Tadabur sepetang, bersama akhi Fillah.
Sebelum itu, kami ingin mengungkapkan kembali satu kata kata
keramat yang diucapkan oleh Amirul Mukminin, Umar al Khattab r.a suatu ketika
dahulu seputar menikmati kata-kata yang baik dari akh Fillah kita. Ujar beliau;
“Seandainya aku tidak berjuang di jalan Allah, atau
meletakkan keningku di tanah kerana sujud kepada Allah, atau duduk semajlis
dengan suatu kaum yang suka memungut perkataan baik sebagaimana mereka memungut
buah masak yang terjatuh, tentu aku lebih suka mati sahaja menghadap Allah”
Begitulah bernilainya al-akh di sisi generasi awal agama
ini, generasi salafu soleh. Duduk duduk bersama al-akh, dan memetik kata-kata
yang baik daripada mereka persis petani menuai hasil tanaman, merupakan salah
satu nikmat dunia bagi mereka.
Sheikh kita yang lain pula berkata seputar kata-kata yang
baik;
“Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang
dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah
dan berbudi”
-Muntalaq
Adunan yang cukup indah dan mempersonakan. Tidak perlu kita
berlebih-lebih lagi dalam menghuraikannya. Ia dapat dihadam dengan sekali
renungan. Ia terus menerjah masuk ke pintu kalbu dan menginsafkan kita. Di akhirnya,
ego kita dijinakkan dengan persoalan, bagaimana kata katamu seharian akh?
Bermanfaat ? Atau muslim yang lainnya tidak sejahtera dengan lisanmu?
Allah!
Tadabur kita.
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di
pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya…”
(Al Kahfi :28)
Akhi Fillah,
Allah swt mulakan ayat ni dengan satu feel amar. Satu arahan. Wasbir. Jika
tiada huruf wau tu, ia jadi isbir! Bersabarlah !
Sabar. Selalu kita dengar sabar dituntut dalam dua perkara. Sabar dalam
ketaatan kepada Allah dan sabar dalam menjauhi maksiat. Sabar untuk terus
taat, beribadah kepada Allah tatkala pelbagai ujian, godaan dunia mendatang,
kita terus sabar. Keduanya, sabar untuk menjauhi larangan-laranganNya meskipun
ia menarik mata kita, meskipun teruji shahwat kita, meskipun hampir kesemua
orang di sekeliling kita melakukannya, kita dituntut sabar untuk menjauhi.
Menariknya, kali ini Quran mengajak kita melihat sabar dari
dua sudut, secara individu (nafsaka) dan collective (maaladzi)
Sabar ni hanya salah satu daripada berpuluh bahkan beratus ciri wajib ada pada sang daie. Dan semua elemen ni, sebelum datang secara kolektif, ia datang dari individu. Dari diri kita. Kemudian dibaiki dan dipercantik dalam komunitas, dan perkumpulan, dalam hidup berjemaah.
Berkomunitas. Berjemaah.

Sedar tak sedar, manusia ni tidak dapat lari dari
hidup berjemaah. Kita perlukan orang lain untuk memenuhi keperluan hidup
kita. Nak makan, nak kerja, dapatkan rawatan kesihatan, menyekolahkan
anak, baiki kereta, basuh baju di kedai dobi dan sebagainya. Mustahil
boleh hidup seorang. Cuba tengok dalam smartphone kita, bape puluh group what’sApp
kita join. Kalau satu semester kita mengikuti tujuh subjek kuliah, paling
kurang ada tujuh la group. Itu baru untuk pendidikan. Belum lagi ambil kira
group group lain. Group taman perumahan, ajk surau, team bola, team badminton,
rakan sekerja, kawan lama peringkat rendah, peringkat menengah, di universitas
dan sebagainya. Ok banyk la point is.
Itu dah dikira
community, collective. Busuk busuk pun organisasi ini, ada juga
admin seorang mahupun dua. Meskipun ada dalam kalangan ahli group ini ada yang
claim tidak suka pada jemaah, anti kepada keramaian, sedar tak sedar dia
sendiri hidup berkomuniti. Nah!
Tetapi community yang bagaimana justeru kita perlu bersabar bersama ?
Tetapi community yang bagaimana justeru kita perlu bersabar bersama ?
Kerana di luar sana ada begitu banyak sekali jenis jenis
komuniti, yang matlamatnya bermacam-macam, hala tuju nye berbeza, topic perbincangan
yang beragam bahkan ada yang bemanfaat dan tidak kurang juga yang memudaratkan.
Kalau dalam kumpulan kumpulan manusia yang sering berbicara menggunakan
kata-kata kesat dan berbicara perkara yang tidak senonoh, gossip gossip artis,
memaki hamun pemimpin yang tidak disukai bahkan ada yang lebih teruk daripada
itu, adakah kita digesa bersabar dan bersama mereka juga?
Allah jelaskan dua ciri cirinya.
Pertama; "Yang menyeru Tuhan mereka di pagi dan senja hari.."
Allah jelaskan dua ciri cirinya.
Pertama; "Yang menyeru Tuhan mereka di pagi dan senja hari.."
Perkataan 'yad'uu' didatangkan dalam bentuk fiil mudari' iaitu bentuk present
and present continuous tense, sudah cukup menggambarkan betapa mereka terus
menerus menyeru Tuhan. Tetapi Allah tambahkan lagi rasanya dengan frasa
di pagi dan senja hari.
Seolah olah komuniti yang di maksudkan adalah yang terbaik dalam menyeru tuhan mereka. Sepanjang masa. Siang dan malam. Pagi dan petang. Wujudkah orang yang mengingati Allah, berzikir, berdoa, menyeru dan berdakwah kepada Allah dengan kadar kekerapan ini? ! Kedengaran mustahil di situ.
Ciri kedua ialah yang mengharapkan keredhaan Allah. ‘Yuriduna wajhahu’ . Sekali lagi Allah menggunakan perkataan berbentuk fiil mudhori’, yuriduuna, sentiasa berkehendak, terus menerus. Wajhahu pula secara literal bermaksud memalingkan wajah kepadaNya. Bertawajjuh kepada Allah. Hidupnya menghala kepada Allah. Orientasinya ialah Allah. Ghayahnya ialah Allah. Allah semata-mata dan tiada yang lain. Allah adalah matlamat mereka.

