Kadang-kadang
kita tak sedar, banyak hak hak yang belum kita tunaikan. Dalam berukhwuah,
bukan semuanya tentang gembira Dalam system tarbiyah permulaanya kita larut
berukhuwah. Sibuk menghayun tangan, berjalan seiringan, makan berdulangan
dengan teman seangkatan. Bersama bila gembira.
Kebersamaan
seakan lenyap di pertengahan jalan. Kerana di sini, banyak simpang yang kita
harus tempuh. Dan tiada satu simpang pun yang sepatutnya menjejaskan hala tuju
kita. Namun di saat ini akan ada yang tertipu lalu mengambil keputusan untuk
belok ke kiri dan ke kanan.
Bila tiba
masa ini, yang indah tadi bertukar pahit, masin, tawar dan pelbagai rasa yang
tidak menyenangkan lagi. Bila tiba waktu ini, kita mula rasa kering. Mula hilang
kamus yang benar-benar mampu mendefinasikan ukhuwah. Apatah lagi di tambah
fillah pada hujungnya. Apa itu?
Awalnya
memang menyeronokkan,
Pertengahannya menyakitkan kekadang.
Semakin kita kenal, semakin jauh pula
Dan orang kata di akhirnya ada bahagia. Mungkin.
Pertengahannya menyakitkan kekadang.
Semakin kita kenal, semakin jauh pula
Dan orang kata di akhirnya ada bahagia. Mungkin.
Dalam
berukhuwah, bukan semuanya tentang gembira. Ada masa yang menyakitkan. Masa
masa inilah kebenaran dasar ukhuwah teruji. Dalam naungan apakah.
Kebenaran
itu mesti ditegakkan walau pahit. Kadang kerana ukhuwah, kebenaran diketepikan.
Kita
tak sedar, ada satu garisan pemisah yang sangat halus yang mebezakan frasa
membiarkan dan memberi ruang. Bila ada masalah dalam kalangan mereka yang
berukuhwah, manisnya bertukar tawar.
Atas alasan
memeri ruang kepada mereka yang mempunyai permasalahan, kita sebenarnya
membiarkan mereka terkapai-kapai. Ukhuwah seperti ini sebenarnya mencemarkan
terminalogi ukuhwah itu sendiri.
Orang-orang
yang membiarkan mereka yang sedang berada dalam keretakan ini sebenarnya telah
mencuri hak-hak dalam ukhuwah. Sedar tak sedar, kita sudah lama menjadi
pencuri, dalam berukhuwah. Bila masa rakan kita ditimpa masalah kita biarkan
mereka. Kita berhujah dengan alasan memberi mereka ruang dan peluang. Tanpa
sadar sebenarnya di saat itulah peranan kita teramat dibutuhkan.
Saya sudah
jemu.
Dibiarkan.
Dan paling
jemu membiarkan.
Terbakar.
Terbakar.
Ukhuwah itu
sebenarnya satu syariat. Mereka yang berukhuwah atas dasar iman, berukhuwah
kerana memahami firman ukhuwah sang Pencipta sebenarnya sedang menyahut seruan
ibadah yang tak ramai mampu melihat maksud ayat ukhwah. Mu’min itu bersaudara. Ah.
Sering saja didengari.
Tapi masih,
ukuhwah pada mata kita yang gembira.
Ukhuwah,
Bukan semuanya
tentang gembira.
-------
Dari Abu Hurairah r.a berkata,
Rasulullah s.a.w bersabda, "Muslim yang satu adalah bersaudara dengan
muslim yang lain, oleh kerana itu, dia tidak boleh mengkhianati, mendustakan
dan membiarkannya.
Setiap muslim yang satu terhadap
muslim yang lain haram mengganggu kehormatannya, hartanya dan darahnya, takwa
itu ada di sini (Baginda menunjukkan dadanya) seseorang itu cukup jahat jika
dia menghina saudaranya sesama muslim"
Riwayat Tirmizi
--------
Hari ini
saya melihat dengan mata sendiri ramai yang kecewa. Ramai yang sudah belok ke
kiri dan kanan. Tidak kurang jugak yang serta merta turun dari bahtera ini dan
memilih untuk karam di tengah lautan kerana kecewa.
Kekecewaan ini
semuanya bermula dengan harapan. Mereka mengharapkan sesuatu daripada ukhuwah
yang pada permulaanya dibina atas dasar iman namun di saat memerlukan mereka
keliru. Apakah benar iman yang mendasari ukhuwah tadi. Terlalu ramai mangsa
harapan ini dibiarkan dalam kekecewaan.
Salah siapa?
Entah.
Saya sendiri
belum cukup ilmu untuk menyalahkan sesiapa. Kerana saya masih kurang jelas,
bagaimanakah rupa dan hakikat amal orang yang berukhuwah atas dasar iman yang
sebenar. Apabila dikatakan iman itu ada turun dan naik, apakah ukhwuah juga ada
waktu waktu retaknya?
Entah.
Yang pasti,
bukan semuanya tentang gembira.
Apabila dikatakan
berkuhwuah itu semanis nangka madu, saya ragui itu, apakah ia pengharapan
palsu?
Yang akhirnya adalah kekecewaan?