“So
long as men can breathe, or eyes can see,
So
long lives this, and this gives life to thee.”
-Shakespeare,
Sonnet 18
Begitulah Shakespeare menamatkan karya monumentalnya. Selagi
mana manusia masih hidup dan membaca karya karya beliau, selagi itulah puisi
mahupun sonnet yang kononnya memuja kecantikan subjek yang dibicarakan dalam
sonnet ini akan hidup. Dan benarlah dia, kerana sehingga kini kita masih
membaca sonnet beliau, ia terus hidup meskipun sudah ratusan tahun usianya dan
sudah melangkaui beberapa generasi manusia.
Begitu juga perkara perkara lain yang bersifat abstrak dan
independent, tetapi terus hidup selagi ada manusia yang menghidupkannya.
Tidak hairanlah juga lagu lagu nyanyian artis tempatan kita
yang sudah mencecah usia lebih separuh abad tetapi terus utuh terpelihara dan
terngiang-ngiang di telinga kita. Masih segar dan menjadi siulan dalam kalangan
masyarakat hari ini. Umpamanya lagu lagu Allayarham Sudirman seperti Balik
Kampung, Basikal Tua dan sebagainya.
Bukankah lagu itu sendiri hanyalah barisan kata-kata yang
mati dan tidak boleh berdiri sendiri? Lalu mengapa ia masih terus ‘bernafas’ ?
Kerana adanya manusia yang kembali memainkannya di siaran siaran radio dan
mengabadikannya dalam senarai lagu mp3 mereka. Manusialah yang memberi nafas
itu.
Theory Shakespeare telah dibuktikan juga oleh lagu lagu
klasik ini.
Agaknya Shakespeare lebih memahami sesetengah perkara
daripada kita. Umpamanya dalam hal ini. Terima kasih kepada beliau kerana
memberikan kita pandangan baharu dalam memahami al Quran dan janji janji Allah
swt.
Mengujakan bukan?
Saudaraku,
Allah swt berfirman dalam beberapa tempat bahawa
kata-kataNya ataupun agamaNya akan terus terpelihara meskipun orang-orang kafir
membencinya. Mari kita telusuri ayat berikut;
“Mereka ingin
memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah -menyempurnakan
cahaya-Nya walau orang-orang kafir membencinya”
(As Saff :8)
Meski orang kafir berusaha dengan gigih memikirkan cara
untuk memadamkan agama Allah dengan mulut-mulut mereka sama ada melalui media
massa, media hiburan, portal berita, dan melalui sarana sarana yang lain, Allah
tetap akan menyempurnakan nur-Nya, agamanya, meski mereka membenci. Agama ini
akan terus hidup dan subur.
“Sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan Quran sebagai peringatan dan sesungguhnya Kami benar benar
memeliharanya”
(Al Hijr :9)
Begitu juga dalam ayat yang di atas. Secara gistnya dapat
kita rumuskan bahawa Allah swt akan memelihara al Quran yang antara lain
fungsinya sebagai peringatan ini. Al Quran yang menjadi sumber utama Islam. Allah
akan terus memelihara, peringatan, Quran, Islam dan dakwah.
Yang menariknya,
Kesemua janji untuk memelihara ini sentiasa logic kerana
jika Allah swt berkehendakkan sesuatu, dengan hanya berkata “Jadi, maka jadilah..”
Tetapi saudaraku, kejadian kejadian alam ini sentiasa tidak
bercanggah dengan logic akal. Agama ini bukan agama ajaib. Meskipun ada kuasa
Rabbani yang memeliharanya, pemelihraan ini sebenarnya telah diamanahkena
kepada manusia.
Dakwah, peringatan, Islam, hukum hakam, ideology dan seumpamnya
adalah benda yang tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Ia bersifat abstrak, theoretical
dan man-dependant. Ia mesti disandarkan kepada manusia.
