Tertarik dengan tagline MIHRM (sebuah badan professional berkenaan Sumber Manusia), iaitu Success Through People.
Ia benar. Mana-mana organisasi tidak akan sustainable dan berjaya tanpa sumber atau modal paling penting; manusia. Idea yang bagus akan lapuk atau hilang begitu sahaja tanpa manusia yang menggerakkan ia.
Lihatlah syarikat gergasi di Tanah Air seperti Bank Negara, Petronas, Tenaga Nasional, Khazanah dll, mereka sanggup melabur hampir jutaan ringgit untuk setiap pelajar bagi program biasiswa. Ini kerana pelajar terbaik ini akan diberikan ikatan perkhidmatan untuk berkhidmat dengan syarikat gergasi ini. Syarikat ini faham, human capital is the key.
Mana-mana organisasi yang tandus dari keahlian akan hilang dari lipatan sejarah. Kerana itu parti politik berlumba-lumba menambah keahlian dan ada sayap pemuda masing-masing bagi kelangsungan hayat parti.
Bagaimana pula dengan islam?
Kepentingan individu muslim untuk berkerja bagi islam telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw. Selepas al-Quran & as-Sunnah, perkara ketiga yang terpaling penting yang telah ditinggalkan oleh Baginda ialah satu generasi sahabat (human resources) yang memahami agama ini dengan mendalam & bekerja untuk kelangsungan islam. Dalam saf yang tersusun rapi, mereka telah hidup dan mati untuk islam sehingga islam sampai kepada kita hari ini dengan sempurna tanpa penyelewangan.
Umar al-Khattab begitu memahami pelajaran ini. Dalam sebuah angan-angan, beliau inginkan agar suatu ruang diisi oleh pemuda seperti Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muadz Bin Jabbal, supaya dapat disumbangkan ke jalan islam.
Bagaimana hari ini?
Jika syarikat gergasi, parti politik & pelbagai kumpulan manusia sedang sibuk merekrut pemuda, bakal pekerja kepada mereka, siapa pula yang sedang menyusun & membina pekerja islam?
Bukankah islam lebih berhajat kepada human resources ini? Bahkan berhajat kepada sumber manusia yang terbaik! Doa Baginda kepada salah seorang daripada dua Umar (Umar al-Khattab & Amru bin Hisham) diharapkan masuk & menguatkan islam telah dimakbulkan oleh Allah dengan memberi isyarat, success through people.
Atas kejelasan & kefahaman ini, kami mencari pemuda yang cintakan islam, yang ingin bangunkan potensi diri untuk islam, mari kita gabungkan diri dalam saf yang tersusun rapi & bersama-sama bekerja untuk agama ini!