Ada orang memang tidak mahu
bersama gerabak tarbiyah dan dakwah kerana gerabak ini dagang, asing, pelik,
tidak popular, tidak ramai, kelihatan sunyi dan lesu. Mereka melihat orang
orang yang berada dalam kandang tarbiyah terkongkong, tidak bebas, terikat dengan
fatwa fatwa murabbi yang terkadang terlalu rigid, tidak ikut trending katanya.
Dan dari sudut manusiawi, secara
umumnya manusia suka akan keramaian, manusia perlukan kehadiran orang lain
dalam hidup mereka untuk mencorakkan pelbagai warna pada kanvas yang putih itu.
Manusia dambakan kebersamaan, lebih sekadar apa yang mereka lihat dari sudut
luaran yang mampu ditawarkan oleh orang-orang tarbiyah.
“Eleh, usrah usrah ini alien je”
“Aku bahagia je tak buat apa yang
kau buat”
“Ini semua poyoo, eh”
“Korang ni jumud la, dengan
perempuan pun takut”
“Usrah ni orang orang yang lone
ranger je ikut”
Apa kata orang tarbiyah?
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk
orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah
SAW dan sahabat-sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk
orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang
itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk
orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal
dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk
orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup
ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..
Begitu padu hujah itu.
Cuma, bagaimana pula kalau orang
orang tabiyah sendiri yang meluahkan perasaan perasaan ini setelah dua atau
tiga tahun atau lebih lama daripada tempoh itu berada dalam kandang tarbiyah.
Bagaimana?
Bagaimana jika benar, berada
dalam lingkungan tarbiyah dan terlibat secara langsung di lapangan dakwah dan
tarbiyah itu membebankan, menyebabkan pelakunya kesunyian, terasing, kosong dan
mengharapkan kehidupan sebelum ditarbiyah lebih daripada apa yang dia nikmati
pasca mendapat sentuhan tarbiyah?
Adakah salah untuk berasa sunyi
dalam dunia tarbiyah dan dakwah? Salahkah untuk merasa terbeban dengan amanat
ini? Salahkan untuk membenarkan perasaan yang dirasai itu? Salahkah untuk
kadang-kadang orang tarbiyah sendiri menggambarkan kehidupan dalam kandang
tarbiyah dari sisi pandang yang berbeza?
Sudah tentu tidak.
Bebanan itu tidak mampu dibisukan lagi.
Bebanan itu tidak mampu dibisukan lagi.
We cannot afford to live in
denial.
Lalu, apa yang tarbiyah mampu
tawarkan buat mereka yang yang berada di penghujung usia tarbiyah ini? Apakah
solusi yang ada untuk kembali menarik mereka mereka yang kecewa ini? Atau lebih
mudah, apakah yang mampu tarbiyah berikan sehinggalah kenikmatan dan kepuasan
itu mampu bertahan selama mana usia dikandung badan?
Retorik sungguh soalan-soalan ini.
Sukar benar untuk menjawabnya.
Pilhan jawapan bukan satu atau dua, bahkan mungkin bejuta banyaknya.
Sukar benar untuk menjawabnya.
Pilhan jawapan bukan satu atau dua, bahkan mungkin bejuta banyaknya.
“Salam, akhi”
“Wasalam.. yaaa?”
“Kenapa kadang-kadang ana rasa
depressed sangat ?
Tu semua ujian ke?”
Tu semua ujian ke?”
“Allah. Hmm . Nta kena share.
Cari core masalah.
In sha Allah tu semua ujian, tapi Allah tak saja saja uji. Ada mesej yang kita kena taddabur”
In sha Allah tu semua ujian, tapi Allah tak saja saja uji. Ada mesej yang kita kena taddabur”
“Takpela. Kita kan abid,
sepatutnya ana tak patut rasa depressed pun kan. Jazakallah”
“Laa. Kita memang abid, tapi
bukan malaikat, ada sisi manusiawi yang kita kena akur”
“Jadi nak buat macam mana?”
Kelu.
Saudaraku,
Sebelum kita sempat merasai beban
beban ini, sebelum sempat kita meluahkan rasa yang terpendam dalam jiwa ini, al
Quran telah pun menjangkakan beban beban dan perasaan perasaan itu dengan
menyiapkan jawapan kepada kita.
