Sunday, August 3, 2014

ANUGERAH SYAWAL






Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Qabil dan Habil) menurut sebenarnya ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).

Ia (Qabil) berkata, “Aku pasti membunuhmu!”

Berkata, (Habil) “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”

(Al Maidah :27)



Ayat Quran di atas menceritakan kisah dua putera Nabi Adam as yang menurut mufassir mereka ialah Habil dan Qabil. Kedua putera Nabi Allah Adam ini mendapat sentuhan tarbiyah daripada bapa mereka, sudah tentu didikan yang sempurna, mengikut metodologi parenting sesuai dengan pengalaman pengalaman Nabi Adam as.


Yang menariknya, kedua mereka yang beriman ini, yang mendapat tabiyah daripada sumber yang sama, tetapi apabila dipersembahkan kurban mereka kepada Allah, Allah swt menerima satu dan tidak menerima yang lainnya. Riwayat yang sampai kepada kita bahwa, kurban yang ditolak itu kerana ala kadar, tidak bersungguh dan bukan yang terbaik daripadanya.


Begitulah,

Kisah ini mengajar kita bahawa Allah swt sentiasa menantikan yang terbaik daripada para HambaNya.


Dalam sejarah kewujudan manusia, setelah kedatangan Islam khusunya, telah berlalu berbagai generasi yang telah berkorban segala apa yang mereka ada untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Allah swt. Meskipun mereka ini terdiri daripada golongan orang-orang yang sudah benar imannya, yang sudah jauh ke depan ibadah ibadah khusus mereka.


Tetapi keimanan yang tersembunyi itu tidak cukup. Oleh kerana itu, mereka bersusah payah, memerah keringat yang ada untuk memberikan yang terbaik, sebagai seorang hamba kepada Allah Azza Wajal.


Contoh pertama mari kita lihat pengorbanan yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah daripada generasi pertama, Rasulullah dan para sahabat ketika perang Ahzab. Jika diikutkan logiknya, mereka semua ini sudah benar imannya, sudah mendapat tempat di sisi Allah swt.


Tetapi peristiwa Perang Ahzab, saat bala tentera musuh Islam bersatu untuk menentang pejuang-pejuang Allah di kota Madinah, mereka yang bersama Rasulullah saw pada tika itu tidak lantas kecewa dengan tentangan tersebut dan menyerah diri. Sebaliknya mereka telah memberikan yang terbaik untuk menghadapi tentangan itu, memerah otak dan kudrat yang ada sehingga timbul ide ide gila seperti menggali parit untuk berhadapan dengan musuh Islam ketika itu yang mana ide berkenaan langsung tidak difikirkan oleh orang Arab yang memusuhi Islam.


Tidak dapat dibayangkan, bagaimana betapa epiknya pengorbanan yang dilakukan, di saat yang begitu getir, dengan kesemua musuh bersatu menyerang negara Islam, ditambah pula dengan sikap Yahudi yang menjadi duri dalam daging, menyerang dari dalam, umat Islam masih mampu melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Begitulah tingginya cita-cita mereka untuk mempersembahkan yang terbaik di hadapan Allah swt.


Meskipun mereka adalah barisan orang sudah benar imannya.


Tetapi, itulah yang dilakukan
untuk mengekalkan eksistensi dakwah di muka bumi ini.



Seterusnya mari kita imbas sejenak bagaimana pengorbanan tahap dewa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al Fateh dan bala tenteranya dalam usaha membebaskan kota Konstantinople yang hari ini dikenali sebagai Istanbul. Jika diikutkan, untuk menjadi pasukan tentera al sultan pun sudah ketat syarat syaratnya, bahkan untuk menjadi Sultan Muhammad al Fateh sendiri jika dinilai dengan amal amal fardi, kita sangat jauh ketinggalan.


Tetapi begitulah, pasukan yang terdiri daripada sebaik baik tentera dan sebaik baik raja ini mengorbankan diri mereka untuk meluaskan tanah yang bakal dinaungi dengan agama Allah swt. Tidak salah sekiranya mereka tidak memilih untuk berada dalam barisan sejarah itu. Tetapi mereka memilih untuk berkorban, untuk kelangsungan dakwah, dan untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Allah swt.


Sehingga banyak cerita lejen tentang mereka sampai ke gegendang telinga kita. Yang mana kapal kapal berlayar ke pergunungan. Sesuatu yang sukar dibayangkan. Begitu ghairah dan bersungguhnya mereka memberi yang terbaik.


Entah keimanan tahap apakah yang pada dalam hati hati para tentera itu membuatkan mereka sanggup meninggalkan cita cita, kehidupan dan apa yang mereka cintai untuk memberi persembahan kepada Allah swt. Meskipun mereka meninggalkan kampung halaman dengan risiko tidak akan kembali ke pangkuan keluarga buat selamanya.


