Tuesday, August 26, 2014

SENTUHAN AL AKH #24




Courtesy of Facebook, again.

Bagaimana dengan ziarahmu hari ini ?


Begitulah kisahnya kali ini. Dalam satu sesi perkongsian, akh muwajih bercerita dengan kami bagaimana satu hari dia tanpa ada sebarang jemputan mahupun temu janji, menziarahi akh murabbinya di utara, yang mana medan dakwahnya di sebuah intstitusi pengajian tinggi swasta di ceruk hutan sana.


Setibanya di institusi pengajian tersebut yang ringkasnya mari sama-sama kita sepakati untuk memanggilnya ipts, akh itu dapati si murabbinya mengadakan daurah tegempar. Dikatakan, sudah hampir dua minggu saki baki rijal ummah di ipts tersebut tidak melakukan ziarah ke bilik bilik mahupun ke rumah rumah mutarabbi masing-masing. Lantas, daurah tergempar diadakan, gawat!
Lalu, bilakah ziarahmu yang terakhir berlaku?


Seminggu yang lalu? Dua minggu yang lain? Jika lebih daripada dua minggu yang lalu bahkan sudah menginjak angka berbulan-bulan, entah daurah apa yang sesuai untuk kita ini akhi!


Namun begitu, bukan itu yang mahu aku kongsikan bersama kalian kali ini. Tetapi perihal seorang akh dan sekumpulan ikhwah, bagaimana kisah mereka telah membuat akhnya itu menginsafi diri sendiri, meskipun dalam hal menziarahi binaan masing-masing dan dalam hal menyantuni mad’u masing-masing.


Antara mad’u akh itu ialah adik adik pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh, yang terletak di sebuah bandar yang namanya harus dirahsiakan. Sudah menjadi rutin sejak beberapa bulan yang lalu, pada setiap hari Jumaat dia akan ke sekolah itu untuk menziarahi mad’u nya, untuk sesi lepak-lepak, makan-makan dan sedikit pengisian.


Kadang-kadang akh yang lain turut menemaninya untuk menyantuni sekumpulan mad’u itu. Kedua-duanya sebenarnya masih dalam proses cuba jaya, masih baru belajar bagaimana mahu melebarkan jajahan dakwah sehingga ke sekolah sekolah. Lalu di satu minggu, akh yang menemani itu bertanya kepada akh itu,


“Bagaimana dengan ziarah hari ini?”

“Sedih aku, makan seorang-seorang”

Akh itu kelu. Namun digagahi juga untuk bertanya.

“Kenapa??”

“Pak Guard tak lepas kali ini”


Lalu akh itu menghantar sekeping gambar kepada akh yang bertanya. Pada gambar itu, jelas kelihatan makanan yang dibelinya dan yang dibawa dari rumah, dalam sebuah plastik berwarna merah, terkulai layu di seat penumpang hadapan. Menunggu untuk dijamah oleh sekelian adik adik, namun malangnya itulah cabaran dakwah ini.

Mungkin pada kalian yang telahpun merempuh dugaan dan cabaran yang jauh labih menggugah dan menggoncangkan iman, cerita ini biasa-biasa sahaja. Tetapi sebenanrnya, kesungguhan itu telah cukup untuk membuatkan seorang akh tersentuh dan kembali bersemangat. Jika kalian pernah kecewa, maka ketahuilah kalian bukan keseorangn dan bukan juga orang pertama. Insha Allah bukan yang terakhir juga.


Di kesempatan lain, kisah sekumpulan ikhwah pula menyentuh qalb akh yang sama, seputar kisah bagaimana mereka menyantuni mad’u.


Pada malam itu, akh itu berpergian ke Rumah Ikhwah (RI) mereka untuk tumpang menginap dan dengan harapan bakal membawa pulang semangat amaliyun mereka dan sentuhan sentuhan yang menghidupkan.  Di rumah itu, dia dapati mereka sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk esok harinya, akan keluar bersama mad’u.


