Saturday, January 12, 2013

TERJUN BERIRAMA



Saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda suatu kisah yang mendera jiwa. Terlebih dahulu sila baca sajak di bawah. Sekian terima kasih, jasamu dikenang.



Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
Adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

Telah datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta
Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
Dengan asap neraka yangmenyala
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta

Smart sajak di atas. Saya tahu. Sajak yang smart sedemikian sah-sah bukan nukilan saya. Ok tak nak merepek panjang.

Sajak ini diungkapkan oleh Abdullah bin al-Mubarak kepada ahli ibadah yang
berada tanah haram Makah al Mukarramah yakni al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah.

Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya
dengan menyebut tentang air mata.

Tahukah anda kenapa sajak berunsur sindiran ini ditujukan khas buat Fudhail? Sebab pada waktu tu beliau ni enggan turut sama berjihad bersama angkatan tentera, kerana beliau lebih mengutamakan untuk beribadah.

Sebegitu panas dan mendalam lagi menusuk sajak yang diutarakan ini kepada Fudhail, kerana keengganan dia berjihad ekoran ingin beribadah. Hello beribadah kot. Agak-agaknya buat kita-kita yang enggan apatah lagi malu-malu untuk berjihad atas jalan dakwah ni, sajak apakah yang selayaknya?

Buat aku yang enggan berjihad kerana ingin bersenang lenang bersama rakan dan teman, enggan berjihad di atas jalan ini kerana sibuk melayan filem-filem tempatan dan antarabangsa, enggan turut berjihad semata-mata kerana ingin bermanja dengan kucing kesayangan, enggan kerana semata-mata ingin duduk di atas kerusi urut berjenama Ogawa itu, sajak yang bagaimanakah harus dituju?

T_t

Fuh fuh fuh

Sikit lagi, saya nak kongsi petikan dari buku al Muntalaq ini, lepas baca boleh la anda cari gaung berdekatan untuk terjun serta merta. Anda? Oh silap. Saya je kot.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini
meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan
kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan
harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di
katakan Abdullah bin Al-Mubarak:


“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam
bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,
barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak
melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula
bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka
terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai
urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak
bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad jasad
mereka terkulai di tali gantung

-Muntalaq


---------------


Terjunnnnnnnn

2 comments:

C. Ann said...

Sempat ke terjun kalau dah pitammss tersentap...? Camtooh!

nimus said...

trasa spt pnah bca..tp dmana ya..ermmm