saudaraku,


Ayuh kembalikan kemuliaan islam

No comments: