Kami berasa
terpanggil untuk berkongsi dengan kalian sedutan tulisan Imam Al Banna dalam
memoir yang beliau tulis sendiri ini. Sedikit sedutan, mudah mudahan sentuhan
yang beliau tinggalkan dalam helaian helaian memoir ini mampu menghidupkan jiwa
kita. Mudah mudahan.
Beliau
memulakan,
“Di sebelah
kota Ismailia terdapat daerah yang bernama Abu Shuwair. Jaraknya dari Ismailia
kira kira 15 km. Di situ banyak pekerja yang tinggal. Mereka bekerja di
perkemahan Abu Shuwair dan di Madrasah Thiran. Di sana juga banyak terdapat
para pedagang dan petani.
Saya
mengunjungi Abu Shuwair lalu saya dirikan cabang yang masih menginduk ke
Ismailia. Di sana saya memperhatikan raut muka orang-orang, baik yang berada di
kedai kedai, di jalanan, dan di toko toko, sampai akhirnya saya mendapatkan
toko Syaikh Muhammad Al Ajrudi rahimahullah. Beliau adalah seorang yang
terhormat, berwibawa, pemurah, shalih serta indah bicaranya.
Saya lihat
beliau sedang berjualan dan berbincang-bincang dengan seorang pembeli. Saya
rasa situasi dan kondisinya sedang baik, maka saya ucapkan salam kepadanya dan
kepada orang-orang yang ada di sampingnya. Lantas saya pun duduk bersama
mereka. saya katakan tentang maksud tujuanku datang ke Abu Shuwair ini, dan
saya menaruh harapan besar kepada beliau untuk mengemban tugas tugas dakwah
ini. Pembicaraanku ini membuat orang orang di situ memperhatikan dengan penuh
antusias.
Saya
sampaikan beberapa poin pokok iaitu
tentang ketinggian tujuan tujuan Islam dan hukum hukumnya, tentang kerosakan
yang terjadi di tengah tengah masyarakat yang itu semua kerana kita
meninggalkan dan meremeh remehkan hukum hukum Islam. Juga saya sampaikan
tentang kewajipan dakwah dan memperbaiki dan meluruskan kondisi yang ada. Kalau
tidak maka kita ini adalah orang-orang yang berdosa.”
Rasanya
terlalu panjang untuk kita garapkan kesemua nukilan dalam memoir imam kita ini.
Lantas, kami memilih untuk berhenti di sini. Juga sebagai motivasi untuk kalian
sidang pembaca untuk mendapatkan memoirnya di pasaran, supaya dapat dijadikan
bacaan di kala petang yang redup, bersama secangkir teh dan beberapa keeping
biskut Hup Seng, produk Malaysia.
Lalu al akh
berkata kepada akh yang lain;
“Jom tulis buku juga?”
“Buku macam mana?”
“Macam diari al Banna ini. Ana ada la juga diarikan tarikh tarikh
penting, perjumpaan perjumpaan penting dan peristiwa peristiwa penting”
“Menarik juga tu”
“Tapi ana tak pandai nak susun ayat, anta la tuliskan, buku kan”
Begitulah
semangat kepermudaan. Mudah terinspirasi. Idea gila gila datang menjenguk di
tetingkap fikiran, lalu mahu segera diterjah dalam bentuk amal. Memahatkan
memori penting dalam buku, untuk tatapan kita hari ini di masa depan dan untuk
tatapan dan manfaat generasi mendatang, usaha yang harus dipuji.
“Tetapi akhi, kalau tengok diari al Banna ke pelbagai daerah dakwah dia
bertapak, banyak cawangan dakwah tertegak..Kita nak cerita part mana? Daerah
mana? Apa medan kita?”
“Kita…”
“Universiti kita ke Khi? Dakwah yang hidup segan mati tak mahu itu?”
Lalu kelu
lah al akh yang satu .
Lamunannya disambar realiti yang menghambat
“Ana pun rasa macam tu. Kalau tulis pun entah berapa helai A4 sahaja”
“Huhu. Medan amal kita ni kena fokus akhi. Bagaimana pembinaan rijal
pelapis, bukan sejauh mana popularity naik”
Makan dalam,
ia menjenguk minda sedalam-dalamnya.
Maka, mari merenung
kalam imam kita dan kalam ikwah kita ini, lalu kita menginsafi diri sendiri.
Bagaimaan medan amalmu ya akhi? Binaannya? Pewaris nya? Fikrahnya mantap? Bahan
apa sudah lalui? Halaqahnya macam mana?
Inilah
soalan-soalan yang perlu ditanya oleh al akh kepada akhnya yang lain, soalan yang
membuatkan akh itu tidak lari dari fokus, soalan yang menghidupkan dia ke alam
realiti, soalan yang menyebabkan al akh merasakan masanya tidak ada untuk yang
lainnya selain, islam, dakwah dan tarbiyah!
Apalah
sangat sejumlah buku yang boleh kita hasilkan kerana kelak buku buku itu
dilupakan, hilang ditelan zaman. Sebanyak mana mana pun material dakwah yang
kita usahakan, ia tinggal berlambakkan tanpa individu yang menggerakkan. Sebab
itu, Imam kita Al Banna pun pernah ditanya,
“Engkau
tidak mencetak buku?”
Lalu dengan
penuh berprinsip menjawab,
“Aku
mencetak manusia”
Ya.
Cetaklah manusia akhi. Tanpa kita menafikan kepentingan asset pengalaman yang
lama, bersambung di lorong-lorong yang jauh yang wajar dibukukan, tetapi kita
tidak patut meletakkan kerja mendidik lebih ramai generasi baharu untuk
memahami dakwah ini dalam bentuknya yang asal, yang meletakkan tarbiyah sebagai
kerja utama, nadi sebuah kehidupan.
Medan amal
kita memang banyak bermasalah.
“Di tempat
anta dah berpa lama?”
“Lama khie,
puluhan tahun kian berlalu..”
“Dah
control apa?’
“Belum
akhi. Lama, tetapi penguasaan hampeh. Aktiviti banyak la, on paper”
Inilah
cerita ringaks medan medan kita. Kita juga banyak cawangan. Di Bandar itu, di
pekan lagi. Masuk ke jajahan yang lebih kecil, di ipt, untuk segenap lapisan
masyarakat. Sehingga menyentuh yang belum Islam pun kita sapu, meluas, tetapi
tidak berfokus. Lalu jadilah dakwah itu sentuh dan berlepas tangan. Penyebaran
yang tidak seimbang. Penggeraknya tidak ramai. Yang ada pun belum tentu menguasai
bahan. Tabiah longlai.
Medan oh
medan.
Mari kita
renungkan bersama, dengan renungan yang tajam, bersih dan jujur. Janganlah kita
merasa megah kerana nama kumpulan, ibarat kambing kambing yang bersatu kerana
padang rumput mahupun pagar.
Al Banna
dan cerita medan amal telah menyentuh kita, membangkitkan kita dari lamunan
semalam, yang jauh merantau sehingga tidak mahu pulang kea lam realiti. Namun
hakikatnya, kita masih di sini. Ya, di sini. Memerhati medan yang lesu ini.
Mudah-mudahan daripada sentuhan imam kita itu ada sentuhan baharu, sentuhan
yang menghidupkan.
Pokoknya,
Medan amal kita di mana ?
No comments:
Post a Comment