Sunyi Di Jalan Dakwah
“Faizul ok
?” Tanya seorang akh kepada akh yang dicintainya kerana Allah, dan sudah tentu
ditulis kembali dengan identiti berbeza.
“Ok je”
Sudah menjadi tabiat ikhwah. Betapapun dia cuba menghijabkan apa yang terbuku
dalam hatinya yang paling dalam itu, akan tetapi sesungut keikhwahan yang ada
pada si akh yang lain itu langsung dapat mengesan sesuatu yang tidak kena.
“Betol ke
ok ? Hehe, Nampak macam tak”
Begitulah
cuba jayanya diteruskan untuk menggali punca punca keresahan yang terpalit pada
wajah si akh itu, cuba untuk mencari permasalahan di sebalik raut wajah yang
sugul dan suram itu, tidak seceria seperti dia yang dahulu.
“Ada la tak
ok. Tapi takpelah, ana citer pun mungkin tak dapat selesai”
“Habis tu?
Nak buat camne ? By the way, sharing is part of solving tahu?”
Seketika,
kedua mereka senyap. Berjalan beriringan menuju kedai roti canai Jalil. Ya,
kedai roti canai Jalil namanya, terletak jauh di penghujung jalan sebelum jalan
itu berakhir dengan sebuah simpang tiga ke jalan besar, di sebuah desa
terpencil, jauh dari kekusutan dan hiruk pikuk suasana kota.
“Mengadu
dekat Allah jela”
Subhanallah
!
Sentuhan pertama pada pagi itu.
Sentuhan pertama pada pagi itu.
Kagum dan
kelu la lidah akh itu seputar mendengar jawapan yang ringkas itu. Surrender. Namun
keinginannya untuk membantu itu membuak buak, membuatkan dia pada pagi yang
nyaman itu mencuba buat sekelian kalinya. Mencuba merungkaikan apa yang
tersembuyi.
“Sebenarnya”
Akhirnya cuba jaya itu seakan berhasil, “Sunyi gak la kadang kadang duk sini.
Petang petang tak tahu nak buat apa. Ikhwah pun tak ramai, dan yang ada yang
tak masuk sangat”
“Oh”
“Faizul
jenis kena keluar pergi riadah, tak boleh duduk kat rumah je, dalam bilik,
senyap. Belum dapat adapt lagi la. So, kadang-kadang tu rasa sunyi la”
Luah si
akh.
“Hmm ada
keluar jumpa member satu batch tak? As in riadah sama-sama ke petang petang?”
“Tu la. Sekarang
Abg Izuwan cakap kan, kalau nak buat apa-apa kena berhadaf. Nak main sebab nak
tajmik. Kena jaga sume tu. Susah la nak dapat suasana tu. Kalau pergi main
futsal ke apa, dengan kawan-kawan yang macam-macam, tak dapat la suasana Islam
tu”
Subhanallah!
Sentuhan
kedua pada pagi itu. Langit membiru.
Jantung berdegup kenchang. Gemuruh.
Jantung berdegup kenchang. Gemuruh.
Itulah harga
yang harus dibayar oleh akh itu, dan sesiapa pun yang ingin berakhlak dengan
akhlak Islam. Kadang-kadang ia kesunyian. Kadang-kadang ia terbeban. Bukan akhlak
islam itu membebankan, akan tetapi apabila ia dipraktikkan dalam suasana yang
tidak menurut fitrahnya, ia tercabar dan terasa susahnya.
Itulah harga
yang perlu dibayar saat kalian dan aku berada di fasa ta’sis, sebagai generasi
ta’sis. Saat kita mahukan kedamaian dan islam di pusat-pusat membeli belah,
tetapi kita dihidangi dengan music music jahiliyyah yang membenankan jiwa.
Saat kita
mahu tinggal dengan kawan kawan sebaya kita dengan harapan mempunyai fikrah
atau sekepala dengan kita, kita terbeban dengan cara hidup mereka, merana
melihat kemaksiatan yang dilakukan di depan mata dan kita, tidak banyak yang
mampu dilakukan.
Sehinggakan
di saat kita mendambakan satu sesi riadah bermain futsal sepetang yang dihiasi
suasana islami penuh mawadah dan rahmah, kita terpaksa membatalkan hasrat itu
kerana hatta dua team futsal yang beramal dengan islam dan berakhlak pun sukar
untuk kita dapatkan di sekeliling kita itu.
Lalu, kita
kesunyian di jalan dakwah. Kita harus korbankan keinginan, minat dan hobi itu
kerana kita terpaksa menyibukkan diri mencari lebih ramai individu untuk
dibentuk supaya sekepala dengan kita. Supaya akhirnya satu perkumpulan manusia
wujud di mana kita dapat berakhlak dengan akhlak islam secara syumul.
“Faham je
apa yang Faizul rasa itu. Pernah bincang pasal generasi ta’sis dalam halaqah?”
Soal akh
itu, cuba untuk menenangkan.
“Haah,
pernah dengar sikit.”
“So, we
have to face this la. Memang tu la cabaran di generasi ta’sis. Masih tak ramai
orang. So banyak benda la kita kena skip. Even nak dapat satu team futsal yang
sepatutnya tu pun susah. Sebab tu la kita kena bina orang-orang…”
“In sha
Allah nanti boleh adapat kot. Ramadhan tak lama lagi, ok kot”
Hanya satu
ukiran senyuman penuh harapan dapat ditawarkan buat akh itu. Kerana di
mana-mana aku yakin, seorang akh merasai betapa dagangnya hidup di tengah
tengah masyarakat yang masih belum bersahabat dengan ajaran islam yang sebenar.
Lalu setelah
pulang ke rumahnya setelah sesi ziarah itu berakhir, akh itu duduk di satu
sudut dan berfikir sejenak, mencari jawapan daripada kitab Allah. Ye. Dia ketemui,
bahkan bukan kita semua sahaja yang melalui hal ini. Bukan aku dan kalian
sahaja yang kekadang merasa sunyi di tengah tengah kota yang bising ini.
Asiah.
Asiah isteri
fir’aun, sekiranya mahu berbicara soal sunyi, dia lebih layak untuk mengadu betapa
sunyinya dia berada dalam sekumpulan manusia yang melampui batas. Hidup berpasangkan
seorang lelaki yang mengaku Tuhan.
Tetapi Asiah
terus tabah. Yang menghiburkan hatinya adalah perasaan keberadaan Allah di
sisinya. Begitu rapat dan mesra dengan Allah swt, sehingga dia berdoa;
“Ya
Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam firdaus..”
Dan supaya
kita yang mendatang ini mengambil pelajaran, Allah swt telah merekod dan
mengabadikan permintaan yang mahal ini dalam kitabNya di surah At Tahrim ayat
ke sebelas. Pengajaran dan motivasi kalau-kalau kalian dan aku juga berasa
sunyi. Lebih lebih lagi yang berada jauh daripada suasana islam dan kehadiran
ikhwah yang ramai.
Akhi,
Semoga Allah
bangunkan untuk kita semua sebuah rumah di sisiNya dalam Firdaus. Dan semoga kita
terus tsabat dengan apa yang kita imani.
Teruskanlah dengan
sentuhanmu itu !
3 comments:
Saya sedang rasakan apa yang diperkatakan dalam entry kali ni.
salam. does that mean that we cannot join the futsal team? just wondering :3
enonimos 1 : moga thabat
enonimos 2 : of course not. the point is, even to find one team with solid practice of islamic values is hard. this should drive me and you to join them and turn the team to the right path, and yet it looks like a burden particularly now.
Post a Comment