"Kamu pakai pencuci muka jenama
apa?" soal beliau kepada saya dalam kelas Bahasa Melayu pada pagi itu
"Tak pakai cikgu " jawab saya, dengan nada bersahaja.
Maka bermulalah sesi bebelan percuma untuk hampir setengah jam berikutnya. Err.

"Kalau nak jadi pelajar cemerlang, bukan sahaja kena jaga akademik, tapi pelajar pelajar mesti jaga keterampilan. Kena contohi ikon kita Dr SMS. Ni ha, muka pun kena jaga " lanjut beliau.
Maaf kerana anda terpaksa membaca bebelan ini.
Tapi itulah Cikgu Zawahi Sulong. Guru bahasa Melayu SPM, merangkap ketua
jabatan bahasa kami suatu ketika dahulu. Tahun berkenaan merupakan tempoh waktu
yang cukup membanggakan buat warga MRSM kerana pada waktu itu nama angkasawan
negara, Dr Sheikh Muszhapa Shukor mula melonjak naik. Tambahan pula, beliau
merupakan lepasan pelajar MRSM sewaktu di bangku sekolah dulu.
Apa lagi, masing masing warga MRSM, kembang kempis hidung mereka. Tumpang gembira. Antaranya termasuklah Cikgu Zawahi. Harap cikgu tak baca ni.
Secara psikologinya manusia suka mengafiliasikan diri mereka dengan orang orang yang hebat dan tokoh kenamaan. Lebih lebih lagi jika tokoh berkenaan mempunyai persamaan dengan mereka. Dalam cerita saya ini, kami warga mrsm. Begitulah, kalau orang yang suka bola, dia suka kalau boleh 'link' diri mereka dengan top players. Orang yang cenderung bidang agama rasa nak mendabik dada kalau boleh ambil gambar dengan ulamak terkemuka. Biasalah, semua baru nak up.

Rasa special bila ada hubungan khas atau affiliation dengan figure tertentu ini
Allah campakkan dalam diri manusia. Barangkali ia satu bentuk penghormatan yang
kita semua cari untuk memuaskan keinginan diri. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak
muda seperti saya dan kita semua, yang masih dalam pencarian identiti diri dan
masih cuba memahami erti kehidupan.
Berbalik kepada kisah pada tahun 2009 itu, tak cukup sekadar berbangga dari jauh dengan kemunculan Dr SMS, nak ditakdirkan oleh Allah swt saya termasuk dalam senarai Badan Wakil Pelajar di mrsm kami dan kami diarahkan untuk merancang suatu projek mega iaitu membawa Dr SMS ke maktab kami, untuk menginspirasi para pelajar, kononnya.
Penghormatan, sekali lagi yang dikejar.
Kalau dapat bahwa Dr SMS ni, mesti kepimpinan era kami akan diingat dan dikenang oleh warga maktab. Kelakar sungguh cara fikir waktu itu . Dan alhamdulillah, seperti yang dirancang, maka bertandanglah Dr. SMS ke maktab, dalam satu majlis yang gilang gemilang.
Bangga. Huhu.
Begitu lah sedikit sebanyak perjalanan hidup mewarnai kanvas seorang remaja belasan tahun. Tahun tahun berikutnya, siapa sangka Allah swt mempunyai cara tersendiri mengajar saya akan erti hidup ini, lebih tepat berkenaan nilai, penghormatan, kemuliaan dan tujuan tujuan hidup.
Bak kata Miss Nina, "All this while, I have been searching happiness in all the wrong places"
Itulah yang beliau rasai setelah bertemu dengan nilai sbenarnya ini.
Berkenalan dengan tarbiyah, halaqah, al-Quran, taddabur, dakwah, shahadatul haq dan banyak lagi jargon baharu dalam kamus hidup pada tahun tahun berikutnya selepas tamat pengajian di peringkat sekolah boleh saya saya rumuskan dengan satu ayat, cukuplah kita berbangga menjadi seorang muslim, tak perlu mencari kehormatan, kemuliaan dan afliasi lain.
Perkenalan dengan program tarbiyah, untuk memahami addeen, yang pada asalnya sekadar untuk mengisi waktu kosong dengan perkara yang boleh dikatakan berfaedah tidak semena-mena membuka sedikit demi sedikit rahsia hidup kita ini, sekurang kurangnya, itulah yang dirasai oleh saya.
Tidak lengkap kiranya dalam ruang yang terbatas ini tidak kita sama-sama menyelusuri beberapa baris ungkapan khazanah tinggalan sifu kita, Sayyid Qutb dalam menggarap perasaan yang sama ini. Boleh jadi, beliau lebih tepat mengungkapkannya ;
" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang."
"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku."
"Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?"
Subhanallah
Entah kali ke berapa saya quoted ungkapan ini. Semakin dibaca dan direnung, semakin dekat. Kata kata yang hidup. Moga beliau tenang di sana, terus bergirang gembira dan mendapat rezeki dari sisi Allah swt.
Alhamdulillah,
Dengan takdir Ilahi ini, kita semua akhirnya di sini.
Maka, buku yang ada di tangan anda ini hanyalah himpunan perkongsian perasaan, pengalaman, kefahaman dan ilham yang sempat diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Ia adalah usaha yang sangat minimal untuk berkongsi perasaan itu. Saya tidak berseorangan dalam hal ini.
Ia adalah perkongsian kita semua yang menempuh jalan dan takdir hidup yang hampir sama. Asalnya artikel-artikel yang bakal kita sama-sama renungkan sekejap lagi dimuat naik ke laman alam maya sebagai teman rapat untuk penulis berkongsi. Akan tetapi, setelah beberapa tahun, timbul idea untuk dibawakan himpunan artikel ini dalam bentuk buku untuk melebar luas manfaatnya. Semoga ia menjadi buah tangan yang berkhasiat dengan izin Allah swt.
Puji syukur kepada Allah swt, sekalung penghargaan kepada team Iman Publications atas usaha yang baik ini. Saya, sejujurnya tidak berkemahiran menulis ucapan-ucapan penghargaan. Tetapi jauh di sudut hati yang paling dalam, saya menghargai setiap insan yang mengesani diri ini dan menjadi asbab lahirnya perkongsian perkongsian ini. Barisan ikhwah, ahli halaqah yang silih berganti, murabbi dan mutarabbi dan ramai lagi. Apalah sangat nilainya nama kita terpateri pada helaian kertas yang bakal lusuh dan dilupakan tidak lama lagi ini jika nak dibandingkan dengan nama kalian semua di langit sana atas usaha yang tidak pernah berhenti berfikir untuk dakwah islam.
Buku ini, ianya tidak seberapa. Bahkan mungkin tidak sampai kepada maksud yang cuba saya sampaikan. Sekurang-kurangnya ia tidak membawa kita semua menghabiskan masa dalam satu lagi perbuatan sia-sia. Saya berlindung dengan Allah swt daripada kesia-siaan itu.
Buya HAMKA pernah ditanya,
"Di tanah haram itu memang ada pelacur ya pak? "
“Kenapa?"
"Saya ketemu pelacur di sana "
" Oh, dan anehnya kamu tahu, di tempat seperti Amerika Syarikat, saya ketemu hamba-hamba Allah yang soleh"
Lalu beliau menutup perbicaraan itu,
"Seseorang itu akan ketemu dengan apa yang dia cari "
Selamat mencari manfaat dari buku ini insya Allah.
Inspector Saahab
27 Ramadhan 1437H

No comments:
Post a Comment