Tetapi sebenarnya inilah pengorbanan yang dituntut oleh al Quran
tatkala Allah swt berfirman;



“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu infakkan maka sesungguhnya Allah mengetahui
(‘Ali Imran :92)



Itulah dia antara kisah kisah epik generasi lepas yang sampai ke pengetahuan kita. Kadang-kdang kita rasa sukar untuk mempercayai kisah kisah ini, kerana boleh ada kemungkinan ia dibesar-besarkan oleh sejarahwan. Kita sukar untuk menerima bentuk bentuk pengorbanan sedemikian, kerana, ye tiada teladan itu di sekeliling kita, apatah lagi pada diri kita. (BOB)


Namun begitu, apa yang berlaku di kota al Quds hari ini membuatkan kita berfikir semula untuk sekelian kalinya. Rupa-rupanya kisah kisah lejen ini benar benar realistic. Melihat pengorbanan luar biasa anak-anak Adam di kota bergolak Ghazzah lewat beberapa minggu yang lalu sehingga ke hari ini memberi satu lampu isyarat bahawa masih ada hamba-hamba Allah yang begitu tinggi keimanan mereka dan mengorbankan segala apa yang mereka ada untuk dipersembahkan kepada Allah Azza Wajal.


Sesuatu yang memeningkan kepala dan mengerutkan dahi untuk memikirkan bagaimana sayap ketenteraan HAMAS yakni Briged al Qassam boleh membuat kejutan kejutan begitupun di saat hidup mereka dikepung oleh tembok tembok gergasi yang dibina oleh Israel. Entah bagaimana, dengan sumber yang terhad mereka mampu melancarkan roket roket yang boleh tahan menggugat juga ego Isarel itu.


Entah bagaimana di saat semuanya terhad, mereka boleh ada pasukan amphibian yang menyerang melalui dasar laut, dan ada yang mampu hack sistem ketenteraan Israel. Di mana mereka berlatih ? Mereka ini makan apa sebenarnya? Dari mana seumber pendapatan mereka?


Memikirkan pengorbanan dan persembahan yang terbaik ini selain membuat kita merasa harapan sentiasa ada untuk Palestine kembali mengibarkan panjinya dengan penuh bebas, juga membuatkan kita terduduk dan berfikir sejenak.


Benarlah, di sejenak pelusuk bumi Allah ini ada hamba-hambaNya yang berkorban dan bersusah payah untuk agama ini dan sehingga mereka memberikan nyawa mereka.


Maka satu pesanan disebalik kesemua ini datang untuk kita,


Saudaraku,

Maka sudah pasti untuk pertama kalinya pesanan ini tertuju kepadaku, sentiasalah mencari jalan, wasilah untuk mendekati Allah dan memberikan persembahan yang terbaik supaya amal kita diterima oleh Allah swt. Sekiranya kita sedang sibuk dengan pelajaran kononnya, maka pastikan kita terbaik dalam hal itu sehingga jika ada yang bertanya, kita mampu menjawab bahawa ini jihad untuk agama Allah.


Sekiranya kita sedang berusaha membina manusia, pastikan mereka itu jadi persembahana yang terbaik bukan sahaja sebagai amal kita yang bakal dinilai oleh Allah swt, tetapi semoga suatu hari nanti binaan itu menjadi pejuang-pejuang ummah yang kemudiannya akan memberikan yang terbaik daripada mereka.


Terus tegar berkorban memberikan yang terbaik. Meskipun Ramadhan sudah berlalu, sekiranya kita setia dengan kebenaran dan hamba yang benar benar Rabbani, ketahuilah yang menghitung amal-amal itu sentiasa dan maha hidup untuk melihat persembahan persembahan kita kepadaNya.


Habil telah memberikan yang terbaik daripadanya. Rasulullah saw dan para sahabat juga telah mengorbankan diri mereka dan mempersembahkan yang terbaik. Sultan al Fateh dan tentera-tenteranya juga sudah melunaskan tanggungjawab mereka. Para shuhada daripada pasukan Briged al Qassam pun sudah dan saya yakin saki baki mereka akan terus ke depan untuk memberi persembahan yang terbaik,


Yang tinggal, hanyalah kita.

Bila pula?




“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari redha Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya”
(Al Baqarah: 207)
                                                                                                                    




Ps: Post ini ditulis pada awal sepuluh terakhir Ramadhan, awalnya sebagai booster untuk menggandakan pesta ibadah di Ramadhan, namun kekangan itu dan ini., baru boleh siapkan. Ok tu je.

3 comments:

silent reader but not silent anymore said...

benar. sangat susah actually untuk istiqamah. but then, bila kita fikir bahawa Allahlah yang bakal menghitung dan kepada Dialah kita ingin persembahkan amal2 kita, akhirnya yang rugi serugi2nya tu ialah kita andai tak all out untuk tingkatkan amal.

jzkk for ur inspiring words!

Inspector Saahab said...

no longer silent but still anonymous. Hmm

Anonymous said...

Garapan yang menggugah!
Jazakallahu khairan katheera.
Moga terus diberi kekuatan & kemampuan utk menulis kerana Allah.
Mudah mudahan.
Ameen.