Tadabbur dan tafsir adalah dua bidang penghayatan Quran yang
berbeza. Taddabur adalah berkongsi apa yang hati rasakan tatkala merenung sesuatu
ayat Allah . Perasaan yang hadir dari hati tidak boleh dinafikan. Maka taddabur
marhaen ini sekadar berkongsi apa yang hati rasakan, mudah mudahan membuka
lembaran baru buat mereka yang baru berjinak dengan al Quran. Adapun begitu,
taddabur mesti diiringi disiplin disiplin tertentu agar tidak menghampiri pagar
pagar agama.
Inilah taddabur kita kali ini,
Buat mereka yang ternanti nanti.
“Dan mereka berkata, “Hati kami telah tertutup dari apa yang
engkau serukan kami kepadaNya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara
kami dan engkau ada dinding, oleh itu beramallah, dan kami juga akan beramal
(seperti yang kami kehendaki)”
(Fussilat:5)
Kata kata orang kafir dalam potongan ayat di atas sangat
ironi dan boleh kita soroti dari beberapa sudut. Mereka berkata, “Hati kami
sudah tertutup” tatkala Rasul mengajak mereka kepada Allah dengan membacakan
ayat ayat Quran.
Yang peliknya, macam mana diorang tahu bahawa ayat ayat
Quran ini ditujukan kepada hati? Keduanya, sebenarnya, sudah cukup memadai jika
mereka ingin berhelah pun dengan mengatakan, “Telinga kami sudah tersumbat”. Jika
telinga sudah tersumbat, confirm la ayat ayat ini tidak mampu menyentuh hati
hati mereka.
Tindakan defensive ini seolah-olahnya telah mengkantoikan
diri mereka sendiri. Response membela diri ini seakan-akan response spontan,
yang diaktifkan oleh sympathetic nervous system mereka yang memberi dua
pilihan, fight or flight. Ia response spontan yang normal dirasai oleh
seseorang tatkala seseorang itu merasakan mereka dilanda bahaya. Dan orang-orang
kafir ini memilih untuk fight, melawan dengan memberi kata kata bathil untuk
menafikan perasaan mereka.
Mengatakan “Hati kami tertutup” dan “Telinga kami tersumbat”
merupakan usaha gigih mereka ini untuk membela diri sendiri. Mereka sedang
memotivasikan diri mereka yang sebenarnya berasa down. Dengan kata kata ini
juga mungkin mereka berharap ia dapat melemahkan semangat si penyeru. Tindakan mensaiko
diri sendiri dengan menjerit dan membisikkan kata-kata semangat ini biasa
dilakukan tatkala kita berasa terancam. Sebagaimana atlet yang berentap di
padang padang sukan yang ketinggalan dari segi mata, mereka akan menjerit dan
membuat aksi aksi melepaskan perasaan untuk menenangkan diri.
Hakikatnya, orang orang kafir ini sedang menafikan kebenaran
yang telah pun mula mengusik ngusik jiwa mereka. Mereka sedang living in
denial, cuba dengan sedaya mungkin menafikan kehebatan ayat ayat Quran. Ayat Quran
yang dibacakan oleh Rasul sebenarnya telah sampai kepada mereka, masuk ke
gegendang telinga mereka, bergema gema di bahagian choclea, berlegar legar di
ruang fikiran mereka sehingga turun dan menyentuh hati mereka yang paling
dalam.
Keadaan ini sangat merisaukan mereka, tidak sangka-sangka
ayat ayat ini mampu memasuki hati mereka, menyentuh dan menyentap mereka. Mereka
sudah pun tersentuh dengan ayat Quran dan sudah pun berasa terancam dengan
amaran amaran yang dibawakan!
Hebat sungguh ayat Allah ini saudaraku,
Sehingga orang yang menolaknya pun sebenarnya sudah
tersentuh. Bagaimana pula dengan kita? Dari kecil lagi kita sudah melazimi
membaca Quran, berapa kali agaknya kita tersentuh dek memahami ayat ayat Allah
ini? Tidak pernah? Arghhhh tidak dapat diotakkan!
