Iklan buku.
Tim Muassis kali ini tampil dengan menawarkan buku genre
al-Qur’an. Terbaru mereka bawakkan buku bertajuk Interaksi Dengan al-Qur’an. Seperti
yang tertera pada iklan-iklan yang tular, buku ini merupakan himpunan cara atau
kaedah bagaimana untuk kita berinteraksi dengan al-Qur’an.
Kenapa ia penting?
Dalam hubungan atau equation mudah yang dipelajari umum
terutamanya oleh mereka berlatar belakangkan sains, dapat difahami proses
membentuk sesuatu bermula dengan input (material), kemudian disusuli dengan
process yang sesuai yang akhirnya mengeluarkan output atau hasil. Nah,
Rasulullah telah dibangkitkan dengan satu misi mengubah manusia daripada satu
keadaan yang dirujuk oleh al-Qur’an sebagai ‘dhalal al-mubin’ yakni kesesatan
yang nyata kepada ‘khariun ummah’ iaitu sebaik-baik umah.
Baginda memiliki input yang sama seperti kita hari ini. Adanya
sumber manusia yang telah rosak. Dan adanya al-Qur’an sebagai materi atau modal
pelajaran (tarbiyah).
Tetapi kenapa hasilnya berbeza?
Kenapa tidak terbentuk dalam kalangan kita hari ini suatu
kelompok manusia yang boleh kita katakan sebaik-baik manusia? Khairun ummah?
Di mana bezanya?
Ya, pada proses!
Jadi buku ini tampil untuk mencadangkan proses menggunakan
input tadi dengan lebih betul dengan harapan dihujungnya dapatlah hubungan
manusia dengan al-Qur’an menatijahkan kebaikan dan perubahan yang positif
kepada kita semua dengan izin Allah swt.
Kaedah atau proses ini telah dicadangkan berbasiskan hujah
hisoris, aqli dan naqli. Dimuatkan kajian kepustakaan mengadunkan pandangan dan
pendapat ulamak silam dan kontemporari. Tidak dilupakan sedikit tambahan dari
pengalaman panas-panas penyusun.
Satu usaha yang baik.
Jadi kenapa tidak cuba kita beri peluang kepada idea-idea
dan cadangan ini untuk diterapkan?
Jika tanya saya, patut tak beli buku ini?
Dengan harga RM20, ia merupakan satu investasi yang
berbaloi!
Tetapi membeli dan membacanya hanyalah langkah pertama!
Untuk beli klik sini : Beli
No comments:
Post a Comment