Wednesday, November 30, 2016
ZATIYAH DAKWIYAH
Benda paling tak best dalam tarbiah ini bila cuti, bila ikhwah terperangkap dalam suasana yang tidak solehah. Jauh dari kumpulan orang baik mereka. Sehingga muncul persoalan seperti berikut saban tahun dari generasi demi generasi.
"Macam mana nak istiqomah masa cuti?"
"Macam mana nak sentiasa bersemangat dengan tarbiah dan dakwah tanpa support system?"
"Sebab apa lepas grad ramai yang gugur?"
"Sebab apa bila liqa tak jalan, murabbi senyap, mutarabbi pun senyap, sunyi sepi?"
Dah banyak lagi persoalan persoalan yang pattern macam tu. Yang menjurus kepada kesimpulan, macam mana nk kasi bersemangat buat dakwah tanpa pengaruh luar, external factors.
Nak cakapnya betapa kita ni sangat affected dengan external factors. Affected dengan persekitaran, dengan kawan, dengan semangat orang lain, kena tunggu kena basuh dan sebagainya.
Akh A pernah bertanya kepada Akh B,
"Macam mana nak kekal istiqomah" Nampak tak ada redundancy kat situ. Nak kata besarnya persoalan ini.
Lalu Akh B jawab,
"Senang je, ikhlas. Buat kerana Allah"
"Amboi idealnya jawapan" Getus Akh A dalam diam, sambil terpaksa menelan realiti yang pahit.
Sebenarnya isu ni penting. Wajar dibincangkan. Persoalan bagaimana nak mulakan rasa semangat berdakwah dari dalam diri, bukan dari luar ke dalam. Bukankah perubahan tu patut mula dalam diri kita? Sepatutnya external factors hanyalah catalyst, ataupun hormone yang dirembeskan untuk tingkatkan rate kita.
So, bagaimana?
Teringat satu tajuk perkongsian yang pernah dengar suatu ketika dulu. Zatiyyah Dakwiyyah. Bukan maksudnya seperti dakwah fardiyah yakni dakwah kepada individu, tetapi memulakan dakwah dari diri sendiri. Zatiyyah kat sini lebih tepat kalau bahasa moden kita sandarkan pada perkataan immanent, bagi yang menghargai bahasa Inggeris. Selalunya orang yang berlebihan semangat islamnya tak terima bahasa Inggeris, tak islami kata mereka.
Zatiyyah Dakwiyyah, macam mana?
Ia bermula dengan membetulkan beberapa kefahaman asas kenapa kita berdakwah. Sekurang kurangnya ada 3 point yang boleh didiskusikan.
Pertama, please bear in mind, semat dalam fikiran dan faham betul-betul yang suatu hari nanti kita sume akan dihisab secara fardi, sendiri-sendiri, secara individual.
Tak kisah la siapa murabbi kita, mursyidul am ke, dan siapa halaqah mate kita, kita dari group mana, anak sape, masing-masing akan dihitung amal mereka secara individu. Orang lain, baik yang dekat mahupun jauh, apa hubungan sekalipun kita dengan dia masa kat dunia tak dapat nak tolong mudahkan hisab kita.
Allah jelaskan;
وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا
Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.
19 :95
Datang kepada Allah secara sendiri. Fardi. Dah takde orang nak backing kita. Dah tak ada external factors yang nak bantu kita. Bunyi macam individualistik dan pentingkan diri kan. Tapi kefahaman inilah yang akan menghidupkan dakwah dalam diri kita. Akan menghidupkan zatiyyah dakwiyyah.
Masa di hadapkan untuk dihisab, dah sendiri sendiri, kena soal sendiri sendiri, jawab pun sendiri sendiri. Apa jawapan kita nak siapakan di hadapan Allah swt nanti ? T.T
Jadi jangan berbangga atau rasa berjasa dengan kejayaan kolektif itu semata-mata. Sebab kita dihitung secara individual. Dan jangan juga tunggu untuk di push selalu. Beramal lah untuk selamatkan diri kita sendiri terlebih dahulu.
"Macam mana nak check kita dah ikhlas ke tidak?"
“Tengok apa yang kita buat bila bersendirian"
Padu. Ada tally nye equation ini.
Jadi akhi, apakah yang menyekatmu untuk mara ke hadapan?
"Diorang pun senyap bang"
"Segan la, sorang-sorang"
"Rasa lemah la, liqa tak jalan"
"Murabbi tak tanya dan tak suruh pun"
Mengapa masih menggunakan dialog dialog ni, bukankah kita akan dihadapkan secara fardi suatu hari nanti?
Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada diriku dan dirimu untuk menyalakan semangat berdakwah dari dalam diri.