Selain itu, selain daripada interaksi kita dengan ayat ayat
Quran, sebenarnya telah banyak seruan seruan menuju kebaikan telah sampai ke
telinga kita. Telah banyak kali seruan hidayah datang dan menepuk nepuk iman
kita. kita sebenanrnya sudah mula tertarik dengan Islam. Kita sudah mula
rasakan yang cara hidup liar kita itu, jauh dari agama itu tidak betul, dah
kita rasakan something is wrong somewhere, tetapi on second thought kita
biarkan syaitan membisikkan kata kata motivasinya itu. Lalu kita memilih untuk
living in denial!
Sebenarnya kita sudah mula rasa ketinggalan bukan, tatkala
melihat rakan rakan kita seorang demi seorang sudah berubah. Kita mula berasa
janggal dan rasa tak kena dengan cara penampilan kita, dengan seluar ketat yang
menampakkan bentuk badan, dengan tudung singkat kita itu, dengan rokok murahan
yang masih di mulut kita itu, sebenarnya gaya hidup yang masih kita amalkan itu
sudah jauh ketinggalan zaman. Kita sudah berasa cuak, kerana orang lain sudah
berpusu pusu menuju Islam, sudah mula menghadiri kelas kelas agama dan melazimi
membaca Quran seumpamanya.
Tetapi entah kenapa, kita masih tidak mahu membenarkan
hakikat yang sedang bertapa jauh di sudut hati kita itu. Kita masih living in
denial!
Pada waktu yang sama, kita makin konfius dan rasa tergugat. Artis
artis kegemaran kita pun banyaknya sudah membuat u-turn, perubahan yang maha
dahsyat. Masing-masing sudah berhijrah dan tampak lebih bahagia dengan
kehidupan mereka. Sehingga kita sebenarnya dapat rasakan suatu hari nanti kita
akan terperosok ke lembah kehinaan, tanpa teman, bersendirian dan berseorangan.
Tetapi entah kenapa, kita menjerit dan berteriak, ini semua poyo, skema, cliché
dan tidak trending!
Giving up la saudaraku pada suara suara hati kita itu.
Berilah diri kita peluang untuk berubah.
Sebenarnya kita sendiri pun sudah penat dengan kehidupan yang
berlumpurkan jahiliyah ini kan. Dengan pergaulan bebas. Dengan aktiviti
membuang masa. Percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas agama. Kita sudah
penat berlakon kononnya kita sedang menikmati hidup ini. Padahal makin hari
kita makin rasa sunyi dan kosong. Hati kita makin sakit. Kita sudah pun kecewa
dengan hidup ini, sehingga kita tidak mahu berfikir panjang dan mahu ikut flow
sahaja. Sudah sudahlah living in denial!
Kita sebenarnya nak je kan duduk dalam halaqah halaqah
tarbawi yang kawan kita jemput tu. Kita nak juga baca, dengar dan memahami kata
kata Allah kan ? Kita sebenarnya kadang-kadang sangat berminat apabila dengar
kisah kisah Anbiya dan para sahabat tatkala kita terdengar di corong radio dan
yang dituturkan oleh lisan sahabat kita itu. Tetapi kita masih ragu ragu untuk
bertindak. Kita biarkan ego kita menguasai diri kita.
Kita rasa baca Quran itu orang orang nerd sahaja yang buat.
Kita yakinkan diri kita bahawa gaya hidup kita itu lebih
cool dan matang.
Kita cuba saiko diri kita bahawa masih terlalu awal untuk
berubah.
Well, kita kata apa yang orang jahil kata, “Life begins at
forty”
Sudahlah!
Tak penat kah ?
Marilah saudaraku bersama kami. Kita duduk sejenak dan mengkaji
apakah tujuan penciptaan kita. biarkan sahaja seruan dan ayat ayat Allah itu
masuk dan menyapa hati hati kita. Siramilah hati kita itu dengan iman. Marilah kita
berubah. berilah peluang untuk diri kita. Benarkan sahajalah suara suara hati
kita itu.
Bukankah Quran ini diturunkan untuk kita ambil pelajaran?
Tak kan lah kita mahu hidup dan mengikut sunnah orang-orang
kafir itu? Yang living in denial, memenangkan ego dan terus berkata, “Hati kami
terkunci, telinga kami tersumbat” ?
Agak la.
Jom berubah!
No comments:
Post a Comment