Tumblr
Diceritakan oleh seorang akh yang sudah aku bertentang mata dengannya cuma
belum direzekikan untuk berbual mesra, mendapat sentuhan sentuhan iman
daripadanya. Itupun aku terserempak dia di lapangan setesen LRT, di tengah
tengah hirup pikuk manusia di zaman eden ini. Menggila.
Dalam karya fiqh al dakwah nya al akh itu berkongsi satu cereka perihal
Imam Ahmad dan salah seorang muridnya yang berkata kepada beliau,
“Wahai Abu Abdullah, apa pendapat kau tentang puisi yang menyebutkan tentang
syurga dan neraka?”
Beliau bertanya,
“Contoh seperti yang mana?”
Lalu dibacakan,
Ketika Tuhanku berkata kepada,
MakhlukKu !
MakhlukKu !
Takkah kau malu bermaksiat kepadaKu ?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukKu
Tapi dengan penuh noda menghadapKu !
Imam Ahmad berkata, “Ulangi lagi!”
Muridnya lalu mengulanginya sekali lagi. Kemudian Imam Ahmad bangun dan
memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu si murid berkata, “Aku
mendengar suara tangisan dari dalam rumah”.
Begitulah teguran di jalan dakwah datang, menempelak tidak kira siapa. Baik
yang murid menyentuh tuan gurunya atau apatah lagi sentuhan sentuhan basah dan
menyedarkan daripada si Murabbi kepada Mutarrabinya.
Namun bukan perihal itu yang aku cuba maksudkan hari ini. Adapun di jalan
dakwah ini, terlalu banyak prasangka baik yang menakutkan aku. Kata seorang
akh, “Sangka baik kalian, setelah disyukuri, harus aku waspadai” kerana benar,
sangka baik itu kadang-kadang membuat diri tidak lagi jujur.
Lalu di saat al akh datang membisikkan ke telinga akhnya, “Kau ni hebat
la, macam mana ek aku nak jadi macam kau?”. Maka meranalah iman akh itu. Hamburan
pujian dan sangka baik itu membuatkan dia justeru sedar, bahwa makhluk di
depannya itu langsung tidak mengenalinya. Kerana hakikatnya, seorang akh itu
akhirnya seorang manusia.
Disebalik skrin hitam yang terpampang mutiara kata, nasihat dan siri
taujihat yang menggugah, duduk di kerusi itu seorang manusia yang tidak pernah
terlepas melakukan dosa. Yang menakutkan, dosa yang terhijab daripada mata
manusia itu,membuatkan dia diangkat dan dilambung setinggi-tingginya di tengah
tengah lautan manusia yang penuh dengan baik sangka.
Di sebalik desas desus amal akh itu yang hakikatnya tidak seberapa,
tetapi sampai ke telinga para pejuang dakwah seperti kisah urban legend
sebenarnya berdiri satu batang tubuh al akh yang hampir hampir sahaja tumbang
dijentik syaitan, kerana imannya ada sahaja yang compang camping, di sini dan
di sana.
Lalu di jalan dakwah, aku harus waspadai sangka baik sangka kalian. Jujurlah
untuk menegur di sela waktu kalian lihat akh kesayangan itu sebenarnya sudah
lari dari Tuhannya.
Yang dibutuhkah oleh seorang akh di jalan dakwah bukanlah pujian, kata
kata agung yang manis di bibir yang sebenarnya memberanakkan dosa dan
mengugurkan amal, bukan itu, tetapi sentuhan sentuhan yang menghidupkan, agar
dia sedar, baiknya dia di mata manusia bukan bermakna dia baik di sisi
Tuhannya.
Akhi,
Aku kongsikan bersama kalian teguran tulus ini, sebagai sentuhan daripada
al akh kepada akhnya yang dicintai. Di mana rasa cinta itu mengatasi baik
sangka;
Kita, Prasangka dan Mereka.
Kita hidup, ditengah-tengah khalayak, yang selalu berbaik sangka..
Alangkah berbahayanya,
Terlalu percaya pada baik sangka mereka,
Membuat kita tak lagi jujur pada diri,
Atau menginsafi,
Bahawa kita tak seindah prasangka itu
Kita hidup, ditengah-tengah khalayak, yang selalu berbaik sangka..
Alangkah berbahayanya,
Terlalu percaya pada baik sangka mereka,
Membuat kita tak lagi jujur pada diri,
Atau menginsafi,
Bahawa kita tak seindah prasangka itu
Tapi, keinsafan membuat kadang terfikir,
Bersediakan mereka tetap menjadi saudara,
Saat tahu siapa kita sebenarnya
Kadang terasa, bersediakah dia tetap menjadi sahabat,
Saat tahu hati kita tidak tulus, penuh noda dan karat
Dan bersediakah dia, tetap mendampingi kita, dalam dekapan ukhwah,
Ketika tahu bahawa iman kita berlubang-lubang
Inilah bedanya kita dengan Sang Nabi,
Dia dipercaya, kerana dia dikenal,
Sebagai al-Amin, orang yang terpecaya,
Sementara kita dipercaya justeru kerana,
Mereka semua tidak mengenal kita..
Yang ada, hanya berbaik sangka..
Salim A.Fillah
Salim A.Fillah
2 comments:
Beautiful. Taktahu part mana. Mungkin bahasa, atau mungkin pd hakikat yang harus ditelan.
Jzkk.
Alhamdulillah
Post a Comment