Jemaah solat
beransur-ansur meninggalkan dewan solat. Masing-masing menuju ke rumah, sesudah
isyak berjemaah. Suasana tipikal di mana-mana masyarakat muslim melayu yang
masih menghidupkan sebahagian sunnah yang sudah semakin dilupakan..
“Disebutkan dalam Quran,
bila penghuni syurga ni memasuki syurga, mereka memuji-muji Allah swt atas
kurniaan hidayah dari Allah sehingga la mereka dapat memasuki syurga..”
Kata-kata pembuka dituturkan, lembut dan perlahan.
Menusuk...lirih mata
singgah satu persatu kepada binaan yang hadir pada malam itu. Tidak keterlaluan
pandangannya dilontarkan. Bersahaja.
Begitulah sepatutnya kita
dalam hidup ini, setiap apa yang kita lakukan, semuanya tidak akan mampu dan
dapat kita lakukan melainkan dengan petunjuk dari Allah swt.
Suasana malam itu sugguh
tenang. Sekali sekala kedengaran bunyi kenderaan lalu-lalang di jalan raya yang
tidak jauh dari bangunan masjid. Kenderaan pun sudah tidak laju dipacu, mungkin
kerena sudah lewat waktu isyak, yang tinggal pada si pemandu hanya saki baki
kudrat setelah sehari suntuk memerah keringat mencari rezeki yang
halal..mungkin..
Lalu dia menyambung,
“Hal ini sebagaimana
disebut dalam surah al-Araf, ucap mereka, ‘Segala puji bagi Allah yang memberi
petunjuk kepada kami ke pada ini, dan tidaklah kami mendapat petunjuk jika
bukan kerana Allah yang memberi petunjuk. Wa ma kunna linahtadiya, lau la an
hadan Allah.. alangkah baiknya untuk mencontohi sikap ahli syurga ini, kita
melazimi doa ini...”
Bicara dteruskan,
“Begitu banyak nikmat
yang kita peroleh setelah petunjuk kepada hidayah, islam, iman dan tarbiyah
yang Allah berikan. Kita dapat menikmati kebahagian berukhuwah. Dapat menikmati
kelazatan menghadiri program-program tarbiyah. Kita disimbahi nikmat beribadah
bersama-sama, solat berjemaah, tilawatul Quran, qiyam di malam hari ini,
membaca zikir pagi dan petang dan seterusnya Allah mengurniakan di samping kita
orang-orang yang sentiasa menasihati dan meluruskan kita semua. subhanaAllah
ikhwah, ini semua adalah buah petunjuk dari Allah swt.”
Wama kunna linahtadiya
lau la an hadan Allah....
“Dan tidaklah kita ini
termasuk yang mendapat petunjuk, jika bukan kerana petunjuk dari Allah swt...”
Mata memandang ke lantai, seolah-olah merenung sejenak simbahan nikmat yang
sering dipinta untuk ditambah, tetapi jarang-jarang sekali diyukuri...
Seakan kedengaran lirik
nasyid yang didendangkan kumpulan Nadamurni yang menjadi halwa telinga
penggerak amal islami tahun 80 an dahulu...zaman-zaman kegemilangan
pemuda-pemudi islam, yang benar-benar rasa izzah dengan islam di kampus, di
tempat kerja, dalam kalangan masyarakat sehinggakan tidak rasa ganjil untuk
berpakaian menutup aurat sempurnah, menghidupkan sunnah, melazimi tilawah di
mana-mana..zaman itu..
Apa yang ada...jarang
disyukuri..
Apa yang tiada...sering
dirisaukan...
Sehingga ke part;
‘dunia bagaikan..air
lautan...
diminum hanya menambah haus..’
Lirik yang menyentuh.
“Siapa sangka...”
Tazkirah iftitah pada malam itu diteruskan, sehingga suasana ruhiyyah
benar-benar terbina. Ikhwah yang hadir pun sudah semakin dalam fokus...
“Siapa sangka, dahulu
kita yang mungkin bersama halaqah atas sebab main-main, nak isi waktu kosong
atau sebab nak makan, atau sebab terpengaruh dengan rakan sebilik atau mungkin
sebab takut senior, tapi sampai sekarang walaupun mungkin sebab-sebab tadi dah
tidak ada, Allah masih pilih kita dan kita pun bersyukur dan gembira atas
pilihan ini. Siapa sangka kan, kita akan sampai serius dengan tarbiyah seperti
mana kita hari ini...” Subhanallah
Wama kunna linahtadiya
lau la an hadanAllah...
Masih lahgi membina
suasana.
Bagaimana mungkin halaqah
itu tidak dirindui...
“Ana sendiri
terbayangkan...” Si murabbi yang mengendalikan pertemuan malam itu terus
membangkitkan suasana keinsafan...”Kalau lah bukan kerana tarbiyah, kalau tidak
ada pertemuan-pertemuan bersama antum macam ini, mungkin sekarang dah duk
melepak atas katil, tengok movie tah apa-apa, mungkin sekarang sedang lepak di
mamak tengok gusti dengan kawan-kawan...Allah...”
Senyuman dilontarkan
kepada ikhwah yang hadir, tanda penghargaan dan kesyukuran. Senyuman yang
menghidupkan dan menenangakn. Yang penuh isyarat yang seakan-akan difahami
walaupun tidak ada kata-kata. Bahasa senyuman penuh makna, mengalu-alukan
kehadiran semua pada malam itu. Sehingga semua merasa senang dan tidak sabar
untuk melanjutkan agenda pada malam itu..
“Alhamdulillah khi..”
Seorang akh mencelah. Positif.
“Alhamdulillah... kita
berdoa semoga Allah terus memilih kita merasai kemanisan iman ini. Entah sampai
bila kita akan terus diberi perasaan ini, tetapi kalau kita sama-sama jaga dan
usahakan, sama-sama doakan, insyaAllah boleh...”
Bersambung ...?
No comments:
Post a Comment