"Apa, point dua dan tiga? "
"Nak tahu kena la stay tuned"
7 Syawal 1437H
Monday, November 28, 2016
DENDAM ORANG BERIMAN
Kami merenung beberapa potong ayat Allah swt dan meneliti jauh. Beberapa ayat bercerita berkenaan kenikmatan dan situasi orang-orang beriman yang diganjari dengan syurga. Yang menariknya, Allah sering mengaitkan mereka dengan penyakit "ghilla".
Apakah penyakit ini? Mengapa pula ia ada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kehairanan. Dalam satu sesi daripada banyak sesi bulatan iman itu seorang daripada anggota bertanya seputar hal ini, kehairanan.
Mari kita perhatikan ayat ayat berikut ;
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ
رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan".
7:43
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.
15:47
Ghilla.
Seolah olah ia satu penyakit yang ada dalam diri orang-orang beriman. Minta diluruskan kefahaman kami yang mungkin tidak tepat ini.
Tidak pasti, apakah maksud sebenar ghilla. Adakah betul dendam? Atau dengki? Atau penyakit penyakit hati lain yang berlegar dalam kalangan orang-orang yang beriman?
Namun yang pasti,
Sungguh sedih kita melihat dan memerhati, dalam kalangan orang-orang beriman memang ada yang berpecah belah, bergaduh, saling menjatuhkan, melupakan iman dan kebaikan saudara saudara mereka kerana hal hal yang temeh.
Kekeruhan hubungan antara seorang murabbi dengan bekas mutarabbinya, adakah ghilla adalah penyakitnya?
Kedinginan hubungan antara ahli gerakan islam yang berbeza pendapat dan ijtihad dalam lapangan yang penuh makna dan keluasan tafsiran, adakah ghilla adalah penyakitnya?
Pergaduhan alam maya ilmuwan agama sehingga ke pentas pentas pidato dan media sehingga meruntuh perpaduan antara masyarakat yang tali akidahnya sama, adakah ghilla penyakitnya ?
Kami tunduk dihadapan peristiwa peristiwa dan ayat ayat ini, mencari jawapan yang belum diketahui.
Jika ghilla la penyebab ukhuwah yang terbina hancur begitu sahaja sehingga untuk bertegur sapa pun sudah tidak lagi sudi, sehingga setiap kebaikan akh yang beriman yang lain di pandang dengan penuh perasaan benci dan marah maka kita memohon dan berdoa dengan doa berikut ;
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".
59:10
Satukanlah hati hati kami ya Allah
Sunday, November 27, 2016
OF MUDAWALAH & PENTAS AMAL
[Tadabbur Ringkas]
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa.
Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia;
supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.
3:140
Ayat surah Ali Imran ini diturunkan sebagai komentar daripada Allah swt berkenaan peperangan Uhud yang menyaksikan kaum Muslim tewas di pusingan akhir.
َتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Dan itulah hari yang Kami pergilirkan antara manusia.
Mudawalah, atau giliran jatuh naik manusia adalah sunahtullah yang akan sentiasa berlaku.
Jika kita meneropong beberapa abad ke belakang, kita akan dapati pada satu satu masa akan ada bangsa yang berada di atas memimpin dunia dan ada bangsa yang ditindas.
Giliran turun naik akan terus menerus berlaku. Tujuan kenapa?
1) Supaya Allah swt tahu siapa yang benar benar beriman
2) Supaya daripada turun dan bangkitnya sesuatu bangsa ini, Allah akan mengambil sebahagian daripada kita sebagai syuhada.
Jadi apa ertinya? Bagaimana peristiwa jatuh naik ini boleh dikaitkan dengan iman seseorang? Bagaimana pula ia menjadi pentas untuk diambil para syuhada?
Dapatlah difahami bahawa orang beriman itu sifatnya tafa'ul ataupun reactive terhadap isu isu semasa lebih lebih lagi apabila dia melihat bangsa Muslim tertindas dan berada di bawah. Mereka akan berjuang menaikkan kembali kegemilangan islam sehingga mereka diangkat menjadi syuhada.
Hari ini kita menyaksikan episod sedih dalam sejarah umat di mana Presiden baharu Amerika Syarikat dilantik dari kalangan yang jelas membenci islam. Giliran Muslim jatuh dan berada di bawah nampaknya akan berpanjangan.
Jadikah siapakah yang akan terbukti iman mereka dan diangkat menjadi syuhada dalam peristiwa turun naik ini?
Rugilah kalau kita sekadar berada di bangku penonton dan bertepuk tangan. Sedangkan Allah swt telah menyiapkan kita lorong dan pentas untuk beramal.
Saudaraku,
Ayuh kembalikan kemuliaan islam

Subscribe to:
Posts (Atom)