Ciri kedua ini seakan sukar untuk terpenuhi. Bahkan ciri pertama juga. Orientasi hidup menentukan siapakah kita. Dan kita sering kali akan bersama, berkomuniti, memilih untuk rapat bersama dengan orang yang memiliki orientasi hidup, obsesi dan kesukaan yang sama dengan kita. Kita lebih senang bergaul dengan orang yang ‘sekepala’ dengan kita. Bak kata para saintis, ‘ada chemistry’

Akan tetapi, Allah menjelaskan bahawa jenis kepala, geng
mahupun kumpulan yang berorientasikan Allah lah yang patut kita sabar, dan
terus bersama mereka.
Mahal sungguh perkumpulan ini. Seakan mustahil untuk wujud.
Akan tetapi Akhi Fillah,
Agak pelik bila Allah menyuruh kita bersabar dengan mereka yang diperincikan seperti di atas. Ironi. Sesempurna komuniti macam tu pun kita kena sabar ? Seakan ada satu pengajaran yang mahal buat kita, kepada duat ilaLlah yang memilih untuk bergerak dan menjalani kehidupan ini secara kolektif, bahawa betapa cemerlang mana pun sesuatu kumpulan manusia itu, akan ada cacat celanya.
Kerana sebenarnya tiada ada satu kumpulan manusia pun yang
sempurna dan dapat memenuhi kehendak kita. Maka kita diminta utuk
sabarkan diri kita dan bersama mereka. Kita lah barangkali orang-orang
yang berangan untuk jadi komuniti tersebut. Yang terus menerus menyeru,
berdoa dan berdakwah ilaLlah dan yang menjadikan Allah orientasi hidup.
Tetapi ada cacat cela kita, yang sama-sama kita kena sabarkan diri untuk terima,
berlapang dada dan bantu. Ada dalam kalangan kita yang mungkin nak uruskan
pakaian dalam pun tak lulus, bersabarlah. Seteruk mana pun ikhwah
kita, inilah kumpulan manusia yang terbaik yang kita boleh dapatkan, untuk
bersama, bersabar di jalam dakwah.
Allah swt akhiri ayat ni ;
“..Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan
perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami
lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melewati batas”
Pengajaran yang sangat bermakna di jalan dakwah.
Ia menyentak kita untuk sedar. Harapan yang terlalu tinggi
yang kita letakkan kepada rakan rakan kita, dai di jalan Allah itu dan
mengharapkan kesempurnaan daripada mereka sering kali membuatkan kita kecewa
dan kecundang. Tidak sedikit bahkan, yang meninggalkan jalan dakwah kerena
kecewa di tangan al-akhnya.
Akhi Fillah,
Di hadapan kita adalah manusia yang tidak lebih dan tidak
kurang seperti kita. Terimalah kepelbagaian ini, berjalanlah bersama, baikilah
cacat cela itu dari masa ke masa dan bergembiralah kerana inilah kumpulan yang
Allah maksudkan. Meskipun masih jauh untuk memenuhi standard piwaian al-Quran
yang seakan tidak tercapai itu, sekurang-kurangnya dengan kumpulan ini kita
jauh lebih terjaga dan terpelihara daripada godaan dunia, shahwat, panahan setan
dan kumpulan kumpulan manusia yang telah pun lalai hati mereka.
Dekaplah perkumpulan mu itu, bersabar bersama mereka jauh
lebih baik dari dikau bersendirian akhi. Beginilah di jalan dakwah, kita
memetik nasihat dari al-Quran lalu kita mantapkan rabithah kita dan tetapkan
derap langkah, terus maju bersama deru dakwah!