Contohnya, buku buku akta undang-undang sama ada ada
undang-undang mahupun perlembagaan hanyalah tulisan tulisan kosong. Akhirnya
keadilan itu terletak di tangan para hakim yang menjalankan proses kehakiman. Meskipun
undang-undang itu cukup adil, namun ia tidak dapat bersuara dan berkata, “Ikutlah
aku, aku ini adil!”
Tetapi ia terletak pada kuasa yang diamanahakn kepada si
hakim.
Undang-undang yang adil pun boleh jadi tidak adil, menzalimi
dan memudaratkan orang yang dituduh jika system penghakiman itu dijalankan oleh
tangan tangan yang cintakan kefasadan.
Jadi bagaimana agama, peringatan, dakwah dan ideology ini
boleh hidup dalam bentuknya yang asal, terus berlegar dalam kalangan
masyarakat, menjadi perbualan harian dan berada di carta teratas di corong
corong radio?
Maka,
Allah swt akan memastikan sentiasa ada hamba-hambaNya yang
terus menerus menjadi pejuang, pendokong agama-Nya.
Jika kita tidak mahu, kita akan digantikan dengan kaum yang
lain, yang barangkali kualiti iman dan mujahadah mereka jauh lebih hebat
daripada kita ini. Haish.
Dakwah ini sentiasa berhajatkan da’ie untuk menghidupkannya.
Meskipun hasil, natijah, kejayaan dan sustainability dakwah bukan dalam bidang
kuasa manusia, tetapi tangan-tangan manusia bahkan seluruh roh dan jasad
manusia diperlukan untuk meletakkan asbab-asbab nya pada tempat yang betul,
sesuai dengan peraturan peraturan alam al wujud yang telah Allah swt tetapkan.
Jika para dai’e diam membisukan diri, mana mungkin
peringatan daripada al Quran akan kekal ada dan terpelihara.
Tetapi janji Allah itu pasti.
“Kami akan memelihara...”
Sudah pasti tidak akan putuslah kelahiran baharu manusia
yang sanggup menggalas tanggungjawab ini. Begitulah keyakinan yang diluahkan oleh Shakespeare juga
suatu ketika dahulu, bahawa selagi mana ada manusia yang membaca puisinya,
selagi itu puisi itu hidup.
Sungguh beliau memahami perkara ini daripada kita.
Lalu apakah kesimpulan yang kita dapat ?
Orang yang istiqomah memilih untuk meneruskan tugas kenabian
ini bukan calang-calang orang. Mereka menjadi asbab untuk membenarkan kata-kata
Allah dalam al Quran. Insya Allah nama-nama mereka ini akan tercatat abadi
sebagai hamba-hamba yang terpilih.
Memilih untuk menghidupkan al Quran, peringatan, dakwah,
khilafah, syariat Allah dan seumpamanya bererti juga memilih untuk berada dalam
pemeliharaan Allah swt. Selagi kita bersama dakwah, selagi itu kita bersama
keselamatan, dalam jaminan Allah swt.
Berbanggalah kalian yang sudah meletakkan diri kalian dalam
senarai hamba hamba yang terpilih ini. Teruskan, teguh dan tegar dengan pilihan
ini. Janganlah jadikan perselisihan yang kecil antara kita menyebabkan kita
kecewa dan meninggalkan terus kerja kerja membina manusia. Manusia, man power
adalah sumber resources terpenting untuk dakwah ini.
Janganlah kita mengundurkan diri. Hadirnya kita meskipun
lambat dan bertatih, tetapi sekurang-kurangnya cukup menambah kekuatan angkatan
Islam dan menggerunkan pihak musuh.
Setiap kali ada individu baharu yang memilih untuk bersama
kita, maka terputuslah satu rantai jahiliyah, hal ini sangat merunsingkan musuh
Islam, menjadi topic perbualan mereka. Jangan pula mereka ketawa berdekah dekah
melihat kita undur dan merosakkan bangunan yang sedang dibina dan bakal
tersergam indah ini.
Akhi, marilah kembali.
Kami menantimu!
No comments:
Post a Comment