Untuk itu, mari renungkan sejenak
firman Allah swt ini;
Thahaa
Kami tidak
menurunkan kepadamu al Quran agar kamu menjadi susah
(Thaha :1-2)
Ya, al Quran ini diturunkan bukan
untuk menyusahkan kita. Agama yang dikurniakan Allah swt ini bukan untuk menyusahkan
kita. Tarbiyah dan dakwah, bukan untuk menyusahkan. Halaqah halaqah mingguan,
program program tarbiyah bulanan, kesemuanya bukan untuk menyusahkan kita. Tetapi
entah, kadang-kadang kita rasa terbeban.
Lalu di mana silapnya?
Sebenarnya,
Mereka yang telah mendahului kita
di sepanjang sejarah risalah ini telah bewasiat akan hal ini. Islam memang
berkehendakkan kita untuk beramal dengan akhlak Islam yang sesuai dan selari dengan
fitrah manusia dalam kita menjalani kehidupan ini, lebih lebih lagi di saat kita
beriltizam untuk mewakafkan diri kita untuk mengembankan risalah ini. Cuma kadang-kadang
ia terbeban kerana keadaan keadaan tertentu.
Ungkap Sayyid Quttb,
“Sebahagian manusia mendakwa akhlak
Islam hanya merupakan beban dan masalah kepada manusia dan tidak mungkin dapat
dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka. Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan
pengalaman yang dialami individu muslim ketika hidup di dalam masyarakat yang
tidak diterajui oleh Islam. Apabila Islam tidak menjadi peneraju masyarakat,
akhlak Islam sememangnya menjadi beban. Membebankan mana-mana individu yang mengamalkan
Islam yang suci di tengah masyarakat jahiliyyah yang kotor, bukan setakat itu sahaja
bahkan hampir-hampir menghancurkan individu ini.”
Begitulah kekadang kehidupan beragama
suatu yang rencam, di tengah tengah masyarakat yang paksi dan gravitinya bukan
Islam, bukan berlumba mengejar kemuliaan syahid dan kebahagiaan akhirat. Terkadang,
kita terbawa bawa ke dalam perlumbaan ini, sehingga kita terlupa mesej besar yang
kita bawa.
Kita dapat rasakan, apa yang kita cuba
bawa dan hidupkan kembali ini bertentangan dengan arus, lalu ia bergeser,
menghasilkan haba yang panas dan menyengat diri kita. Sehingga kadang-kadang
haba dan kesakitan itu memakan diri daripada dalam, jika dipendam, tidak disejukkan
dan dirawati dengan al Quran.
Ini semua adalah sebahagian daripada
undang-undang tarbiyah harakiyyah bagi qaidah sulbah, sebagaimana tiga
peringkat undang-undangnya telah sampai kepada kita melalui pesanan pesanan mereka yang
lebih awal merasai kesemua ini.
Sebagaimana yang dicoretkan oleh Abu
Ammar,
Menanamkan ruh persediaan dan penjelasan
beban dakwah dari awal-awal lagi.
Persediaan jiwa untuk mengorbankan
nyawa dan darah ketika perlu. Dakwah bukanlah badan kebajikan yang hanya cukup
dengan sedikit !
Persediaan untuk penat harian…
perjalanan dakwah adalah panjang sebelum sampai ke matlamatnya. Tak cukup hanya
dengan tepuk tangan dalam perhimpunan atau memuji-muji ucapan dan pidato.
Persedian untuk mengorbankan kegembiraan
dan memikul penderitaan umat yang berat. Bermula dengan isu Palestin hingga
kepada isu Kristianisasi di Indonesia, penyembelihan umat Islam di
kawasan Benggal (India dan Myanmar-Arakan) dan Filipina.
Saudara,
Sekiranya ungkapan ungkapan, pesanan pesanan dan wasiat wasiat ini tidak menepati jawapan yang dikau harapkan daripada tarbiyah, maka aku memohon maaf dan memohon ampun daripada Allah swt. Beginilah sebenarnya jalan dakwah mengajar kita. Mari aku kongsikan lagi petikan daripada karya fiqh dakwah Abu Ammar,
Salah seorang pendakwah Islam lampau telah menyebutkan
tiga bentuk marhalah ini sejak dulu lagi dalam ucapannya:
“Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah,
kemudian datanglah kesedihan,
Permulaannya: korbankan kegembiraan,
Pertengahannya: korbankan nyawa.”
Maka bersabarlah sehingga suatu masa ia meminta lebih daripada nyawamu
----------------
Rujukan,
1) Haaza Ad deen- Sayyid Quttb
2) Muntalaq- Abu Ammar
2 comments:
Indahnya dakwah & tarbiyyah.
Mantop,akhi!!
Post a Comment