Dua tiga hari kebelakangan ini banyak sungguh perkara yang
berlaku dalam kehidupan kami ini. Seakan ingin ditulis setiap detik detik
berharga, senang dan susah. Namun apakan daya, dihurung juga masalah masalah
teknikal yang menyebabkan keinginan keinginan tadi terpaksa dikuburkan begitu
sahaja. Pasti ada hikmahnya yang tersendiri.
Dan akh itu, terus terusan tersentuh.
Kali ini ingin kami bawakan lagi. Setelah sekian lama kita
biarkan episode sentuhan al akh sunyi, diam seribu Bahasa. Gelagat akh dan
mutarabinya. Bagaimana interaksi dengan mutarabbi menjadi momen momen yang
mengesankan jiwa.
Kami mulakan dengan menakal kembali, sepucuk surat untuk si
abang murabbi.
Daripada al akh yang baru menapaki jalan ini.
Marcapada yang melankolis
Dilanda sihir yang menggila
Meragut kesedaran
Memperhambakan hamba
Dilanda sihir yang menggila
Meragut kesedaran
Memperhambakan hamba
Begitu besar gerakannya
Begitu halus bicaranya
Terkadang diri ini rebah
Terpedaya dengan sihir
Yang menerpa dari segenap arah
Begitu halus bicaranya
Terkadang diri ini rebah
Terpedaya dengan sihir
Yang menerpa dari segenap arah
Alangkah celaka dan rugi
Diri yang terpedaya
Diri yang terpedaya
Mujurlah ada angin
Yang sentiasa menerpa
Membisikkan kata segar
Padat menusuk jiwa
Memberi peringatan tatkala manusia alpa
Akan hakikat kehidupan dan amanah
Yang ditolak oleh Sang Langit
Sang bumi dan sang gunung;
Dan bukannya Sang Manusia!
Sang bumi dan sang gunung;
Dan bukannya Sang Manusia!
-Akh Mutarabbi
Al akh mutarabbi kita yang satu ini sering muncul dengan
serprais serprais beliau tersendiri. Ia mengetuk dan menyentuh bahagian
bahagian lembut pada akh itu, sehinggakan yang takabur kembali menginsafi
kelemahan diri, yang lupa kembali sadar akan realitiy yang jauh telah dia
tinggalkan, dan kadang kadang menghadirkan persoalan persoalan yang membuatkan
kami duduk jauh di satu sudut daripada banyak sudut di rumah simen itu,
termenung jauh dan panjang.
Beruntungnya kami ya Allah kau hadirkan insan insan
sebegini.
Hanya di jalan dakwah, kami dapati nikmat nikmat ini.
Selain itu, bukan sekadar sepucuk surat berisikan puisi
penuh dalam maknanya yang dia titipkan untuk akhnya itu, juga pesanan pesanan
ringkas yang disulami ayat ayat Quran, yang mendalam dan perlu ditaddaburi
maknannya.
Pada satu malam kami dapatkan sedikit perkongsian dari akh
yang sama;
“Just wanna say 10:26”
“Good night”
“Jazakallahu khairan kathira”
Ayat apakah itu? Mari kami kongsikan untuk tatapan kalian;
“Bagi orang orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik
dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak kehinaan. Mereka
itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya”
(Yunus:26)
Subhanallah. Ayat Allah ini sudah cukup menyihir untuk
membuatkan kita rasa takjub dan ternanti nanti akan ganjaran yang dijanjikan. Lagian,
apabila dibawakan ayat ini kepada kita oleh akh itu, kesannya bertambah tambah.
Begitulah perkongsian alam maya seorang akh dengan akhnya
yang lain. Penuh suasana pesan-pesanan, membangkjitkan himmah dan membuatkan
kita makin menikmati hakikat hidup berTuan dan berTuhan ini.
Kami ingin kongsikan
lagi, bagaimana interaksi interaksi yang lain menyentuh qalb akh itu. Namun, on
second thought ada eloknya kita hentikan sahaja sampai di sini. Memberi ruang
kepada aku dan kalian untuk dapatkan akh itu bersama sentuhannya.
Akh mutarabi sebegini harus dicari oleh kita.Ia berada
antara sekelian banyak pasir pasir di tepi jalan. Ia harus terlebih dahulu
disantuni dan diberikan hak haknya. Terlebih dahulu akhi, hendaklah aku dan
engkau, kita merelakan untuk diri untuk ditarbiyah sama.
Pokoknya, bergegaslah mengajak lebih ramai dalam kenalan dan
teman untuk di sibghahkan dengan celupan tarbiyah islam. Supaya pegangan,
fikrah dan tingkah lakunya adalah refleksi agama yang syumul ini.
Inilah akhi, antara lain nikmat menjadi murabbi. Nikmat mengajarkan
orang lain betapa nikmatnya cara hidup kita ini. Demikianlah kami bawakan,
secara ringkas sentuhan sentuhan al akh, yang mana akh yang satu ini mempunyai
cara tersendiri untuk menunjukkan sentuhannya.
Moga kau terus mekar tumbuh di lapangan dakwah ini wahai
akhi yang penuh dengan sentuhan yang membashkan. Kami menanti dan menunggu
dengan penuh sabar dan berharap, saat dan detik tatkala kau terjun ke medan
amal dan menyentuh hati hati yang lain pula, sebagaimana kau telah sentuh dan
santuni hati hati kami di sini.
Sentuhan al akh!
Lencun!
No comments:
Post a Comment