Sunday, June 3, 2018

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN


Iklan buku.

Tim Muassis kali ini tampil dengan menawarkan buku genre al-Qur’an. Terbaru mereka bawakkan buku bertajuk Interaksi Dengan al-Qur’an. Seperti yang tertera pada iklan-iklan yang tular, buku ini merupakan himpunan cara atau kaedah bagaimana untuk kita berinteraksi dengan al-Qur’an.
Kenapa ia penting?
 

Dalam hubungan atau equation mudah yang dipelajari umum terutamanya oleh mereka berlatar belakangkan sains, dapat difahami proses membentuk sesuatu bermula dengan input (material), kemudian disusuli dengan process yang sesuai yang akhirnya mengeluarkan output atau hasil. Nah, Rasulullah telah dibangkitkan dengan satu misi mengubah manusia daripada satu keadaan yang dirujuk oleh al-Qur’an sebagai ‘dhalal al-mubin’ yakni kesesatan yang nyata kepada ‘khariun ummah’ iaitu sebaik-baik umah.


Baginda memiliki input yang sama seperti kita hari ini. Adanya sumber manusia yang telah rosak. Dan adanya al-Qur’an sebagai materi atau modal pelajaran (tarbiyah).
Tetapi kenapa hasilnya berbeza?

Kenapa tidak terbentuk dalam kalangan kita hari ini suatu kelompok manusia yang boleh kita katakan sebaik-baik manusia? Khairun ummah?

Di mana bezanya?

Ya, pada proses!

Jadi buku ini tampil untuk mencadangkan proses menggunakan input tadi dengan lebih betul dengan harapan dihujungnya dapatlah hubungan manusia dengan al-Qur’an menatijahkan kebaikan dan perubahan yang positif kepada kita semua dengan izin Allah swt.

Kaedah atau proses ini telah dicadangkan berbasiskan hujah hisoris, aqli dan naqli. Dimuatkan kajian kepustakaan mengadunkan pandangan dan pendapat ulamak silam dan kontemporari. Tidak dilupakan sedikit tambahan dari pengalaman panas-panas penyusun.

Satu usaha yang baik.

Jadi kenapa tidak cuba kita beri peluang kepada idea-idea dan cadangan ini untuk diterapkan?

Jika tanya saya, patut tak beli buku ini?

Dengan harga RM20, ia merupakan satu investasi yang berbaloi!
Tetapi membeli dan membacanya hanyalah langkah pertama!




Untuk beli klik sini : Beli