Aku mencintaiNya kerana Dia Rabb yang menciptakan
aku, aku mencintaimu kerana perasaan cinta yang diciptaNya. Cewah. Boleh muntah
dalam kiraan tiga saat.
Sudah agak lama tidak melakukan aktiviti senaman
jari atas papan kekunci ini. Seakan-akan ada sahaja halangan untuk saya
berkongsi di sini. Ini kisah diriku, seorang remaja belasan tahun. Ah.
Pertamanya saya langsung tidak berniat untuk berkongsi sebarang cinta zaman
purba dengan mana-mana mangsa. Keduanya juga bukan berniat untuk berkongsi tips
hubungan ajnabi tanpa ‘akad yang dikatakan halal, kononya. Semua itu sangat
klise ok.
Tapi, cinta. Susah untuk menerangkannya, tidak
semudah menulis. Perkataan yang mengandungi lima huruf ini membawa erti yang
sangat besar dalam sejarah hidup manusia. Orang kata, bila dah cinta, yang
gagap boleh cakap laju, yang cakap laju boleh gagap. Orang la kata, saya tak
kata. Orang kata lagi, bila cinta tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak
basah. Ah, tak paham. Ada kena mengena ke?
Ni pun orang yang kata.
So kita dengar jela.
So kita dengar jela.
Cinta ni juga satu driving force yang menggesa
seseorang itu untuk memberikan segalanya. Dalam bahasa mudah driving force itu
maksudnya, daya memandu. Bila tulis dalam Bahasa Melayu bunyi macam Siam pula,
apa-apa pun itulah driving force. Bila dah cinta kat seseorang, kita tak
sanggup berjauhan, kalaupun jauh, terindu-rindu. Bak kata pepatah, hubungan
jarak jauh ini sungguh memedihkan.
Selain daripada itu, bila dah cinta, dalam tidur
dalam jaga asyik terfikir. Kekadang dibawa-bawa dalam solat. Nastaghfirullah.
Tapi itulah hakikatnya. Dia memakan ruang yang ada. Mengisi kekosongan, menagih
perhatian dan mendambakan kebersamaan. Cewah. Tulis dah macam ada sijil ijazah
sarjana muda pula. Haha.
Cinta yang saya cuba diskeraibkan di sini tidak
sekadar termaktub percintaan antara lelaki dan perempuan, bukan sekadar cinta
kucing dan si pemilik mahupun cinta Shah Jehan dan isterinya. Tolonglah. Ayuh
kita melihat kehadiran cinta dalam skop yang lebih luas dan positif. Hakikatnya
kita semua merasakan diri kita berada dalam perhubungan yang didasari cinta.
Kita cinta pada ibu bapa kita, cinta pada sahabat
kita, cinta pada nenek kita, cinta para guru, cinta pada segala apa yang kita
cinta. Dan paling penting cinta yang terutama adalah pada Allah s.w.t dan
rasulNya yakni Muhammad bin Abdullah s.a.w
Sejujurnya saya masih belum pernah merasai
kemanisan cinta atau masih belum berada pada tingkatan cinta yang sehinggakan
cinta itu menjadi driving force untuk saya beran mati. Ok ini hyperbola.
Sekalipun cinta pada Allah dan Rasul, saya optimis saya masih belum sanggup
berkorban seluruh harta, jiwa dan raga. Entah perasaan itu bukan cinta pun? !
Ah. Saya boleh tulis, korban itu dan ini, cinta bagai nak rak, tapi amal saya
belum layak untuk membuktikan picisan picisan berkenaan.
Sebenarnya ni baru introduction.
Selamat tahun baharu.
Selamat tahun baharu.
Menyambung perbincangan kita yang makin kelaut ini,
saya yakin bagi mereka yang benar-benar tekad dan iltizam dalam arena dakwah
dan tarbiyah, mereka pasti memiliki definisi cinta yang terbaik. Bagi diri
sendiri, saya rasakan alternative lain untuk menggambarkan apa itu cinta adalah
dakwah. Ya. Dakwah itu cinta. Dan saya jatuh cinta ! Cinta yang menjadi daya
memandu. Ya. Sila kecewa.
Saya bukanlah orang yang layak untuk berkongsi
perihal ini, tapi itulah yang saya rasakan. Penangan dakwah yang cukup kuat.
Terlalu, bahkan. Dia memenuhi setiap inci kehidupan. Sukar untuk saya jelaskan
di sini. Saya rasa pointnya sudah sampai.
Ikatan kita bersama-sama insan-insan di sekeliling
kita atas urusan dakwah merupakan ikatan cinta yang sebenar. Anda boleh
sangkal. Ini pendapat saya semata. Kalau bercanggah dengan mana-mana prinsip
rukun tetangga, bolehlah bidas.
Saat kebersamaan dengan adik-adik contohnya, atau
golongan yang mempunyai hak dakwah ke atas diri kita merupakan saat yang
menggembirakan. Hairan. Sentuhan salam mereka menghidupkan cell cell yang mati.
Menatap pesanan ringkas daripada mereka seolah-olah menatap surat cinta yang
berbunga-bunga. Entah mengapa, walaupun langsung tiada kaitan dari segi
biologi, kita menjadi begitu prihatin dan peka terhadap mereka.
Ah, memang benar, inilah cinta.
Cukuplah saya berkongsi di sini, rasa yang lain itu
biarlah saya simpan sorang-sorang. Muehehe.
-Si Kidal, 1831
--------------------
Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.
Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya.
Ustaz Al-Bahy Al-Khouly dalam Rakaizud Dakwah
6 comments:
introduction dia tak buleh bla.ha.ha.
apa pun betullah 5 huruf tu jika nak didescribe luas yang amat. dan yang 5 huruf tu juga mengajar apa itu 5 huruf .
5 huruf = 5 huruf.
Macam nak ketuk je mamat ni. >,<
Ketuk cinta tahu? :P
Lagi satu, bila cinta. Yg baik boleh jd jahat dan sebaliknya.
Orang lain lah yg kata. Pon bolehh~
Yg pasti, jika cinta pdNya dan cinta dijalanNya sebaik2 perkara pun boleh timbul.
(^^)v
saya jatuh cinta utk menjatuh cintakan orang lain. eheh.
yah, konotasi yg luas. cinta itu kata kerja. aksi.
Anda, buku Rakaizud Dakwah tu buku apa eh..? Tak penah dengar sebelum ni.
Macam menarik. Hhhmm.
Post a Comment