Sebenarnya ada sebab yang
sangat valid kenapa dalam risalah-risalah imam Hasaan al-Banna, beliau banyak
menekankan aspek masa. Seperti mana satu kata-kata yang kita hafal, al-waktu
juz’i min al-ilaj[1], masa
sebahagian daripada rawatan. Terburu-buru itu banyak padahnya. Sedangkan nature
atau tabiat agama dan juga manusia itu, perlukan masa untuk melakukan sesuatu
perubahan atau untuk take effect.
Sering kali kita kecewa
ketika mana kita melupakan aspek masa.
Perkara ini telah
diungkapkan pula oleh masyeikh yang lain, yang datang setelah imam Hasan
al-Banna umpamanya sheikh Muhammad Rasyid dan juga Dr Hamam Said.
“Banyak berlaku da’i akan rasa putus
harapan semasa mereka berdakwah. Mereka telah menggunakan pelbagai hujah dan
bukti, tetapi sambutan dari pihak mad’u amat dingin. Sebenarnya perasaan kecewa
ini lahir dari sebab dia telah menggugurkan satu elemen yang penting daripada
elemen-elemen fomula dakwah iaitu elemen masa”.-Dr Hamam Said
Jadi akhi, berilah masa
kepada dirimu sendiri untuk memahami kejadian-kejadian yang berlaku di
sekeliling kita ini.
Seorang akh dalam satu
sesi bengkel merumuskan seperti berikut,
“Kita mungkin rasa berat,
usaha kita tidak berbaloi. Mungkin juga sebab kita takde pengalaman lagi, pastu
cepat sangat buat keputusan. Kesimpulannya, kita kena stay lagi dua-tiga tahun
sekurang-kurangnya untuk fahami jalan dakwah ini..”
Ia satu kesedaran yang
baik.
Memberi masa kepada diri
sendiri untuk memahami jalan dakwah ini.
Dua tiga tahun sebenarnya
tidak cukup.
Tetapi boleh jadi
kefahaman ini sebenarnya sering diwarisi oleh para murabbi. Murabbi selalu
membandingkan pengorbanan, pertumbuhan, juhud dan keringat mutarabbi mereka
dengan para sahabat Rasulullah saw. Ia satu sumber motivasi yang baik. Tetapi
alangkah sedih dan merasa hinalah para binaan bila melihat betapa jauhnya
keadaan mereka dengan keadaan yang dimaksudkan oleh para murabbi. Lalu sikap
gopoh ini pun terwarisi, menetap dalam fikiran mereka.
Kita begitu sedih dengan
kisah tragis, ikhwah yang baru sahaja cuba menghafal jalan-jalan tarbiyah, cuba
mengenal selekoh-selekohnya dan di mana lubang-lubangnya ini sudah mengambil
keputusan untuk terus berhenti.
“Ana rasa ana slow, buat
asyik tak jadi..”
“Ana mungkin melambatkan
kisa semua. Daripada antum fikir pasal ana, baik ana je yang keluar..”
Begitu banyak lagi skrip
yang tidak sihat seperti ini sampai ke telinga kita.
Alangkah baiknya kita
merenung sejenak kata-kata sang daie berpengalaman ini;
Mana-mana perkataan yang diungkapkan
oleh para da’i, ia tidak akan pergi begitu sahaja. Ia sebenarnya masuk ke dalam
“bekas besar” mad’u, disimpan oleh akalnya, dan akan menjadi timbunan.
Kemungkinan lahir kesan satu perkataan yang diungkapkan selepas beberapa tahun
disebabkan satu sikap yang menggerakkan sehingga menyebabkan ia mengingati
semula perkara sebelumnya.
Kemudian apa yang dikatakan oleh da’i
pada hari ini kesannya diperolehi oleh seorang da’i yang lain selepas beberapa
tahun. Banyak kali berlaku ketika kita bercakap dengan seseorang, dia berkata:
“Perkara ini aku pernah dengar daripada seseorang”.[2]
Atau pun mari kita renungkan pula kata-kata
daie yang lain;
“Di antara ciri dakwah ini juga ialah:
Bertahap-tahap dalam mengatur langkah,menunggu masa, tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil..kerana tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan”[3]
Bertahap-tahap dalam mengatur langkah,menunggu masa, tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil..kerana tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan”[3]
Alangkah matangnya pemikiran ini.
Semoga kita pun matang akhi!
No comments:
Post a Comment