Kalam
qudama sekali-sekala kita dapatkan dalam menapaki jalan tarbiyah ini. Bukan kerana
kita kekurangan pengisian ataupun tidak membaca mesej-mesej dan peringatan
tentang dakwah dan tarbiyah dalam buku yang berlambakan, tetapi ‘nature’
manusia sentiasa ingin contoh yang real, yang hidup, yang boleh dirujuk dan
pengalaman bergelumang dengan dakwahnya boleh member motivasi.
Inilah
kenang-kenangan yang ikhwah dapati dalam pertemuan-pertemuan mereka itu. Mengadap
qudama yakni tokoh-tokoh yang lebih dahulu menapaki jalan ini.
Di
satu kesempatan, dititipkan di sini sedikit nasihat daripada seorang ustaz.
"Dalam
dakwah ni ada penyakit ana-niah... "
"Macam
mana tu ustaz? " Semua mata menatap sang ustaz. Pertama kali mendengar
term yang begitu menarik ini.
"
Penyakit bila ikhwah mula menghitung apa yang dibuat. Ana buat itu. Ana buat
ini. Ana bawa halaqah. Ana yang kena isi daurah, ana kena jaga ri, ana kena itu
ini.. Dan banyak lagi ana ana lain.
Kayak ana-niah gitu kan.. "
"
Astaghfirullah "
"
Sepatutnya ikhwah mencontohi Nabi Ismail. Bila menyetujui utk disembelih dengan
tenang beliau menjawab, satajiduni insya Allah minal sobirin. Dia akur dia
hanyalah salah seorang dari banyak hamba yang bersabar. Meskipun dia berbuat
banyak, berkorban banyak. .. "
Huhu.
Jzkk akhi Ustaz.
Ana-niah
dalam dakwah.
Kalam
si Ustaz ini benar sekali. Bila ada dalam kalangan binaan ataupun aktivis
dakwah mula menghitung amal-amalnya, maka banyaklah prasangka-prasangka yang
akan timbul. Alangkah indahnya di kesempatan ini kita renungkan sejenak nasihat
yang hampir sama daripada Sayyid Quttb.
Nasihat
ini beliau ungkapkan ketika menafsirkan ayat;
“Dalam
janganlah engkau memberi dan merasakan pemberia itu banyak”
(Mudathiir
: 6)
Kita
bawakan sahaja di sini, untuk tatapan bersama.
Pendakwah Harus lupakan kepentingan diri dan membangkit-bangkitkan jasa
dan bakti.
“..Kerana
masih banyak lagi yang harus diberi dan dikorbankan oleh beliau, dan masih
banyak lagi kesukaran, pengorbanan dan kepenatan yang akan dihadapi oleh
beliau. Allah tidak mahu beliau memandang apa yang dikorbankannya sebagai
sesuatu yang besar, banyak dan membangkit-bangkitkannya..”
Masha
Allah. Nasihat yang tepat dikala kita mula menghitung dan merasa sudah banyak
memberi. Semoga nasihat-nasihat yang berlimpah dari muara wahyu ini terus subur
dalam jiwa kita.
No comments:
Post a Comment