10 Hari Mencari Cinta
#1
Topi Afgan , pakol
Tidak jauh dari entrance Hotel
Madinah Concorde, kedai pakaian paling hampir dengan tempat penginapan kami
dimiliki oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50an yang sering duduk di sudut
kiri muka kedainya, di atas baku berkaki empat sambil memegang tasbih. Tidak kasar,
berbanding pekedai-pekedai yang lain, lelaki berkulit putih kemerah-merahan itu
hanya senyum dan mulutnya terkumat-kamit melafazakn zikir. Tidak kelihatan
kelibat seorang wanitapun dalam kedai pakaian bersaiz sederhana itu. Hanya
beliau dan 3 orang anak muda, lelaki. Tiga beradik.Kacak. Semuanya putih
kemerah-merahan. Yang pasti mereka tiada rupa Arab. Kelihatan seperti berasal
dari bahagian asia Barat.
“Malaysia?”
“Haa..”
“Mari-mari, murah-murah”
Kagum sekejap kami. Fasih mereka
berbahasa Melayu. Itulah pengalaman mengunjungi kedai pertama sebaik tiba di
bumi yang menyimpan jasad Rasulullah saw. Bumi yang penuh berkah. Sejuk, aman. Mengingatkan
kami gambaran suasana Daulah Madinah Ar-Rasul yang selama ini hanya mampu
ditekuni melalui ayat-ayat dalam kitab-kitab sirah.
“Eish isma’ ”
Nama apa?
Nama apa?
Cubaan berbahasa ammi. Ceh.
“Abdul Bari”
Hamba al-Bari.
Tiba-tiba tersentak pulak dalam benak. Ada eh nama Allah al-Bari ?
Soalan kedua, apa maksud al-Bari ?
Soalan kedua, apa maksud al-Bari ?
Usai pulang ke bilik. Kami sempat
menyemak persoalan-persalan di atas dengan bantuan Sheikh Google. Ya Allah. Memang
ada nama Allah al-Bari. Terasa jahil dan tercucuk-cucuk. Allah nak ajar kami
kenal nama Dia sampai hantar ke bumi Madinah. Mahalnya pelajaran ini! Padahal 99
nama Allah, dalam lagu al-asma’ al-husna dihafal dan dinyanyikan setiap hari
sepanjang lima tahun di MRSM dahulu. Dan memang nama-nama ini disebut dalam Qur’an.
Mari kongsikan sedikit info;
وَإِذْ
قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ
بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُ هُوَ
التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan (ingatlah),
ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah
menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu),
maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal
itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah
akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang".
(Al-Baqarah : 54)
Perhatikan frasa;
فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ
Maksudnya,
“..bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu...”
Al-Bari maksudnya macam Khalik, pencipta. Tetapi ada
kelainan sikit. Nak tahu detail boleh sama-sama kita buat kajian nanti dan
rujuk pandangan ulama’ muktabar.
Hari pertama di Madinah.
Subhanallah!
“Anta taskun huna?”
Awak tinggal sini?
Awak tinggal sini?
“Naam, lakin laisa min huna..”
Ya, tapi bukan asal sini..
Ya, tapi bukan asal sini..
“Min ayyi alrd..” Err
Dari bumi mana?
Dari bumi mana?
“Afghan...”
Huuu. Mengalir air mata. Dalam hati jela. Siapa tidak tahu
kisah bergolak bumi Afghan. Sejak puluhan tahun yang lalu. Team Taliban. Team
Mujahideen. Team orang tua. Team orang muda. Team ISIS. Team US . Perang
saudara yang tidak berkesudahan. Bumi yang menyaksikan umat Islam
diperkotak-katikkan, berperang sesama sendiri, dikelirukan dari kebenaran dan
diseleweng jalan amal mereka. Sehingga kita pun keliru, entah siapa benar,
entah siapa yang salah.
Tetapi memang betul telaah kami, mereka ini bukan orang
Arab. Memang ada rupa Afghan. Lihat sahaja kepada kopiah, topi atau penutup
kepala ayah kepada Abdul Bari yang duduk di muka pintu kedai, teringat kami
kepada Sheikah Abdullah Azzam. Gambar sheikh
yang tersebar di internet memang memakai topi atau penutup kepala yang
sama. Tradisi orang Afganistan rasanya.
Sheikh Abdullah Azzam, seorang pejuang islam yang telah
mengajarkan umat islam hari ini bagaimana untuk berjihad. Dikatakan ketika ada seruan jihad di Afghanistan, Sheikh
yang merupakan seorang pensyarah di Universiti telah membahagikan masanya
kepada dua. Separuh di Universiti untuk mentarbiyah, separuh lagi di medan
tempur.
Setelah masa berlalu, beliau dapati masa yang diberikan
untuk berada di medan, sebagai murabithun tidak memadai. Lalu beliau telah
menjual kerjayanya. Begitulah jihad dan tadhiyah, apabila telah difahami dengan
sempurna. Semoga Allah mengganjari beliau dengan syurga al-firdaus, kerana
telah mengajarkan sesuatu yang tidak mampu diajar dengan hanya menelaah kitab
fiqh jihad!
Afghan adalah sebahagian bumi umat Islam. Ia termasuk
jajahan yang perlu dibebaskan oleh kita semua. Maratib amal, “tahrir al-wathon”
yang digagaskan oleh Imam al-Banna, yakni membebaskan bumi Islam yang terjajah
tidak akan sempurna sekiranya bumi Afghan tidak kembali aman.
Jadi sesi borak-borak pada pagi itu mengajak kami berfikir,
Bilakah Bumi Afghan Akan Kembali Aman?
Sehelai jubah diangkut beli, sebagai kenang-kenangan.
Umrah 2017