“Wah korang buat apa sampai bawak masuk blender dalam bilik ni?”

“Nak perap ayam, esok nak BBQ”

“Perap sendiri ? Laa. Kenapa tak beli sos yang ready made tu? Senang sikit”

“Takpelah. Barulah rasa air tangan panuh kasih sayang. Hehe”

“Ok. BBQ nya di mana?”

“Sungai Pisang. Jom esok?”

“Allahu Rabuna yusahhil. Ada hal esok. Tak dapat join”


Maka pada keesokan harinya akh itu berpergian untuk urusannya. Dan sekumpulan ikhwah itu juga pamit untuk janji temu mereka. Berpagi-pagian lagi mereka meninggalkan rumah dakwah itu, untuk mendapatkan mad’u di kolej. Akh yang seorang, yang menyaksikan hal itu, begitu meninggalkan rumah itu dengan semangat. Semangat melihat ikhwah yang dicintainya begitu bersemangat. Caj caj positif mengalir dari satu tubuh ke tubuh yang lain pada pagi itu.


Usai urusan tamat, akh itu teringat akan ikhwah seperjuangan lalu dia melapangkan waktunya untuk bertanya khabar dengan bantuan media sosial yang ada.


“Macam mana tadi?”

“Hmm. Best. Tapi kami kami jela”

“Maksudnya?”

“Yang janji 5 orang, tapi satu je yang muncul”

“Takdehal, itulah yang terbaik”


Allahu akbar! Beginilah jalan dakwah mengajar kami. Pengalaman pengalaman akh itu menyantuni mad’unya, bagaimana dia berhadapan dengan karenah manusia yang beragam, bermacam-macam, dikecewakan banyak kali, namun tetap akh itu tidak berhenti di situ. Inilah. Inilah yang membuatkan akh yang seorang itu sentiasa tersentuh dengan kelibat akhnya yang lain.


Tanpa mereka sedari, akh itu telahpun tersentuh.

Akhi, moga yang satu itu kualitinya sama dengan seribu!

Adakah kau akan berhenti dengan ziarahmu? Tidak pantas bukan. Kerana sabda Sang Nabi yang kita baca dalam satu kitab ini telah membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti untuk sesi ziarah yang seterusnya, dan seterusnya!



Riyadus Salihin

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawa ada seseorang berkunjung ke tempat saudaranya yang berada di lain desa, kemudian Allah Ta’ala mengutus malaikat untuk menghadangnya, dan setelah malaikat itu bertemu dengan orang itu kemudian bertanya;

“Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Saya akan berkunjung ke tempat saudaraku yang
bertempat tinggal di desa itu”

Malaikat itu bertanya, “Apakah kerana kamu merasa terhutang budi kepadanya?” Orang itu menjawab, 
“Tidak, saya mencintai dia kerana Allah Ta’ala semata.”

Malaikat itu berkata, “Sesungguhnya aku utusan Allah untuk menjumpaimu dan sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana kamu mecintai saudaramu kerana Allah”

(HR Muslim)



Teruskan akhi! Kerana dalam diam ada yang tersentuh dengan  usaha ikhlasmu itu!

5 comments:

Inspector Saahab said...

sudahkah kalian bersedia untuk membeli buku kompilasi siri siri ini ? Err

Anonymous said...

Ada kompilasi? Anticipating it.

Anonymous said...

Sedia! Bukukan akhi.
Moga ia jadi saham yg tdak putus.
Nmun brhrap, idinya tdk hnya komplasi ini.

Inspector Saahab said...

anonimos 2 :

saya kurang mengerti baris terakhir anda. -,-

tapi saya dapat rasakan sesuatu yg menyentuh. ewah

anonimus 3 said...

biar ana translate;

namun saya harap ideanya (isi buku) bukan hanya kompilasi ini.

kut..hehe